Assalamualaikum. Cerita pasal ekonomi... boleh di katakan semua akan merungut dan kebanyakan yang merungut adalah orang Melayu itu sendiri. Apa yang di rungut ialah "ekonomi bukan di tangan kita"....
Ada kebenarannya jIka di fikirkan memang kita kalah dalam ekonomi... bukan sahaja Melayu tetapi Islam itu sendiri *TETAPI* pernahkan kita sebagai orang Islam yang majoriti dalam Malaysia fikir yang *KUASA MEMBELI ADA PADA ORG ISLAM SENDIRI.* Kenapa harus kita takut kepada ekonomi orang bukan Islam...??? Bak kata seorang penceramah Buai laju-laju, Sampai balik sana, Nak beli baju, Beli kedai ......... Bukan tak bagi beli, tetapi di syorkan utamakan "saudara" kita... Membelilah dari "saudara" kita dan kepada "saudara' yang berniaga pula........ janganlah di buat sifat ego dan sombong ketika berurus niaga kerna sifat sedemikian bukan dari sifat Islam. Berniagalah dengan senyuman dan berterima kasihlah kepada pembeli yang menyokong perniagaan anda dengan ikhlas. Janganlah dengan hanya memandang sebelah mata ketika sudah maju. Buangkah keEGOan anda dari diri. dan jangan lupa... *"Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan" (Al-Fatihah : 5) * Usaha dengan ikhlas di samping berdoalah kepada Allah kerna Allah yang membantu kita untuk maju di samping daya usaha yang kita sendiri harus usahakan. Di sini saya sendiri nak syorkan kepada semua di sini supaya lupakan atau buang sifat orang Melayu (bukan semua sifat Melayu itu tak baik) yang ada dalam diri (yang paling ketara sifat Melayu adalah hasat dengki hinggakan jadi pantun 2 kerat). Gunakan sepenuhnya sifat seorang "MUSLIM". Bersatulah di atas kalimah "LAILAHAILLALLAH MUHAMADULRASULULLAH" InsyaAllah, bukan saja ekonomi Malaysia................ malah Ekonomi dunia sekalipun Islam mampu mengendalikannya...... DENGAN IZIN ALLAH, AKAN TIBA MASANYA ISLAM MEMERINTAH DUNIA................. ALLAHUAKBAR !!! p/s : mungkin ada kekerasan dalam tulisan ini tetapi fikirkan dengan mendalam dari yang tersirat untuk 10 tahun akan datang dan selanjutnya............. InsyaAllah....... 2008/10/15 <RozmalbinMalakan> > Berikut beberapa maklumbalas yang diterima dari peniaga di Bazaar MAINS > (Majlis Agama Islam Negeri Sembilan) , Seremban. Mungkin ada pihak yang > boleh mengesahkannya , terutamanya pihak pengurusan Bazaar MAINS. ( Untuk > makluman saya bukan peniaga di Bazaar MAINS , atau mempunyai anak-beranak , > adik-beradik atau kroni yang berniaga di Bazaar MAINS , cumanya sebagai > seorang Islam mereka peniaga Bazaar MAINS adalah saudara saya dalam Islam > dan satu rumpun bangsa Melayu ) > > Peniaga Bazaar MAINS mendakwa : > > 1. Hampir setiap bulan, ada sahaja peniaga yang gulung tikar. > > 2. Pada bulan Syawal 1429 H yang belum pun melabuhkan tirainya terdapat > seorang peniaga pakaian dan seorang peniaga barangan hiasan terpaksa > menamatkan perniagaan kerana mengalami kerugian sejak mula beroperasi > sehingga kini. > > 3. Tiada tindakan susulan, bantuan dan promosi dari pihak yang > bertanggungjawab menguruskan bazaar ini secara bersungguh-sungguh. > > 4. Terdapat lebih 20 buah kedai tiada penyewa walaupun bazaar ini telah di > buka lebih dari tiga tahun. > > 5. Hampir 90 peratus peniaga merungut kerana mengalami kerugian. > > 6. Pengunjung yang memasuki bazaar boleh dikira dengan jari. > > 7. Beberapa peniaga di bazaar ini mencari alternatif dengan berniaga di > Bazaar Ramadan di tempat lain. > > Jika benar dakwaan di atas haraplah mereka yang bertanggungjawab dapat > melakukan sesuatu antaranya apa yang telah saya cadangkan di > http://waghih.blogspot.com/2008/10/keluhan-peniaga-melayu-bandar-seremban.html. > > Beberapa teman saya dari pimpinan PAS Negeri Sembilan secara peribadi > bersetuju untuk mengadakan EXPO Usahawan Islam anjuran Lajnah Ekonomi PAS > Negeri Sembilan sekiranya diluluskan permohonan oleh pihak pengurusan > bertujuan untuk mempromosi dan mempopularkan Bazaar MAINS , Seremban serta > membantu peniaga di sana. > > > >
