*Untuk renungan bersama.*
*email ni dapat dari seorang teman.
*
[image: Visit Us @ www.MumbaiHangOut.Org] <http://mumbaihangout.org/rnd.php>



*Umpat sebabkan muflis di akhirat*

*SOALAN
Adakah benar pahala orang yang mengumpat diberi kepada orang yang kena
umpat? Segala amalan yang lakukan akan habiskah?*

*JAWAPAN
Memang benar Allah SWT akan menghitung segala amalan manusia, hal ini telah
disebut di dalam al-Quran firman Allah yang bermaksud: Maka sesiapa berbuat
kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan
sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam
surat amalnya)! (al-Zalzalah: 7&8). *

*Dalam surah yang lain Allah berfirman yang bermaksud: Dan 'Kitab-kitab
amal' juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang
yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan
mereka akan berkata: "Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian
keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan
semua dihitungnya!" Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia
(tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada
seseorang pun. (al-Kahfi: 49). *

*Yang tidak diendahkan oleh manusia ialah mengenai dosanya. Silapnya manusia
dengan amalannya yang tidak seberapa itu yakin boleh melepaskan diri
daripada kemurkaan Allah. Dengan amalan yang sangat terbatas ini manusia
masih lagi berkesempatan melakukan dosa mengumpat. *

*Bayangkan sahaja, sudahlah amalan sikit dosa pula banyak malangnya lagi
apabila simpanan amalan kebajikan kita dipindahkan ke akaun orang yang kita
umpat dan orang kita aniaya. Jika masih tidak dapat melangsaikan hutang
orang dianiaya di dunia maka dosa mereka akan dipindahkan ke akaun
penganiaya. *

*Berkaitan dengan muflisnya seseorang yang mengumpat telah dijelaskan oleh
hadis baginda Rasulullah SAW yang bermaksud: Tahukah kamu siapa yang bakal
menjadi muflis? Sahabat menjawab: orang yang muflis ialah mereka yang tiada
padanya dirham dan tidak berharta. Lalu baginda bersabda: Sesungguhnya yang
bakal menjadi muflis dari kalangan umatku kelak ialah mereka yang datang
pada hari kiamat sedang dia di dunia seorang yang menjaga solat, puasa dan
zakat tetapi dalam masa yang sama dia datang dalam keadaan dia di dunia dulu
mencaci orang itu, memfitnah ini, makan harta orang dengan cara yang tidak
halal, menumpah darah orang yang tidak bersalah dan memukul orang. Maka di
akhirat nanti akan diambil kebajikan (pahala) daripada golongan yang
menganiaya kepada mereka yang telah dianiaya, sekiranya kebajikan atau
pahala orang menganiaya tadi habis sebelum selesai hutangnya dengan orang
dianiaya maka akan dipindahkan dosa orang dianiaya ke dalam kiraan orang
yang menganiaya lalu dihumban ke dalam neraka. (riwayat Muslim ). *

*Pertama, kita harus faham maksud mengumpat. Dalam bahasa Arab mengumpat
disebut sebagai ghibah dalam hadis-hadis Rasulullah juga diguna perkataan
yang sama bagi menjelaskan apa itu mengumpat. *

*Mengumpat maknanya seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah dalam kebanyakan
hadis baginda yang sahih di antaranya hadis yang bermaksud: Tahukah kamu apa
itu ghibah (mengumpat)? Para sahabat menjawab sesungguhnya Allah dan Rasul
jua yang lebih tahu. Maka baginda bersabda: mengumpat itu maknanya engkau
menyebut sesuatu mengenai saudara engkau perkara yang dia benci (jika dia
tahu pasti dia marah). Lalu sahabat bertanya kepada baginda: adakah tuan
melihat sekiranya saya menyatakan sesuatu yang benar mengenai saudara saya?
Lantas baginda menjawab: sekiranya kamu menyatakan sesuatu yang benar ada
pada dirinya maka kamu telah mengumpat dia dan sekiranya kamu menyatakan
yang sesuatu yang tiada pada dirinya sesungguhnya kamu telah berdusta.
(riwayat Muslim). *

*Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa: "ghibah ialah seseorang itu menyebut
mengenai orang lain yang dia (yang diumpat) benci orang berbuat demikian
padanya sama ada yang diceritakan itu berkaitan tubuh badannya atau agamanya
atau dunianya atau kejadiannya atau pakainya… sama ada kamu menyebutnya
dengan lafaz atau isyarat". *

*Ada juga yang berkata ketika dia mengumpat: "aku berani kata depan dia
(orang yang diumpat), sedangkan dia tidak sedar perbuatan tersebut adalah
lebih menyakitkan saudaranya". *

*Firman Allah SWT yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah
kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang
dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan
janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan
janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang
dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian
keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu,
patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada
Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
(al-Hujurat: 12) *

*Ibnu Mas'ud pernah berkata: Kami pernah berada di tempat Nabi SAW,
tiba-tiba ada seorang lelaki berdiri meninggalkan majlis, kemudian ada
seorang lelaki lain mengumpatnya sesudah dia tidak ada, maka kata Nabi
kepada lelaki ini: Bertambah gemuklah kamu! Orang tersebut bertanya: Mengapa
saya harus menjadi gemuk sedangkan saya tidak makan daging? Maka kata Nabi:
Sesungguhnya engkau telah makan daging saudaramu. (riwayat Thabarani dan
Bukhari). *

*Hukum mengumpat pula seperti yang diungkap oleh Imam al-Qurtubiy: "Tiada
khilaf (perselisihan) di kalangan ulama mengenai hukum mengumpat, sepakat
mengatakan bahawa hukum mengumpat adalah termasuk dalam dosa besar,
pengumpat wajib bertaubat di atas perbuatannya.*

*Manakala Ibn Hajar al-Haithamiy berpendapat: "setiap dari kedua perbuatan
mengumpat dan mengata haram dengan kesepakatan ulama".*


*
" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak  pula aku sanggup
keNerakamu.........,kami lah hamba yang  mengharap belas darimu ........Ya
Allah jadikan lah kami **hamba2 mu yang Bertaqwa......ampunkan dosa2 kami,
kedua ibubapa  kami, dosa semua umat2 islam yang masih  hidup mahupun yang
telah meninggal dunia,*



-- 
Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.Tak guna ada hati kalau tak tahu
menilai.......

Kirim email ke