*Untuk renungan*.

*Rezeki ada dimana-mana cuma bezanya cara kita mendapatkannya. Hujung minggu
bila ada kesempatan aku akan berjoging sambil menikmati keindahan dan *
*mencuci minda dan mata. Dalam situasi yang masih pagi di panahi sinaran
suria yang lembut. Emmm terasa indahnya dengan embun yang masih basah di
rumput, bersinar dek panahan suria. Walau pun keindahan alam yang hijau
hampir di bogelkan oleh pembangunan tapi masih ada ruang untuk beriadah.*
**
*Mata ku liar memandang di sekitaran, kini tiba menyusuri di satu taman
perumahan, aku terus berlari kecil. Dari jauh terlihat empat orang sedang
sebok membuat sesuatu di tepi dua buah tong yang besar. Aku juga dah tahu
apa yang mereka lakukan. Jadi aku *
*membuka ikatan tali kasut kasut dan terus berlari-lari kecil menuju ke arah
mereka. Bila *
*tiba di lokasi aku berhenti dan mengikat tali kasut semula. Sambil aku
memberi senyuman pada mereka, mereka hanya memandang aku sahaja tanpa
respon. Aku kira seorang ibu sedang mengeluarkan sampah dari dalam tong yang
besar tanpa mempedulikan kehadiran aku di situ, seorang gadis remaja sedang
mengasingkan sampah-sampah dan dua orang kanak-kanak kecil memasukan
barang-barang yang telah diasingkan mungkin kakak mereka. Bila aku amati
wajah mereka seiras semuanya. Kanak-kanak itu kelihatan gembira sambil
mereka bergurau, wajah yang mulus itu dan tangan yang kecil terus memasukan
barang-barang ke dalam plastik hitam, ingin aku berbual dengan mereka tapi
tak tahu bagaimana nak mulakan, tali kasut telah ku ikat kemas. Ibu mereka
kelihatan berpeluh membasahi badan, tapi beliau masih tertumpu dengan
kerjanya, banyak tin minuman kosong yang di keluarkan juga ada permainan
kanak-kanak. *
**
*Akhirnya aku menanyakan pada kanak-kanak itu di mana ada warung, salah
sorang kanak-kanak itu menunjukan kearah hadapan, dan aku dengan perlahan *
*meninggalkan mereka .Betapa gigihnya mereka mencari rezeki tanpa mengira
apa-apa risiko, bukan senang untuk meneruskan hidup ini, tapi ibu ini begitu
tabah mengharungi hidup ini, aku kira beliau terpaksa membawa anak-anak yang
kecil demi keselamatan mereka. Aku kira kalau aku berada di tempat beliau
aku juga akan membawa anak-anak daripada ditinggalkan sendirian di rumah. *
**
*Tujuan aku memaparkan kisah benar ini hanya untuk kita renungan bersama,
bukan semua orang boleh dan mampu hidup dengan senang, cuma andainya kita
rasa kita hidup susah, masih ramai di luar sana yang lebih susah dari kita,
anak-anak anda mengenal apa itu kfc atau md dan memakai pakaian yang
berjenama juga kasut yang menjadi kegemaran kanak-kanak, tapi masih ada yang
berselipar jepun kerana mereka tak mampu dan tak tahu apa itu jenama-jenama.
*
**
*Hanya ini yang dapat aku paparkan, dan harap maaf kiranya kisah ini ada
yang tidak suka, sebab pernah satu ketika dulu aku pernah paparkan satu
kisah yang bagi aku terlalu mencuit hati, tapi ada yang tidak suka. Ini
semua untuk mengingatkan diri aku sendiri dan untuk teman-teman yang sudi.
Tiada ajenda jahat dalam artikal ni...hanya renungan.*

  *Berusaha Mencari Rezeki* *Hadith : *  *Rasulullahs.a.w bersabda,
maksudnya:"Meraka yang mencari harta dunia (kekayaan ) dengan jalan yang
halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis ) dan
berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang
terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa
dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu
malam."*
**
*  * *Riwayat At-Tabrani*
*** *
*Huraian
**Pengajaran Hadith:

i) Sesungguhnya Allah S.W.T amat kasih kepada orang yang berusaha atau
bekerja mencari rezeki dengan titik peluh sendiri di mana dengan itu dia
dapat memenuhi keperluan dan tanggungjawabnya terhadap diri, keluraga dan
masyarakat. Malah kedudukannya adalah lebih baik daripada bersikap pemalas
dan meminta-minta daripada orang lain.*
*
Ii) Allah telah menetapkan dalam sunnah kehidupan bahawa kejayaan itu adalah
hasil daripada kerja tekun dan dedikasi. Inilah antara maksud jihad yang
dituntut oleh Islam.

iii) Kita perlu ingat bahawa hanya rezeki yang halal sahaja mesti dicari
kerana di situlah letaknya keberkatan dan ganjaran daripada Allah S.W.T.
Sedangkan rezeki yang diambil daripada punca yang haram seperti rasuah dan
sebagainya, lambat laun akan menimbulkan kecelakaan dan masalah dalam hidup
bukan sahaja di dunia malah di akhirat.
*

Kirim email ke