Salam.
Maaf! Actually nama & no account pemegang dana terdapat dalam video tersebut..
Terima kasih, bantuan anda semua amatlah dihargai & Allah SWT sahaja yg akan
membalasnya. Insya Allah..
Anda boleh menghubungi Tn Hj Mohd Basir Abdullah (pemegang dana yg dilantik),
di talian: 019-601 9956, atau bank in ke akaun Maybank beliau. AC no:
114272169066.
ikhlas,
[EMAIL PROTECTED]
[EMAIL PROTECTED] wrote:
Salam, bagaimana jika ada yg ingin membantu.
Boleh tak sertakan no account?
Shukri Mohd
Sent by: [email protected] 03/11/2008 10:27 AM Please
respond to
[email protected]
To
"Ikhwanul Muslimun" <[email protected]> cc
Subject
Help Palestine [hidayahnet] Kebakaran Asrama Anak Yatim & Fakir Miskin Sg
Penchala
Lebih 50 orang mangsa tinggal sehelai sepinggang. Bukan itu sahaja. 2 orang
kanak-kanak turut ditemui hangus. Bantuan dan derma daripada Badan-badan
kerajaan, NGO, Parti politik dan anda sendiri amat dialu-alukan!!
Sama-sama kita mengumpul dana untuk mangsa yg terlibat (Click video link di
bwh). Usaha murni anda Allah sahaja yang dapat membalasnya..Insya Allah!!
Click link di bawah, saksikan clip video yang menyayat hati tersebut.
http://www.youtube.com/watch?v=qPVc-SPxECQ
http://www.youtube.com/watch?v=cS2uiWPniJM
p/s: Sila forward kepada semua rakan-rakan & pihak2 yang berkenaan. TQ
[EMAIL PROTECTED]
Api mancis dipercayai punca kebakaran
Harian Metro 25 Okt 2008
KUALA LUMPUR: Kebakaran yang menyebabkan dua kanak-kanak rentung di Kampung
Sungai Penchala, di sini, malam kelmarin dipercayai berpunca daripada api
mancis yang dinyalakan penghuni rumah teres dua tingkat terbabit.
Bagaimanapun, Komander Operasi Kanan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan,
Anuar Haron, berkata punca kebakaran itu hanya andaian awal berdasarkan
âcakap-cakapâ penduduk di sekitar tempat kejadian.
âBomba akan menyiasat kejadian dari pelbagai sudut termasuk kemungkinan
berlaku litar pintas. Kita sudah ambil keterangan daripada saksi untuk membantu
siasatan.
Anuar berkata demikian ketika mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam
mengenai kejadian membabitkan dua kanak-kanak berusia empat dan enam tahun
terkorban dalam kebakaran dipercayai ketika mereka nyenyak tidur.
Mangsa, Fairus Rahimey Adam, 6, dan Muhammad Umam Hasan, 4, dikatakan sedang
tidur ketika kebakaran.
Difahamkan, lantai tingkat atas asrama yang diperbuat daripada kayu itu runtuh
selepas dijilat api menyebabkan kedua-dua mangsa terjatuh dan terperangkap
dalam kepulan asap sehingga menyukarkan mereka menyelamatkan diri.
Mayat kedua-dua mangsa ditemui anggota bomba terbaring berhampiran antara satu
sama lain di sebelah tingkap berhampiran pintu keluar rumah itu kira-kira jam
12 tengah malam.
Rumah dua tingkat yang dijadikan asrama anak yatim dan fakir miskin itu didiami
53 penghuni terdiri kanak-kanak lelaki berusia antara enam hingga 12 tahun,
selain lima keluarga penjaga pusat berkenaan yang tinggal di situ.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul
Bari Wan Abdul Khalid, berkata tiada unsur jenayah menyebabkan kematian
kedua-dua kanak terbabit, berdasarkan laporan bedah siasat yang dikeluarkan
pagi semalam.
Bagaimanapun, katanya siasatan masih diteruskan untuk mengenal pasti punca
sebenar kebakaran itu.
Terdahulu
Terjerlus lantai terbakar
Oleh Hadzlihady Hassan dan Iskandar Shah Mohamed
[EMAIL PROTECTED] 24 Okt 2008
KUALA LUMPUR: Menyayatkan hati apabila dua kanak-kanak ditemui rentung dalam
kebakaran di empat rumah teres dua tingkat yang diubah suai menjadi asrama
pusat jagaan anak yatim dan fakir miskin di Sungai Penchala di sini, malam tadi.
Bapa mangsa, Adam Ismail, 48, berkata ketika kejadian dia di rumah sepupunya
berhampiran asrama itu kerana urusan tertentu.
âDalam perjalanan pulang, saya tersentak apabila ternampak api marak dan
beberapa jentera bomba sedang memadamkan kebakaran di kawasan rumah.
âKeadaan amat kelam-kabut apabila semua penghuni bertempiaran lari
menyelamatkan diri dan saya kemudian teringatkan anak ke-11 kami yang sedang
tidur di tingkat atas,â katanya yang turut bertugas sebagai penjaga di rumah
terbabit.
Menurutnya, dia agak panik dan hanya mampu menyerahkan segala-galanya kepada
Tuhan kerana tidak dapat masuk ke rumah berikutan api sedang marak.
âSaya lihat isteri sibuk menyelamatkan anak kami yang lain dan hanya
menyedari dia (Fairus) tiada di tempat kami berkumpul di kawasan lapang di
hadapan rumah,â katanya yang mempunyai 12 anak.
Dalam kebakaran itu, tingkat atas keempat-empat rumah itu hangus dijilat api.
Sementara itu, Komander Operasi Kanan Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan,
Anuar Haron, berkata pihaknya menerima panggilan jam 10.36 malam.
âSebanyak enam jentera bergegas ke lokasi kejadian dan api dipadamkan
kira-kira setengah jam kemudian. Kita masih menyiasat punca sebenar kebakaran
rumah berkenaan,â katanya.
Menurutnya, mayat kedua-dua kanak-kanak lelaki terbabit dibawa ke Hospital
Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.