-- 
Klik Tajuk Untuk Artikel Penuh
  Bongkar: Fakta Sebenar Disebalik Insiden Anggota Polis Lepaskan 58 Das
Tembakan 
!!<http://pahangdaily.blogspot.com/2008/10/bongkar-kisah-sebenar-insiden-anggota.html>
 
<http://4.bp.blogspot.com/_6CM81Nmo7tA/SOj6SUkUVTI/AAAAAAAABKs/3BIsWcu1-sI/s1600-h/01102008-small+-+Copy.jpg>Satu
syawal yang lalu, seluruh negara dikejutkan dengan berita "Anggota
Polis Lepaskan
58 Das Tembakan". Sesungguhnya berita ini amat menggemparkan sekali,
tambahan pula ia dilakukan oleh seorang anggota polis. Apakah yang berlaku
sebenarnya?. Mengapakah anggota polis terbabit melepaskan tembakan membabi
buta begitu?. Mengapakah seorang anggota polis yang diluar tugas boleh
membawa begitu banyak peluru sedangkan beliau sepatutnya menyerahkan semua
senjatanya ketika diluar tugas rasmi. Inilah yang menjadi persoalan ramai
pihak. Kami juga tertanya-tanya dengan laporan yang disiarkan oleh media
arus perdana tentang perkara ini. Sesungguhnya, insiden yang berlaku ini
adalah "mirip" kepada kejadian yang membabitkan Prebet Adam suatu ketika
dulu. Beliau juga dikatakan telah membuat tembakan rambang dan membahayakan
orang awam. Tiada apa yang berlaku, namun disebalik kisah tersebut
tersembunyi sebab musabab kenapa Prebet Adam melakukannya. Ini kerana
tekanan perasaan dan jiwa akibat "adiknya" yang dikatakan meninggal dunia
gara-gara penangan "orang ternama". Apakah kes terbaru ini juga sama seperti
yang pernah berlaku itu. Segala persoalan masih bermain difikiran ramai
orang terutamanya para penduduk dan orang awam yang berada di tempat
kejadian tempohari.

Pihak kami telah menjalankan risikan "kisah sebenar" kejadian ini dari
kacamata orang awam. Ini kerana kami tidak yakin dengan laporan media arus
perdana. Tambahan pula kebanyakan wartawan yang terbabit hanya mendapatkan
maklumat dan gambaran kejadian ini daripada pihak polis semata-mata. Ini
maknanya ada fakta-fakta kes yang tidak diketahui umum. Justeru itu pihak
kami mengambil peluang ini untuk membuat "pembongkaran" tentang isu ini.
Bukanlah tujuan kami untuk menyalahkan mana-mana pihak. Namun kejadian ini
sebenarnya harus dipandang dari sudut keselamatan orang awam. Apa yang dapat
dilihat sekarang ialah pihak berkenaan lebih menyalahkan anggota polis
terbabit dan mengaitkan beliau dengan "masalah mental" dan "ajaran sesat".
Lantaran itu, anggota polis terbabit telah dirujuk ke Jabatan Psikiatri
Hospital Lipis dan khabarnya kini dibawa pula ke Hospital Bahagia Tangjung
Rambutan untuk menjalani ujian mental. Sebaliknya "mental orang awam" yang
tertanggu dengan kes ini tidak didedahkan kepada khalayak ramai. Malahan
pihak media juga seolah-olah dihalang untuk melaporkan berita sebenar
tentang kejadian ini. Justeru itu kami lampirkan gambarfoto yang sempat
diambil pada pagi kejadian oleh krew Pahang Daily yang sempat berada
dilokasi kejadian. Kebanyakan media melaporkan fakta yang salah dalam
insiden ini. Lihat laporan ini:

*Anggota Polis Lepaskan 58 Das Tembakan Akibat Tekanann*

KUANTAN, 1 Okt (Bernama) -- Seorang anggota polis melepaskan 58 das tembakan
ke udara dipercayai akibat mengalami tekanan dalam satu kejadian di Kampung
Selendang, Padang Tengku, Kuala Lipis. Ketua Polis Daerah Lipis, DSP Abdul
Razak Hassan berkata, anggota polis berusia 22 tahun itu bertindak demikian
pada pukul 6.30 pagi di kawasan berhampiran satu tanah perkuburan
Islam."Tiada sebarang kecederaan dilaporkan kerana penempatan agak
jauh dari
kawasan berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Ketika kejadian, hanya anggota berkenaan yang berada di tempat itu. Katanya,
anggota polis itu yang baru berkhidmat selama tiga tahun, turut melepaskan
tiga das tembakan ke arah keretanya sendiri. Beliau berkata anggota polis
itu membawa pulang pistol yang sepatutnya ditinggalkan di tempatnya bertugas
di Balai Polis Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan. Anggota polis itu
telah ditahan untuk siasatan lanjut dan polis masih menyiasat punca dia
bertindak demikian, kata Abdul Razak. -BERNAMA

