Ini pun satu isu ! Kualiti makanan adakah setimpal dengan kos yang dibayar melalui duit rakyat atau nilainya sekadar 20% saja dari kos yang diperuntukkan dan mana pergi 80% lagi?? Laporan ketua audit negara keatas pelbagai agensi telah mendedahkan pelbagai cerita, ada alat yang harga sebenar RM10 saja tapi dibayar dengan duit rakyat RM100. Kabarnya kontraktor yang bekalkan pelbagai keperluan kepada budak-budak yang ikuti latihan khidmat negara ada kaitan dengan isteri orang no 2. Wallahua'lam. Makanan untuk penghuni lokap dan penjara tak taulah sapa pembekalnya !! Yang dok tipu bila jadi pembekal satu cerita. Yang dok pilih sekadar kena buat pilihan satu cerita. Yang dipaksa untuk memilih tanpa pilihan satu cerita. Bila kuasa diberi kepada orang yang tak kenal dosa dan pahla tapi hidup penoh dengan pura-pura beginilah jadinya. Ketika rakyat merana dengan kos sara hidup yang naik mendadak isteri orang no 2 pula habiskan ? RM7 juta beli 14 buah jam tangan di Hong Kong yang tentunya berjenama hebat-hebat seperti dilaporkan sebuah akhbar. Kalau dah jadi isteri orang no 1 tahun depan mungkin dia akan beli 14 buah kereta mewah pula sepertimana tindakan salah seorang MB baru-baru ini. Tapi apa salahnya kalau tindakan MB tu untuk kegunaan EXCO negeri dibanding dengan isu yang melibatkan ratusan juta wang ehsan yang lesap ketika negeri itu ditadbir oleh MB terdahulu. Hingga sekarang tidak ada kabar berita !! Setakat ini BPR ? belum beri sebarang maklumbalas dan tidak pasti pula adakah dibuat sebarang siasatan ?? Yang dedahkan pula MB baru sendiri. Kini BPR dok sibuk pula dengan rasuah di kalangan mereka yang nak rebut jadi pemimpin-pemimpin tertinggi parti yang survive melalui rasuah. BPR hanya satu "Badan" jadi mereka tak dan. Mungkin kena wujudkan satu kementerian di Malaysia ini yang dinamakan Kementerian Hal Ehwal Rasuah !! Wallahua'lam. ibnuAli kota jembal
--- On Tue, 10/7/08, Shahdon Abd [EMAIL PROTECTED] <Shahdon Abd [EMAIL PROTECTED]> wrote: From: Shahdon Abd [EMAIL PROTECTED] <Shahdon Abd [EMAIL PROTECTED]> Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] teresa pembohong besau To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]> Date: Tuesday, October 7, 2008, 10:24 AM tak kira lah samada teresa bohong atau tidak...tetapi yang muskilnya tak de pula pengarah penjara atau menteri terbabit dengan penjara ni yang menafikan lauk yag si teresa tu makan atau dihidangkan untuknya.... ..ape yag tersembunyi sebenarnya? adakah cukai yang rakyat bayar untuk malaun semua penjenayah termasuk PATI di penjara tu dihidangkan sedemikian?. ...berapa kos sebenarnya untuk satu kepala sehari untuk banduan...? adakah berbaloi dengan mutu makanan yang dihidangkan? ......jika seperti yg si teresa makan.....adakah itu spek makanan untuk banduan? sape disebalik kontraktor pembekal makanan tersebut...DESATERA kah? atau sape kah? Sesiapa tahu kos setiap makanan sehari tolong bagitau..kita share bersama info..... kita buka ape yg tersirat dari kejadian menimpa teresa..... jadi kita tahu...sebagai pembayar cukai...adakah wang kita digunakan untuk perkara yg betul...atau "disapu" oleh penyagak2... .... BONGKAR!!!!! 