Aswt,
    
      Lapan bulan lalu lebih kurang beberapa hari sebelum tiba hari rakyat 
Malaysia membuang undi dalam PRU 12 pada 8 March penyokong dan pemimpin UMNO 
tidak henti-henti senyum menantikan MB baru mereka yang bakal menggantikan Tuan 
Guru Dato' Nik Abdul Aziz di Kelantan. Seorang Timbalan Menteri berasal dari 
Bachok diletak bertanding di salah satu DUN dalam parlimen Bachok disamping 
terus menjadi calun parlimen amat yakin akan berjaya merampas Kelantan dari 
PAS. Keghairahan itu di gembar gembur dalam media dan kabarnya beliau telah pun 
? mengadakan upacara olok-olok mengangkat sumpah sebagai MB. Mereka sangka 
merekalah sebaik-baik perancang dan lupa bahawa perancangan Allah tidak mampu 
untuk mereka tandingi. 
 
     Kini jawatan nombor satu negara pula jadi rebutan tapi kerana terikat 
dengan kuota dan pencalunan oleh pengikut yang majoritinya hanya "pengikut 
setia" (sedia mengikut)maka tiada calun lain berjaya mencabar calun yang 
dilantik PM sebelum dipilih parti .Timbalan Presiden yang juga TPM telah 
diumumkan secara tidak rasmi menang tanpa bertanding untuk jawatan Presiden. 
Nampaknya pengikut dan pemimpin mereka masih ghairah merebut pelbagai jawatan 
lain kecuali Presiden dan dari apa yang didengari politik wang yang telah 
sekian lama mau dihapuskan tetap terus menjadi budaya parti tersebut ?? Bagi 
mereka parti mereka masih sebagai sebuah bahtera yang akan terus mengharungi 
laut yang terbentang luas tanpa menyedari bahtera mereka sudah tidak segagah 
dulu lagi. Usia kapal yang sudah tua tidak akan mampu meneruskan 
pelayaran disamping ianya dibebani dengan pelbagai kerenah para kelasinya. 
Masing-masing secara individu dan ada pula dengan puaknya mau
 menguasai kapal tersebut tapi terlupa menyediakan diri untuk menyelamatkan 
diri dari lemas. Nakhoda tua kapal tersebut mahu dihanyutkan kelaut tapi dia 
terjun lebih dulu sebelum dihanyutkan. Kini bakal penggantinya yang lebih muda 
bakal mengambil alih tapi apakah perangai mudanya akan ? terus terbawa-bawa. 
Inilah yang ramai yang masih mempersoalkannya !! 
 
      Apa yang terjadi dengan pemimpin UMNO di Kelantan harus dijadikan 
iktibar. Ketika merancang pelbagai cara untuk memenangi hati rakyat Kelantan 
masing-masing sudah berkhayal nak berkuasa akhirnya seorang daripadanya yang 
sudah berjawatan "menjaga duit" negara pun terus "tenggelam" di lautan China !! 
Jika pemimpin UMNO masih ego dengan kekuasaannya (di peringkat Pusat) dan lupa 
bahawa Allah swt yang sebenarnya maha berkuasa maka riwayat UMNO pasti akan 
tamat. Manusia merancang, UMNO merancang dan PAS pun merancang namun Allah lah 
sebaik-baik perancang !! Pada pilihanraya lalu PAS ? tidak mahu kehilangan 
Kelantan biarlah tidak dapat menguasai Malaysia atau mana-mana negeri lain. 
Mereka tidak ada jentera kerajaan yang boleh diarah kerja kuat untuk 
memenangkan mereka, apa yang ada ialah Allah swt maka ratusan ribu bermunajat 
kepada Allah swt dan akhirnya doa mereka terkabul. Bahkan dari kemenangan yang 
diperolehi walaupun tidak
 secara mutlak jelaslah bahawa perancangan Allah jauh lebih hebat apabila 
mengurniakan kemenangan yang langsung ? tidak pernah terlintas di kepala 
para penyokong, ahli bahkan pemimpin PAS !! Wallahua'lam.
 
ibnuAli
kota jembal


      

Kirim email ke