Ada beberapa perkara dan fakta yang telah disalah lapor oleh pihak media
berhubung dengan kejadian sebenar insiden ini, iaitu ;-

Bukan Pistol, 2 Buah Raifel M15 Juga Digunakan

<http://2.bp.blogspot.com/_6CM81Nmo7tA/SOj3RoJVSMI/AAAAAAAABKU/FMUFeYnNJuc/s1600-h/raifel+M15.jpg>Untuk
makluman kes tersebut melibatkan seorang anggota polis
<http://1.bp.blogspot.com/_6CM81Nmo7tA/SOj3hl1MBNI/AAAAAAAABKc/gdvtB9PLPZQ/s1600-h/01102008007-small.jpg>yang
berumur 22 tahun dan bertugas di Balai Polis Simpang Durian, Jelebu Negeri
Sembilan. Menurut maklumat beliau dikatakan dalam perjalanan ke satu tempat
untuk melakukan "jihad", lantaran itulah beliau membawa begitu banyak
senjata. Beliau menaiki sebuah kereta Iswara Aeroback dengan nombor
pendaftaran BDC7918. Siasatan kami senjata dalam kes berkenaan bukan sahaja
sepucuk pistol biasa malahan juga turut melibatkan dua pucuk senapang Raifel
M15 (Sila lihat foto) serta terdapat begitu banyak peluru hidup termasuk 2
set peluru M15 yang masih belum digunakan. Disamping itu juga beliau turut
membawa kayu belantan, beberapa buah kitab dan lain-lain barangan yang
dipercayai untuk tujuan "jihad" berkenaan. Beliau dikatakan dalam perjalan
ke sebuah lokasi berhampiran Padang Tengku-Merapoh yang dikenali sebagai "Bukit
Tujuh". Laporan polis mengatakan suspek hanya membawa pistol adalah tidak
benar sama sekali. Mana mungkin pistol boleh mengeluarkan sehingga 58 das
peluru ditembak ke udara?.

<http://2.bp.blogspot.com/_6CM81Nmo7tA/SOkEmlgQLBI/AAAAAAAABLs/yIm-G70P4zA/s1600-h/01102008004-small.jpg><http://1.bp.blogspot.com/_6CM81Nmo7tA/SOkEm-R2eMI/AAAAAAAABL0/KEduZ7h04oc/s1600-h/01102008005-s.jpg>

<http://3.bp.blogspot.com/_6CM81Nmo7tA/SOkNkhRluuI/AAAAAAAABMU/eEyQ4IYmJUs/s1600-h/01102008006-small.jpg><http://3.bp.blogspot.com/_6CM81Nmo7tA/SOkPy7sQ7DI/AAAAAAAABMc/R8AGK2rXYn0/s1600-h/01102008001-small.jpg>
Bukti jelas menunjukkan dua lagi keronsong peluru Raifel M15 didalam
kenderaan suspek yang masih belum digunakan.

Kami difahamkan tempat berkenaan adalah satu "kawasan keramat" yang biasanya
dikunjungi oleh mereka-mereka yang ingin menjalankan aktiviti "pembomohan".
Kawasan ini dikatakan menjadi tempat pemujaan dan amalan syirik. Banyak
kejadian misteri yang dialami oleh mereka-mereka yang pernah melalui kawasan
ini, termasuk diganggu makhluk halus ataupun jin. Malahan, jika berlaku
kerosakan kereta dikawasan terbabit, maka tiada sesiapa pun penduduk kampung
yang berdekatan berani membuka pintu kiranya anda memerlukan bantuan. Itu
cerita orang-orang kampung sekitar Bukit Tujuh. Ini bermakna tempat itu
penuh dengan misteri.