2008/10/1 <KholidAli> Waalaikumusalam wrt. Terlebih dahulu saya mengucapkan Selamat Menyambut Aidlfitri serta Maaf Zahir dan Batin kepada semua. Tentang isu makanan seperti makanan anjing yang didakwa oleh YB Teressa tidak perlu diperbesarkan. Apa yang patut diperbesarkan ialah isu ISA. Saya tidak fikir yang dia nak marah sangat tentang isu makanan tapi penahanan untuk siasatan beliau dibawah akta ISA yang menyebabkan dia sangat marah. Bila marah sudah memuncak kalau makanan yang istimewa sekalipun seseorang itu tak akan rasa dia di layan dengan baik. Dan memang orang yang ditahan untuk siasatan tak kira dalam apa kes sekali pun wajar dilayan dengan lebih baik sebab mereka sekadar disyaki belum di sabit dengan sebarang kesalahan. Bahkan jika terus ditahan untuk beberapa tahun di bawah ISA tahanan mesti dilayan dengan baik kerana hukuman penahanan mereka tidak melalui sebarang peroses penghakiman/ keadilan. Lebih 50 tahun merdeka apakah tidak ada undang-undang yang boleh digubal untuk membolehkan dakwaan dibuat di mahkamah ?? Jika ada yang menghina Islam tak boleh kah diwujudkan undang-undang untuk mendakwa mereka ?? Kemungkinan undang-undang sengaja tidak mahu diwujudakan kerana UMNO sendiri menghina Islam ?? Bukankah ramai dari kita setiap hari baca ayat Allah mengatakan Agama di sisi Allah hanyalah Islam tiba-tiba muncul pula Islam Hadhari !!?? Wallahua'lam. ibnuAli kota jembal --- On Sat, 9/27/08, [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]> wrote: From: [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]> Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] teresa pembohong besau To: "Ikhwanul Muslimun" <[EMAIL PROTECTED] ups.com> Date: Saturday, September 27, 2008, 4:09 AM Assalamualaikum dan salam sejahtera... Saya juga bersetuju dengan pendapat tuan Abu Samah ini. Bila saya mendengar berita dari pelbagai akhbar, tv dan di internet terasa tercabarnya dan terpanggilnya saya sebagai seorang Islam. Sanggup Teressa menyatakan makanan di dalam tahanan seperti makanan anjing sedangkan dia dapat makan dengan nasi, ikan goreng, telur rebus dan juga hanya seketul daging ayam. Itupun dia sudah merungut sebab hanya makan dengan tangan tanpa chopstick, sudu atau garfu. Sudah menjadi adat kalau di dalam tahanan, makanan tentulah tidak begitu sedap, tidak seenak makanan kita seharian. Mungkin dia makan ayam golek, itik rebus seekor. Saya bekas seorang pelajar asrama di salah sebuah institusi pengajian tinggi. Makanan kami di asrama juga tidaklah sehebat mana. Kadang - kadang dalam satu minggu makanan kami disaji dengan lauk sambal telur rebus (sambal tiada ikan bilis, bawang. Seperti masak cili merah semata), kobis rebus dan sebiji buah limau. Itu adalah makanan tengahhari. Sebelah petang pula kadang - kadang ikan masak kicap dengan goreng kacang panjang. Tapi makanan itu sudah mencukupi untuk kami terus berjuang dalam menuntut ilmu. Ada juga pelajar yang merungut tapi ada yang kata alhamdulillah sebab Allah memberikan rezeki pada setiap hari. Kita sebenarnya beruntung di Malaysia. Kadang - kadang makanpun terlebih. Sampai lebihan makanan, diberi kucing, anjing makan. Tak seperti negara yang melarat kadar kemiskinannya. Terpaksa menunggu bantuan berhari -hari. Mencari air jauh di pinggir hutan. Allah masih memberi nikmat yang mencukupi di Malaysia. Tak pernah dengar ada yang mati sebab kebuluran. Tetapi mati sebab terlebih makan. Bezanya antara kita dan 'dia' sebab kita adalah orang Islam yang tahu bersyukur tapi 'dia' adalah orang kafir yang satu hari nanti menjadi kayu api di dalam Neraka Jahannam! Apa yang ingin saya perkatakan disini, beruntunglah kita di Bumi Allah ini yang beragama Islam, tinggal di Malaysia sejak dari nenek monyang lagi. Semua ini saya fikirkan sebagai umat Islam dan orang Melayu dan tinggal di Malaysia khususnya patut bersyukur dengan segala kurniaan, rahmat yang telah Allah berikan. Kita tidak dilanda gempa bumi, letusan gunung berapi, taufan besar dan Allah hanya menguji kita dengan banjir besar, ribut kecil dan tempias dari tsunami. Seharusnya saudara saudari sekalian, bersyukurlah sebab Allah uji umatnya di Malaysia dengan kesusahan dan bukan