JIM seru umat Islam sumbang korban

Oleh: Syairi Shaari

TAMAN MELAWATI - Jamaah Islah Malaysia (JIM) menjemput Muslimin dan Muslimat 
menyertai program Qurban Eidul Adha dibumi umat Islam yang minoriti, miskin 
tertindas atau yang diuji pelbagai penderitaan serta kesengsaraan.

Program ke-10 JIM ini membuka ruang kepada umat Islam di Malaysia untuk beramal 
sambil menyumbang kepada umat Islam di tempat-tempat yang lebih memerlukan. 

Program yang dinamakan "Rayuan Qurban 1429H" dengan bertemakan "Qurban Mulia Di 
Tempat Yang Lebih Memerlukan" mengenal pasti beberapa lokasi di sembilan negara 
untuk dilaksanakan ibadah tersebut. 

Menurut pengarah program, Ibrahim Mohamad, umat Islam di Malaysia sememangnya 
prihatin terhadap isu umat Islam serantau dengan melihat usaha berpanjangan 
yang ditunjukkan dalam menghulurkan bantuan pelbagai segi khususnya pendermaan 
dan sukarelawan.

"Pada tahun ini, JIM sekali lagi menyeru umat Islam di Malaysia untuk menyertai 
program ini," jelas Ibrahim. 

Tambahnya, pada tahun ini sahaja JIM menyasarkan 350 ekor haiwan bagi 
menyempurnakan ibadah korban, iaitu hampir dua kali ganda daripada tahun 
sebelumnya.

Katanya lagi, negara atau lokasi yang disasarkan ialah Kemboja, Selatan 
Thailand, Sudan, Mindanao, Sri Lanka, Palestin, Afghanistan, Indonesia dan 
Vietnam.

"Dalam waktu sama JIM juga tidak melupakan saudara baru di Malaysia" kata 
Ibrahim semasa ditemui Sinar Harian di Pejabat JIM, Pusat Bandar Melawati.

Ibrahim berkata lagi, antara mereka yang akan diagihkan daging korban ini 
adalah golongan fakir miskin, mangsa yang ditimpa bencana alam, umat Islam yang 
dipinggirkan dan yang berjihad fisabilillah.

"Sebilangan besar mereka ini adalah terdiri daripada anak-anak yatim, ibu 
tunggal, orang tua dan kurang upaya (OKU), " kata Ibrahim.

Bagi umat Islam yang ingin menyertai program pelaksanaan ibadah korban atau 
aqiqah, bolehlah menghubungi Sekretariat Rayuan Qurban dan Aqiqah JIM ditalian 
03-41089669 atau 03-41053159, atau layari laman web www.qa.jim.org. my 

Sumber: 
Sinar Harian
03 November 2008 (Isnin)
Muka surat S5


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Palestine:
Gesaan sumbangan RM1.00 satu kepala
      RM1 setiap bulan kepada Palestin 

Masukkan derma anda ke dalam akaun: 
'Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia’ 
Bank Islam Malaysia - No. Akaun 12113010005797
Maybank - No. Akaun 562209608847

http://palestinkini.info/ 
http://jim.org.my/galeri/pdf/flyer_palestin2a.pdf

Disaster and Emergency Response Unit [Deru] Donation:
Masukkan ke akaun JIM Johor di 
Bank Islam Malaysia Berhad 
Akaun no.  01014010010372 
http://www.freewebs.com/jimderu/index.htm

Moderator
Ikhwanul Muslimun

Kirim email ke