Kesalahan Lokasi dan Masa Insiden Diselesaikan

Difahamkan kejadian sebenar berlaku bukanlah di Kampung Selendang seperti
yang dilaporkan oleh semua media arus perdana. Insiden berkenaan
berlaku di Kampung
Teha, Mukim Gua, Padang Tengku, Kuala Lipis Pahang. Kampung Selendang adalah
lokasi surau yang berdekatan dan menjadi tempat perhimpunan orang awam.
Mungkin wartawan terbabit hanya singgah disitu dan tidak pergi ke lokasi
kejadian sebenar seperti kami. Laporan media juga menyebut kejadian itu
dapat diselesaikan dalam masa 15 minit, walhal sebenarnya fakta itu adalah
salah dan kemungkinan besar mereka hanya mendapatkannya daripada pihak
polis. Sebenarnya kejadian itu bermula sejak jam 6 pagi2 jam kemudian. Ini
menyebabkan penduduk setempat berada didalam ketakutan ketika solat sunat
Aidil Fitri. Difahamkan kereta yang dinaiki oleh anggota polis terbabit
telah kehabisan minyak dan terhenti dikawasan berkenaan. Lihat foto dibawah
yang diambil dari lokasi kejadian.

<http://2.bp.blogspot.com/_6CM81Nmo7tA/SOj_5eCagBI/AAAAAAAABK0/67nXZohteOA/s1600-h/04102008023.jpg><http://4.bp.blogspot.com/_6CM81Nmo7tA/SOj_5idHrkI/AAAAAAAABK8/jtjv88sAH4k/s1600-h/04102008021.jpg>
Inilah laluan jalan lokasi tempat kejadian tembakan anggota polis di Kg.Teha
<http://1.bp.blogspot.com/_6CM81Nmo7tA/SOkDP33SzeI/AAAAAAAABLU/CMh9IUjqOX0/s1600-h/04102008015.jpg><http://2.bp.blogspot.com/_6CM81Nmo7tA/SOkDPyUHf0I/AAAAAAAABLc/_5xqt9zNruo/s1600-h/04102008014.jpg>
Sebenarnya ada penempatan disekitar kejadian, dan yang paling hampir
jaraknya hanya tidak sampai 100 meter daripada lokasi terbabit
<http://1.bp.blogspot.com/_6CM81Nmo7tA/SOkFxvXjAuI/AAAAAAAABME/cq5CUuo1lTU/s1600-h/04102008019.jpg><http://4.bp.blogspot.com/_6CM81Nmo7tA/SOkFyJK8BLI/AAAAAAAABMM/UX4JE-Lg7WU/s1600-h/04102008020.jpg>
Lagi bukti, jarak yang terlalu dekat dengan dua buah rumah penduduk
tempatan. Kenapa fakta ini dikelirukan?


Suspek Dalam Tugas Dan Memakai Seragam Polis

Laporan media arus perdana pihak polis mengatakan bahawa suspek diluar waktu
bertugas dan hendak pulang ke kampung halamannya di Kelantan. Tetapi,
siasatan kami setelah kehabisan minyak kenderaannya, suspek yang dilihat
berpakaian seragam dan berkopiah itu keluar dari keretanya dan mundar-mandir
sambil memegang "pistol" ditangannya. Ketika itu beliau tidak menganggu dan
menembak. Beliau hanya ke hulu ke hilir seperti orang kehilangan arah.
Terdapat saksi yang telah menghubungi pihak polis, namun polis yang menerima
laporan tidak mempercayai bahkan melayan panggilan tersebut. Mungkin beliau
berangapan perkara itu adalah satu permainan semata-mata. Pihak terbabit
terpaksa pergi ke balai, hanya dua orang polis yang bertugas di balai
berkenaan. Setelah laporan dibuat, maka polis terbabit mengikuti beliau
untuk memastikan bahawa apa yang dilaporkan itu adalah benar ataupun tipu.
Memandangkan hanya dua anggota polis bertugas, maka seorang sahaja yang
telah pergi ke tempat kejadian dengan pengadu. Polis terbabit juga pada
awalnya tidak percaya pistol yang dipegang oleh suspek adalah pistol
sebenar. Lalu cuba menghampiri suspek menerusi "longkang" yang berdekatan.
Suspek mula menembak setelah menyedari ada pihak polis datang dan cuba untuk
mengganggu beliau ketika itu. Maka bermulalah aktiviti tembakan kepada polis
terbabit dan juga ke udara. Keadaan ketika itu umpama ada pesta "main
mercun", tambahan pula ketika itu adalah pagi Hari Raya Aidil Fitri.

