Arak jadikan dia ‘syaitan’. Kenyataan ini bukan dikeluarkan oleh mufti , ulamak 
atau ustaz. Tapi dikeluarkan oleh bekas kekasih penerbit muzik terkenal di 
Amerika Syarikat Phil Spector yang sedang menghadapi perbicaraan kes bunuh.

Ex-Spector girlfriend: Alcohol made him a 'demon'
LOS ANGELES – A woman who dated Phil Spector for four years testified Tuesday 
in his murder retrial that liquor transformed the legendary music producer into 
"a demon."
Sumber : http://news.yahoo.com/s/ap/20081104/ap_en_mu/phil_spector

Di Amerika Syarikat ada sebuah pertubuhan sukarela bukan kerajaan yang diberi 
nama MADD (Mothers Against Drunk Driving : Ibu-Ibu Yang Menentang Pemandu Mabuk 
) Laman web http://www.madd.org

Malang sekali kita di Malaysia , Islam entah ke mana yang bukan Islam pun entah 
ke mana. Penguatkuasaan dan penjualan arak terhadap umat Islam longgar , 
penguatkuasaan dan penjualan arak terhadap bukan Islam yang bawah umur pun 
longgar , apatah lagi usaha bersepadu membanteras pemandu mabuk yang semakin 
menjadi-jadi.

Tak percaya cuba tengok orang Islam yang beli arak di kedai serbaguna 24 jam , 
ada pemilik kedai minta MyKad untuk membuktikan dia bukan Islam, atau cuba 
tengok anak-anak bukan Islam bawah umur 18 tahun beli arak di kedai runcit , 
ada pemilik kedai minta MyKad untuk membuktikan dia berumur lebih 18 tahun ?

Ibu-ibu yang Islam dan ibu-ibu yang bukan Islam , bangkitlah. Jangan sampai 
anak kita yang mabuk atau anak kita dilanggar (dibunuh) pemandu mabuk.

Firman Allah Ta'ala :
Tafsirnya : "Wahai orang-orang yang beriman ! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan 
berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah (semuanya) 
kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya 
supaya kamu berjaya."  ( Surah al-Ma'idah : 90)

Sabda Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam daripada Anas bin Malik 
Radhialllahu 'Anhu dia berkata :
Maksudnya : "Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam melaknat berkenaan dengan 
arak sepuluh golongan : Orang yang memerah arak, orang yang minta diperahkan 
arak, orang yang meminum arak, orang yang membawa arak, orang yang minta 
dihantari arak, orang yang menuangkan arak, orang yang menjual arak, orang yang 
makan harga arak, orang yang membeli arak dan orang yang minta dibelikan arak."
(Hadits riwayat Ibnu Majah dan Tirmizi)

Sumber dari Laman Web Mufti Kerajaan Brunei Darus Salam 
http://www.brunet.bn/gov/mufti/alhadaf/jun98/h_fatwa6.htm




Kirim email ke