Brain
Development Club: Mohon Komen Anda 1
Apakah pendapat anda sekiranya anak-anak/adik-adik
anda (yang sedang bersekolah) menerima pendidikan yang lebih jitu, melalui
pendekatan membangunkan minda secara optima dalam pembelajaran mereka
(dispesifikasikan dalam subjek-subjek persekolahan); yang merupakan salah satu
daripada program yang diperjuangkan oleh Brain
Development Club?
Bagi memahami persoalan di atas, saya nyatakan contoh-contoh
pengisian program yang berkaitan dengan pembangunan minda dalam pembelajaran
di sekolah mereka:
Contoh I.
Dalam subjek Matematik, anak-anak/adik-adik anda
mungkin menghadapi situasi di mana sukar untuk menjawab soalan-soalan “Masalah”
berbanding soalan-soalan “Direct”. Sesungguhnya mata pelajaran Matematik
adalah mata pelajaran yang amat unik kerana melatih minda kanan dan minda kiri
untuk bekerja (akan dijelaskan secara ringkas dalam contoh seterusnya).
Lihat contoh di bawah:
Class 4d
has 20 boys and n girls. Each of the
student paid RM(n - 12) for the class
fund. Find the total collection of the class fund.
Dalam soalan di atas, anak-anak/adik-adik anda
ditugaskan untuk MENUKARKAN AYAT BAHASA KEPADA AYAT MATEMATIK. Berbanding
soalan “Direct”; yang hanya
memerlukan Minda Kiri bekerja, soalan”Masalah” ini meminta Minda Kanan
mentafsir situasi, mengaitkan Ayat Bahasa dengan nombor-nombor yang diberi dan
membentuk Persamaan Matematik (Mathematical
Equation) sebelum memenuhi permintaan ayat “Find the total collection of the
class fund”.
Contoh II.
Lazimnya, anak-anak/adik-adik anda akan diminta untuk
menjawab soalan-soalan “Masalah” yang banyak dalam satu-satu peperiksaan untuk
matapelajaran Matematik. Ini bermakna, penggunaan Minda Kanan dan Minda Kiri
adalah maksimum. Dari itu, pengetahuan fungsi-fungsi Minda Kanan dan Minda Kiri
akan memberikan kesan yang mendalam dan menghasilkan jawapan yang memenuhi
Skema Jawapan.
Secara ringkas, saya akan nyatakan fungsi-fungsi
Minda Kanan dan Minda Kiri dan perkaitannya dengan memberikan contoh di bawah:
Fungsi Minda Kanan: keseluruhan (holistik), serentak,
kreatif,
imaginatif, intuisi (gerak hati), emosi.
Fungsi Minda kiri: analitik. logik, fakta, terperinci,
perancangan,
prosedur, pengolahan, ulangan.
(Rujukan: Kecemerlangan
Minda; Siri Pemikiran Utusan; Hj. Abdul Fatah Bin Hasan; Utusan Publications
& Distributors Sdn. Bhd.; 1995)
Mari kita fahami tugas Minda dalam menjawab soalan Matematik
Tambahan di bawah (ringkas):
The
variables x and y are related by the equation my2
= (x + 1)2 + 3n. When the
graph of y2 against (x +
1)2 is plotted, a straight line that has gradient of 2 and passes
through the point (2,7) is obtained. Find the value of m and n.
Untuk soalan “Masalah” di atas, seharusnya anak-anak/adik-adik
anda memulakan pencernaan Minda
Kanan; melihat dan membaca soalan
secara keseluruhan dan serentak, apakah topik yang berkaitan
dengan soalan tersebut (Coordinate Geometry topic).
Kemudian, rangsangan kreativiti dijana untuk mengaitkan persamaan pertama
(my2
= (x + 1)2 + 3n)
dengan gabungan algebra y2 dan (x + 1)2 DAN MAKLUMAT dari
ayat “a straight line that has gradient
of 2 and passes through the point (2,7) is obtained”. Di sini,
anak-anak/adik-adik anda diminta meneruskan penjanaan minda kanan dengan
mengimaginasikan
SATU GRAF GARIS LURUS (Linear Graph)
di mana graf tersebut berpaksikan y2 pada paksi y dan (x + 1)2 pada paksi x.
