Bandaraya Kuala Terengganu terkenal dengan pelbagai tarikan tradisi dan moden. 
Dari Pasar Payang , Pantai Batu Burok , Batik , Keropok Lekor hinggalah ke 
Masjid Kristal dan Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun. Walaupun infrastruktur 
jalanraya di bandar ini agak memuaskan namun setiap hujung minggu , lebih-lebih 
lagi pada musim cuti persekolahan dan musim perayaan , Kuala Terengganu akan 
menghadapi kesesakan jalanraya yang luar biasa.

Yang menjadi mangsa bukan sahaja pengguna yang terperangkap dalam kesesakan 
jalanraya , malah anggota polis trafik sendiri yang begitu ramai ditempatkan di 
beberapa persimpangan jalan , bulatan dan lampu isyarat bukan sahaja di tengah 
bandar malah beberapa kilometer di pinggir bandar hingga ke jalan menuju 
lapangan terbang. Anggota polis trafik yang sepatutnya berehat bersama keluarga 
atau berhari raya , terpaksa menunaikan tanggungjawab mengawal lalulintas di 
bawah terik mentari hingga ke lewat senja.

Kesesakan yang luar biasa ini adalah merupakan pembaziran masa yang merugikan 
semua pihak , pengurangan produktiviti , peningkatan pencemaran udara dan 
tekanan (stress) kepada pengguna jalanraya.

Mengggunakan perkhidmatan polis trafik untuk mengawal kesesakan jalanraya 
hanyalah merupakan penyelesaian jangka pendek. Pembinaan jalan-jalan baru atau 
menaiktaraf jalanraya adalah merupakan penyelesaian jangka panjang.

Beberapa pendekatan lain haruskan difikirkan untuk mengelakkan kesesakan luar 
biasa di Kuala Terengganu agar ianya tidak menjejaskan imejnya sebagai sebuah 
bandaraya. 

Pelbagai pendekatan boleh dikemukakan bergantung kepada sumber kewangan serta 
sumber manusia untuk melaksanakannya.

Antaranya ialah :

1. Menggunakan CCTV , dimana CCTV diletakkan dibeberapa lokasi strategik. Pusat 
kawalan lalulintas akan mengawal lalulintas secara kawalan jauh (remote 
control) atau memberi arahan kepada polis trafik yang ditempatkan di lokasi 
tersebut.

2. Menggunakan sistem kawalan logik lampu isyarat sepenuhnya yang mengawal masa 
lampu isyarat mengikut kadar kenderaan yang melalui lampu isyarat.

3. Menggunakan helikopter atau pesawat kecil untuk memantau kesesakan 
lalulintas dan memberi maklumat ke pusat kawalan. Pusat kawalan lalulintas akan 
mengawal lalulintas secara kawalan jauh (remote control) atau memberi arahan 
kepada polis trafik yang ditempatkan di lokasi tersebut.

4. Untuk menjimatkan kos , pengawasan udara boleh dilakukan menggunakan pesawat 
tanpa juruterbang atau UAV (Unmanned Aerial Vehicle atau Drone ) serta 
helikopter kawal jauh dan juga belon udara.

5. Menggunakan satelit untuk memantau dan mengawal kesesakan lalulintas.

6. Memperbaiki mutu perkhidmatan awam di Kuala Terengganu terutamanya bas 
dengan menambah laluan dan kekerapan.

7. Mempertingkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan air dengan menambah dan 
menaik taraf jeti-jeti di sepanjang sungai , disamping menambah dan menaik 
taraf bilangan bot penambang.

8. Menambah serta menaikkan bayaran tempat letak kereta disamping menambah 
tempat letak motosikal percuma untuk menggalakkan penggunaan motosikal.

Sumber :
Polis Trafik 
http://waghih.blogspot.com/2008/01/kesian-tengok-polis-trafik-di-malaysia.html 

Penggunaan Kawalan Jauh http://www.intelligentsignals.com/Products.htm#rctl 

Penggunaan CCTV http://www.100share.com/TRAFFIC-CONTROL.htm 

Penggunaan UAV 
http://www.enquirer.com/editions/2003/05/26/loc_roaddrones26.html 

Penggunaan Belon Udara 
http://blog.modernmechanix.com/2007/05/04/balloon-cops-may-clear-traffic-jams/ 

Rozmal bin Malakan
Seremban
http://waghih.blogspot.com 



      

Kirim email ke