Tembakan bukan sahaja ditujukan ke udara dan kenderaaan suspek sendiri.
Malahan lebih parah lagi ia juga ditujukan kepada orang awam yang melalui
kawasan itu. Suspek dikatakan berdiri ditengah jalan sambil menghalakan
senjata kepada kenderaan yang lalu lalang. Difaham ada mangsa yang hampir
terbunuh dalam kejadian tersebut. Mangsa dikatakan akan membuat "saman" atas
kes ini. Mangsa dikatakan melalui jalan berkenaan walaupun keadaan "berbahaya"
ketika itu kerana tiada anggota polis yang mengawal lalulintas. Tiada
sekatan atau pun lencongan dibuat, menyebabkan kenderaan mangsa meredah
laluan berkenaan. Mujurlah mereka tidak terbunuh.

<http://4.bp.blogspot.com/_6CM81Nmo7tA/SOkP0PNIsCI/AAAAAAAABMs/0_xurIQTEwA/s1600-h/01102008003-small.jpg><http://3.bp.blogspot.com/_6CM81Nmo7tA/SOkPzhsVIqI/AAAAAAAABMk/Gk_K7Y5ot2w/s1600-h/01102008002-small.jpg>
Kesan tembakan pada cermin kenderaan suspek, foto kiri kayu belantan yang
turut dibawa oleh suspek semasa kejadian "ngeri" ini

Kejadian tembakan hanya dapat ditamatkan setelah 3 orang anggota polis dari
Balai Polis Lipis yang lebih profesional untuk memujuk suspek tiba. Akhirnya
suspek menyerah diri dan dibawa dengan kenderaan polis terbabit ke balai
polis. Kejadian itu berakhir dengan tiada korban manusia, namun terdapat
beberapa penyelewangan fakta dan tindakan pihak polis yang sebenarnya boleh
mengancam keselamatan orang awam.


Antara Tindakan Yang Gagal Dilaksanakan Polis

Kejadian ini sebenarnya menyebabkan orang awam semakin takut dengan pihak
polis. Persoalan yang timbul bagaimana suspek terbabit boleh bergerak sejauh
itu dengan membawa banyak senjata berbahaya didalam kenderaan mereka. Bahkan
ia boleh mengganggu ketenteraman awam. Bayangkan sekiranya tembakan yang
dibuat mengenai penduduk tempatan. Kami difahamkan terdapat 3 buah kenderaan
yang terkena tembakan. Mujurlah tidak ada kemalangan jiwa. Bahkan ada mangsa
penduduk tempatan yang hampir "maut" bila peluru tembakan berkenaan
benar-benar melalui atas kepala beliau. Mujurlah beliau menundukkan
kepalanya. Bukankah ini berbahaya kepada orang awam. Soalnya sekarang, apa
yang dibangkitkan hanyalah isu "Suspek dipercayai kurang siuman". Sedangkan
nyawa penduduk tempatan sebenarnya ramai yang hampir melayang gara-gara
kelewatan dan kegagalan pihak polis dalam kes ini. Antara kegagalan pihak
polis ialah :-
lagi dan berakhir hampir

   - Gagal memastikan suspek terbabit bertugas di balai terbabit (Balai
   Polis Simpang Durian, Jelebu) Hinggakan beliau boleh keluar sejauh itu
   dengan membawa senjata berbahaya.


   - Gagal mengawal keluar masuk senjata di balai tempat suspek bertugas.
   Ini menyebabkan suspek boleh mengambil senjata dan peluru sesuka hati tanpa
   ada sebarang sekatan daripada mana-mana pihak untuk tujuan "jihadnya"itu.


   - Gagal memastikan keselamatan orang awam. Laporan dibuat tetapi polis
   menganggap ianya adalah "lawak jenaka", akhirnya pengadu terpaksa membawa
   anggota polis terbabit ke tempat kejadian. Hanya dua orang anggota yang
   bertugas di Balai Polis berhampiran. Akhirnya bantuan 3 anggota terpaksa
   dihantar dari Balai Polis Lipis, itu pun sudah terlambat ketika ada
   kenderaan orang awam yang sudah ditembak.


   - Gagal membuat sekatan jalanraya, dan memeriksa senjata yang dibawa dari
   Negeri Sembilan hingga ke Pahang. Bukankah banyak terdapat "roadblock" di
   musim perayaan.