Seterusnya mereka harus menukarkan persamaan algebra pertama tadi kepada betuk
persamaa GARIS LURUS, y = mx + c,
dengan menentukan apakah pembolehubah gantian bagi x dan y. Di akhir
pemprosesan,
mereka akan meWUJUDkan satu persamaan algebra baru yang memenuhi ayat-ayat
pertama dan kedua dalam soalan itu. Barulah mereka dapat menganalisa,
mengolah mengikut prosedur TEKNIK BERMATEMATIK untuk mendapatkan
nilai m dan n dan proses ini berlangsung di dalam Minda Kiri
mereka.
Teknik ini tidak akan tercapai sepenuhnya dengan
hanya membaca. Ia perlu diperolehi melalui kursus secara praktikal bersama
Kelab Brain Development. Marilah
sertaikan kami (sila baca perenggan terakhir petikan email ini).
Contoh III.
Contoh terakhir yang ingin dinyatakan di sini adalah
mengenai pembelajaran optima bagi subjek Kimia (Chemistry).
Anda sedia maklum bahawa proses pembelajaran
matapelajaran ini PASTI tidak berhasil selagi anak-anak/adik-adik anda tidak
menguasai JADUAL BERKALA (Periodic Table)
sepenuhnya. Penguasaan jadual ini bermula dari memahami dan menghafal setiap
unsur-unsur kimia, saiz, konfigurasi elektron, keadaan ion unsur-unsur yang
dinyatakan. Untuk itu, teknik penghafalan Mnemonic,
interaksi dalam kumpulan dan 5W+1H amat
berkesan bagi membantu mereka menguasai jadual tersebut. Dari penguasaan
jadual, akan diikuti dengan penguasaan proses-proses tindak balas kimia dan
sebagainya untuk mata pelajaran ini.
Oleh
yang demikian, penyertaan mereka dalam Kelab Brain Development mampu membantu
menangani masalah yang dihadapi
dalam akademik. Ia dirangkumkan dalam Seminar
Peperiksaan UPSR, PMR dan SPM yang terdapat dalam program-program Kelab Brain
Development, termasuk mata
pelajaran Sains (Science), Fizik (Physics), tatabahasa bagi Bahasa
Inggeris (English Grammar) dan banyak
lagi di dalam medium bahasa Inggeris (sila lihat attachment dalam email
terdahulu).
Kami berharap agar tuan/puan dapat memberikan sedikit
komen tentang perkara yang dinyatakan di atas dan terima kasih kerana
meluangkan masa membaca email ini dan komen yang diberi.
Sekian.
KEJAYAAN BERKELOMPOK LEBIH BANYAK FAEDAHNYA DARIPADA
KEJAYAAN BERSENDIRIAN…
Pemberitahuan:
Keahlian
kelab ini hanya dengan syarat membuat simpanan tetap – satu keluarga, satu
penyimpan memadai, maka setiap anak sah untuk mengikuti program-program BDC
secara bergilir-gilir. Setiap penyimpanan adalah dengan menggunakan CEK
BERPALANG atau Money Order atas nama
syarikat kewangan yang dipilih oleh pengurusan BDC atau melalui potongan gaji.
Pihak BDC TIDAK sama sekali mengambil wang
TUNAI untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini. Seluruh perbelanjaan
program-program BDC dijana melalui komisyen simpanan tetap tersebut.
Kelab
ini TIDAK berorientasikan keuntungan dan satu taklimat pra-keahlian
PERCUMA akan diadakan di BILIK KONFEREN
2 OMAR, masjid Gufran, Sungai Penchala, Kuala
Lumpur; BERSEBELAHAN
TAMAN TUN DR. ISMAIL sekitar bulan Nov / Dec 2008.
Hubungi kami di talian 017-2259078
untuk tempahan penyertaan taklimat tersebut.