kenikmatan yang melampau. Kalau kita diuji dengan kenikmatan melampau sudah tentu susah untuk kita kembali jalan pulang kepada Allah sebab kita terlalu gah dengan kekuasaan, kekayaan dan kesenangan yang diberi. Sebaliknya Allah uji dengan kesusahan, dengan masalah ekonomi, politik dan sebagainya supaya kita bersatu dan memperbetulkan keadaan. Dan sebenarnya adalah buta tuli bagi mereka yang hanya mengikut hawa nafsu dan hanya memikirkan keduniaan semata - mata, sanggup bersekongkol dengan orang yang akan memusnahkan Islam, Melayu dan Malaysia. Saya melihat beberapa dokumentari perjuangan orang Islam di luar negara seperti di Russia, Kosova, Albania, Romania dan Itali. Rata - rata orang Islam di sana memperjuangkan Islam melalui peperangan dan pertumpahan darah. Adakah kita mahu perjuangkan nasib bangsa sendiri dengan peperangan dan pertumpahan darah? Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pendapat saya ini. Tapi adalah tidak mustahil akan berlaku di Malaysia jika orang Islam dan Melayu tidak perjuangkan nasib mereka sendiri. Kita masih beruntung kerana banyaknya masjid - masjid terbina di mana - mana tempat, tak kira di pendalaman. Tapi sayangnya orang Islam jarang untuk hadiri beberapa agenda di masjid. Sedangkan umat Islam di Russia sendiri saya mendengar kisah dari beberapa orang pelajar perubatan di Volgograd, Russia masjid mereka tidak seperti di Malaysia yang serba indah dan serba lengkap. Tiada tempat mengambil air sembahyang, pembesar suara. Masjid mereka hanya boleh buat 50 orang jemaah sahaja, kecil dan seperti sebuah rumah papan. Tapi mereka tetap teguh dengan Islam. Akhir sekali fikirkanlah bahawa kita seharusnya sensitif dengan hal ini dan juga bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah kerana jika kita kufur, kita juga seperti orang kafir yang sepanjang hidupnya tidak pernah bersyukur dengan nikmat yang diberi. Fikir - fikirkanlah. --- On Wed, 9/24/08, abu [EMAIL PROTECTED] com <abu [EMAIL PROTECTED] com> wrote: From: abu [EMAIL PROTECTED] com <abu [EMAIL PROTECTED] com> Subject: Help Palestine [hidayahnet] teresa pembohong besau To: "Ikhwanul Muslimun" <[EMAIL PROTECTED] ups.com> Date: Wednesday, September 24, 2008, 5:43 PM Assallamualaikum. ... Inilah dia salah satu wakil pujaan pembangkang. ....sehingga orang Melayu sendiri sanggup " membodohkan " kaum sendiri kerana dia...masyaallah. .. Akhir beliau terpaksa mengaku bahawa kenyataannya " seperti makanan anjing " dibuktikan melalui video rakaman bukannya " baik sikit dari makanan anjing ". Kita tak tau apakah beliau terlibat juga tentang bantahan azan.....walaupun beliau menafikannya. Biasalah apakah dia ada kira tentang dosa atau pahala ?. Apa yang ada dalam kepalanya... .ya mungkin, MESTI HENTAM BN tanpa kira tentang perpaduan kaum dan ugama. Kaum Melayu dan pembangkang terusan menyokong beliau walaupun secara halus ianya menikam kaum Melayu dan Islam sendiri secara jarak jauh. Secara peribadi saya amat menyesal dengan tindakan PAS yang terus bersekongkol dengan Pakatan Rakyat sehingga kini. Perjuangan menegakkan Islam telah lari jauh dari prinsip asal PAS. Sekarang ini yang ada perjuangan merebut kuasa melalui pintu belakang " WALAUPUN SEHINGGA KINI PINTU BELAKANG ITU SI NUAR BERAHIM MASIH TAK JUMPA-JUMPA ". Berbagai jawapan dan angan angan terus diperkatakan sehinggakan dak TIAN CHUA cakap rundingan peralihan kuasa sedang dijalankan.. ....ORANG BODOH DAN DAH MABUK NAK BERKUASA AJE BUAT BEGITU . Mereka terus cuba membohongi rakyat sepertimana BN lakukan. Ayuh PAS sedarlah dari lamunan indah yang dinyanyikan oleh PELAKON NUAR BERAHIM dan sekutunya... berbaliklah pada asas perjuangan kita. Wassallam