   - Ketika suspek melepaskan tembakan hanya seorang anggota polis ditempat
   kejadian. Tiada sekatan untuk melencongkan pengguna jalaraya dari melalui
   jalan berkenaan. Akibatnya terdapat tiga kenderaan yang cuba melalui kawasan
   terbabit telah ditembak oleh suspek. Mujurlah tiada nyawa yang terkorban.
   Hanya orang awam yang menjaga dan menghalang kenderaan melalui jalan
   berkenaan. Mungkin polis ramai yang bercuti raya.


   - Laporan polis yang memutar belit fakta mengatakan tiada penempatan
   awam, hanya guna pistol dan tiada orang awam yang ditembak adalah amat
   mengecewakan. Padahal ada rumah yang jaraknya tidak sampai 100 meter dari
   tempat kejadian. Kesemua keluarga dalam rumah terbabit terpaksa melarikan
   diri dalam ketakutan untuk menyelamatkan diri kerana takut ditembak.
   Tambahan pula terdapat peluru yang dihalakan ke rumah mereka. Ini jelas
   sekali mengganggu ketenteraman awam dan menyebabkan keluarga terbabit
   "trauma" dengan kecuaian pihak polis ini.


   - Pihak polis gagal mengenalpasti anggota mereka yang bermasalah seperti
   ini. Suspek tidak mengalami masalah kewangan kerana buku bank yang turut
   terdapat dalam kenderaan beliau menujukkan baki simpanan sebanyak RM12,000.
   Ini bermakna suspek adalah seorang yang penjimat dalam usianya baru
   mencecah 22 tahun itu.

Pulihkan Imej Polis, Suspek Perlu Ditahan ISA

Susulan daripada terbongkarnya fakta sebenar kes ini, maka pihak kami
mendapati polis sengaja melaporkan cerita yang berbeza kepada apa yang
sebenarnya berlaku. Seolah-olah kes ini tidak melibatkan keselamatan awam,
walhal perkara sebaliknya berlaku. Mujurlah Krew Pahang Daily antara yang
paling awal sampai ditempat kejadian ketika ia masih berlaku. Justeru itu
kami bertanggungjawab atas laporan ini. Kreadibiliti pihak polis perlu
diperbaiki, laporan yang salah menyebabkan penduduk setempat kecewa dengan
kejadian ini. Mereka tahu apa yang berlaku di kampung mereka ketika
kejadian. Sebelum ini sudah banyak kejadian senjata dibawa keluar tanpa
rekod dan pengetahuan pihak terbabit, namun kes kali ini dianggap paling
serius kerana tembakan rambang terhadap orang awam sebenarnya berlaku. Media
arus perdana juga sengaja memutar belitkan laporan ini. Kami menyeru supaya
pihak-pihak berkenaan mengambil perhatian perkara seperti. Jangan biarkan ia
berlaku lagi. Bayangkan jika suspek pergi menyerang ditempat awam, sudah
pasti banyak mangsa yang akan terkorban dalam kes ini. Maka itu, adalah
wajar suspek ditahan ISA atau terus didakwa di mahkamah kerana beliaulah
yang telah mengganggu ketenteraman awam dan melakukan huru-hara secara jelas
didepan mata. Apa yang ditunggu lagi oleh pihak polis dan kerajaan Malaysia.
Tindakan menghantar suspek ke Tg.Rambutan adalah satu alasan untuk melarikan
diri daripada cerita sebenar kes ini dari pandangan mata rakyat. Tunjukkan
sikap profesional dalam kes ini sama dengan apa yang berlaku kepada Raja
Petra yang dikatakan mengganggu ketenteraman awam.

[Pahang Daily mengucapkan syabas kepada 3 orang anggota polis dari Balai
Polis Lipis yang lebih cekap dan berani mengawal keadaan. Jika tidak sudah
pasti kes ini akan terus berpanjangan. Kepada keluarga dan mangsa yang
terbabit dalam insiden ini, harap bersabar dengan dugaan yang melanda.
Semoga kes ini akan memberi pengajaran kepada kita agar lebih berwaspada dan
berhati-hati dengan sesuatu kejadian].

Berjuang,berjuang,berjuang dan terus berjuang!!!

Visit My Blog : http://www.perisik-rakyat.com/

"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN
DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN
UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA
MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG
PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN
MENGHORMATI,BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik
membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya,
supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini
- Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu
menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

Kirim email ke