-- 
Klik Tajuk Untuk Artikel Penuh

*Majlis Raya Pas Kelantan Dihadiri Lebih
20,000<http://msomelayu.blogspot.com/2008/10/peristiwa-raya.html>
*
MAJLIS sambutan Hari Raya Pas Kelantan bertempat di Dataran Stadium Sultan
Muhammad ke-IV hari ini meriah dihadiri lebih 20,000 pengunjung. Ia juga
mencatat sejarah apabila turut sama dikunjungi para pelancung asing yang
kebetulan sedang melancung ke Kelantan.

<http://4.bp.blogspot.com/_hi0nllTBV5U/SO4O9sMlWnI/AAAAAAAAEJY/wl7ddSiiEvw/s1600-h/Raya+Kelantan+1.jpg>
<http://3.bp.blogspot.com/_hi0nllTBV5U/SO4O9nj4S8I/AAAAAAAAEJg/SMpconX5AFg/s1600-h/Raya+Kelantan+2.jpg>














Selain itu majlis itu juga ditambah serinya dengan kehadiran masyarakat
berbilang kaum; Cina,
India, Orang Asli dan Siam. Kehadiran golongan muda masyarakat Tionghua
sangat memberangsangkan.

Majlis itu anjuran Badan Perhubungan Pas Kelantan ia bermula jam 10:00
hingga menjelang Asar 4:00 petang.

Semua pemimpin tertingi Pas Kelantan termasuk Mursyidul Am yang juga MB Nik
Abdul Aziz Nik Mat, Abdul Halim Abdul Rahman, para Exco hadir. Turut sama
memeriahkan ialah para pemimpin Keadilan Kelantan. Naib Presiden Keadilan,
Mohd Amin Ali mewakili Penasihat PKR Anwar Ibrahim. Anwar tidak dapat hadir
kerana menghadapi prosiding perbicaraan di mahkamah seksyen Kuala Lumpur.

<http://1.bp.blogspot.com/_hi0nllTBV5U/SO4PIG48QAI/AAAAAAAAEJw/CmIYY2-2iFQ/s1600-h/Raya+Kelantan+4.jpg>Menurut
Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan, Takiyuddin Hassan sambutan hangat
itu membuktikan Pas makin mendapat sambutan rakyat dan sekaligus
mencerminkan kemantapan kepimpinan Pas Kelantan.

Menurut beliau yang dihubungi sekejap tadi kemeriahan majlis itu mungkin
juga disebabkan tempat majlis itu diadakan strategik dan mudah untuk
disinggahi oleh orang ramai.

Malam ini Penasihat PKR dijangka akan menyampaikan cerama di stadium Sultan
Muhammad ke-IV bersama Tok Guru Nik Aziz, Takiyuddin Hassan dan Saifuddin
Nasution di mana lebih 50,000 dijangka hadir.

Takiyuddin selaku tuan rumah mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih
kepada semua petugas Pas menjayakan majlis berkenaan dan juga petugas yang
menguruskan khemah solat sunat Terawih untuk program Ihya Ramadhan yang
diadakan di tempat itu sepanjang bulan Ramadhan lalu.

Beliau juga mengucapkan terima kasih dan selamat hari raya kepada semua
pengunjung dan mereka yang memberi kerjasama menjayakan sambutan majlis itu.

Bersama ini disertakan beberapa keping foto majlis berkenaan dikirimkan oleh
Sdr Ruzely Abdullah khus untuk blog ini.

Berjuang,berjuang,berjuang dan terus berjuang!!!

Visit My Blog : http://www.perisik-rakyat.com/

"WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN
DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASANYA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN
UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA
MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG
PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN
MENGHORMATI,BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"

"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik
membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya,
supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini
- Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu
menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

Kirim email ke