Adakah ibadah puasa di bulan Ramadan sejak di hari pertama benar-benar memberi iktibar kepada kita ? Apakah kelaparan yang kita rasai setelah lebih kurang 13 jam tidak menjamah sebarang makanan dan minuman memberi keinsafan kepada kita bagaimana mereka yang masih ramai hidup di bawah paras miskin yang entah apa yang mampu dimakan oleh mereka ?? Maka itulah ganjaran bersedekah di bulan Ramadan terlalu besar pahla yang dijanjikan oleh Allah swt. Namun apabila kita ke gerai-gerai Ramadan kita dapat lihat bagaimana kenaikan harga makanan yang dijual terlalu membebankan !! Punca kenaikan ialah kerana dipengaruhi oleh kenaikan harga minyak walau pun ada juga yang hanya peniaga sendiri ambil kesempatan. Inilah kesan tindakan pemerintah yang menaikan harga minyak secara terburu-terburu. Kini harga minyak dunia semakin jatuh rendah, walau harga runcit diturunkan sedikit baru-baru ini dan cakap-cakap mau menurunkannya lagi tapi harga barangan terus kekal . Saya rasa ramai daripada kita tidak lagi mampu untuk berbelanja lebih apatah lagi membeli lebih untuk di sedakahkan kepada mereka-mereka yang hidup di bawah paras kemiskinan. Di kawasan saya tinggal saya rasa boleh dikatakan tidak ada orang-orang yang terlalu miskin kecuali dua tiga keluarga yang agak miskin, satu darinya yang paling dekat dengan rumah saya seorang lelaki tua yang tinggal seorang diri. Orang tua ini asalnya tidak miskin tapi kerana tersalah urus keatas harta yang nilainya mungkin ratusan ribu ringgit tinggalan orang tuanya menyebabkan dia jatuh miskin. Bagaimana pun saya sempat beberapa kali memberi sedikit sumbangan makanan kepadanya. Sebenarnya kini banyak badan-baan kebajikan yang menganjurkan kutipan sumbangan bagi membantu mereka yang miskin tapi tidaklah dapat dipastikan sejauh mana sambutan diberikan oleh mereka yang mampu. Dalam suasana kos sara hidup semakin meningkat saya rasa masih ramai dari kalangan kita masih mampu jamu selera ketika berbuka puasa dengan pelbagai juadah yang kadang-kadang tidak habis dan dibazirkan saja. Bahkan tidak kurang juga yang berbuka di hotel-hotel bertaraf empat atau lima bintang. Kos bagi berbuka untuk seorang mungkin ada yang mencecah RM50.00 atau mungkin lebih. Saya sendiri pun telah sekali berbuka di salah sebuah hotel terkemuka di Kota Bharu di bulan Ramadan lepas apabila anak saya yang baru saja dapat pekerjaan ingin merasai berbuka di hotel dan dia yang tanggung kosnya. Saya sebenarnya keberatan tapi kerana anak saya ini bukanlah seorang yang suka membazir kecuali sesekali sanggup berbelanja lebih sikit maka saya tidaklah mahu mengecewakan dia. Bagaimana pun dalam pada kenaikan harga makanan yang membebankan dan pelbagai barangan lain saya rasa jika kita benar-benar berbelanja sekadar perlu dan benar-benar hayati sikap membenci amalan membazir yang dalam Islam ianya selari dengan amalan syaitan saya rasa ramai dari kita masih mampu untuk bersedakah samada dalam bentuk makanan mau pun pelbagai bentuk keperluan yang lain !! Wallahua'lam. ibnuAli kota jembal
--- On Sun, 10/5/08, azhar [EMAIL PROTECTED] <azhar [EMAIL PROTECTED]> wrote: From: azhar [EMAIL PROTECTED] <azhar [EMAIL PROTECTED]> Subject: Help Palestine [hidayahnet] Liku-liku kehidupan To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]> Date: Sunday, October 5, 2008, 9:59 PM salam, dalam kesibukan kita memikirkan samada nak pilih antara semi-D or town house or detached house, saudara seIslam kita ni hidup begini... masih ingat lagi kah kita berapa kali anak-anak kita ke baskin robins, pizza hut, kfc etc etc DAN berapa kalikah mereka tak habiskan makanan mereka?!!! dalam kesibukan kita memilih antara c200k atu e200k atau 3 series or just a normal camry, ingatkah kita saudara seISlam kita yg hidup mereka begini?!! saya menyeru diri saya dan sahabat-sahabat semua semoga muhasabah diri dan INSAF lah!!! Dari kejauhan dia melambai tangan....menggamit hadhir kami ke muka pintu rumahnya yang