*Salam.*

*Orang mengenali benar teman-temannya pada waktu dia dalam keadaan susah.*

*Selama anda bahagia, selama itu banyak kawan anda, tetapi apabila
kesingsaraan megancam anda , maka pada saat itu kawan-kawan anda lenyap
tanpa bekas.*

  *Perkara Yang Mengeratkan Persahabatan* *Hadith : *  *Sabda Rasulullah
s.a.w yang maksudnya:
"Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu
memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya
dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling
disenanginya."*
*  Riwayat Al-Tabrani
*


*Huraian
i) Kita hendaklah sentiasa mempamerkan keperibadian seorang muslim dalam
setiap pergaulan kerana ia merupakan aset penting bagi kejayaan diri serta
organisasi yang dipimpin.
ii) Tutur kata yang baik, beradab dan dipenuhi unsur-unsur keikhlasan akan
memberikan motivasi yang paling berkesan kepada setiap individu dalam
masyarakat sekeliling sehingga membentuk kualiti ummah yang terbaik dan
menjadi contoh kepada yang lain.
iii) Jika kita mahu dihormati maka kita hendaklah terlebih dahulu
menghormati orang lain sama ada dengan mengucapkan salam, bersikap peramah
dan mengutamakan keperluannya. Ini dengan sendirinya akan menerbitkan
perasaan hormat orang itu terhadap kita dan seterusnya menimbulkan rasa
kasih dan sayang antara satu sama lain.*



-- 
Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.Tak guna ada hati kalau tak tahu
menilai.......

Kirim email ke