Sebelum ini minat anak-anak terhadap sains angkasa lepas dimangkinkan dengan 
permainan roket air. Sekarang kita maju setapak lagi dengan memperkenalkan cara 
bermain roket menggunakan gula sebagai bahanapi. Gula ? Ya , gula yang biasa 
kita gunakan di dapur bila bancuh kopi dan teh. 

Semoga anak-anak Malaysia lebih meminati bidang sains angkasa ini agar mereka 
dapat melihat kebesaran Allah swt di alam cakerawala. Bukannya minat dengan 
merempit , melepak di tepi jalan/cyber cafe/pusat beli belah , bermain mercun , 
merokok , mengambil dadah , bergaul bebas , hiburan melampau dan yang sewaktu 
dengannya.

Semoga lebih ramai pihak akan menubuhkan Kelab Roket , Kelab Angkasa , Kelab 
AMAL agar anak-anak kita mempunyai minat yang mendalam di bidang sains. 

Maklumat lanjut di laman web Kelab AMAL Negeri Sembilan 
http://amal-ns.blogspot.com 



      

Kirim email ke