terlalu usang.....panas terik hari itu sudah tidak terasa oleh kami bila melihat realiti kehidupan rakyat miskin di Daarul UMNO - Pontian, Johor.. Sepi...sunyi. ..tergamam melihat keadaan rumah yang tinggal tunggu masa ranap menyembah bumi..... Ya ALlah, pinjamkan kami kekuatan untuk membantu mereka yang dilupakan pemerintah dzalim.... Rumah ini berada di atas paya bakau. Di belakangnya sungai besar yang kapan sahaja mengganas dengan segala isinya bila hujan turun.... Boleh masuk ke?.... Hati-hati takut mendatangkan masalah kepada penghuni.... kata seorang AJK DMPP, Puan Hjh. Kintan. Saya kata tak pe, saya kena masuk dan nak masuk lihat. Mak cik tua tuan punya rumah iaitu seorang ibu tunggal terus mempelawa saya melihat "dalam perut" rumahnya.... langkah sahaja lantai pintu depan rumah jerlus ke dalam air..... Ini sebahagian gambaran lantai rumah. Kami lihat lantainya "berombak" sekejap masuk lumpur, sekejap masuk air..... Rumah ini tidak punya sebuah bilik pun. Atapnya atap nipah, dan sedikit peninggalan atap zink yang sudah buruk berkarat. Krew Singgah Ifthar benar-benar terkesima melihat suasana di dalam...jelas tiada bekalan air mahupun bekalan elektrik.... Ya ALlah...kami sudah tidak mampu menahan sebak..air mata tumpah juga... Dinding rumahnya nya berlubang di sana sini..... Ini dia sebahagian rupa lantai rumahnya,jerlus ke dalam air sungai yang mengalir pasang.... Nah, berhampiran lantai yang jerlus tadi, dibuat pelantar kecil. Di situ ada bekas-bekas air yang jelas di dalamnya ada air yang sama mengalir di bawah rumah.... Rupanya di situ mereka mandi, membasuh dan mengambil air keperluan harian...... ....... Pak Lah, ini rumah rakyat selepas 50 tahun merdeka....tiada kah rasa berdosa? Kekayaan negara tidak diurus untuk membangunkan rakyat tetapi lebih diguna untuk apa???? Aduhai para pembaca...saya bertekad untuk membantu mereka. Bantulah kami untuk membantu mereka. Nun di sana ialah tandas rumah ini...sedang di sebelah tadi mereka mengaut air untuk kegunaan harian..... ------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- ----- Kisah ini , tak pasti semasa zaman Nabi s.a.w atau para sahabat. Ada seorang buta yang rajin solat berjemaah di masjid . Ada tali yang di buat untuk menghubungkan rumahnya dan masjid. Antara rumah dan masjid ada satu lubang yang berair. Suatu hari, dia terjatuh kedalam lubang tersebut dan beliau berpatah balik, untuk salin baju yang bersih. Kali kedua, dia terjatuh lagi dan balik semula untuk bersalin baju. Kali ketiga, di rasa nak terjatuh lagi tetapi tiba-tiba ada orang yang menyambut untuk menahannya dari jatuh dan memimpinnya hingga sampai ke masjid. Beliau bertanya kepada orang tersebut, siapakah dia. Orang itu menjawab Aku adalah syaitan.? Orang buta itu terkejut lalu bertanya, kenapa dia menolongnya dari jatuh ke dalam lubang tersebut. Syaitan menjawab , Aku menolong sebab aku takut dosa orang-orang Islam lain terampun. Ini kerana semasa engkau terjatuh kali pertama, dosamu Allah ampunkan, semasa engkau jatuh kali kedua, seluruh dosa ahli keluargamu diampunkan, dan jika aku biarkan engkau jatuh kali ketiga maka seluruh dosa umat Islam akan terampun. Sebab itu aku menolongmu.? Lihatlah dan fikirkanlah betapa besarnya pahala orang yang melangkah ke masjid atau surau, itu belum ditambah dengan pahala mengerjakan solat berjemaah. Orang yang butapun sanggup bersusah payah untuk solat berjemaah di masjid, inikan pula kita yang sihat walafiat tanpa ada sebarang halangan kecuali halangan nafsu yang sering memujuk kita untuk terus malas dalam menambah pahala untuk bekalan ke akhirat, kehidupan yang lebih kekal.... Dari Abdullah bin \'Amr r.a, Rasulullah saw bersabda : \"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.\" Muhasabahlah diri sendiri (yakni diri saya) sebelum muhasabah diri orang lain. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah swt. Apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
