Hari ini Jumaat 7 November 2008 seperti biasa saya solat Jumaat di Masjid 
Bandar Baru Senawang. Tapi hari ini terlewat sikit , tak sempat balik rumah , 
mandi sunat dan pakai baju Melayu. Ada perkara penting dengan Boss di tempat 
kerja , pukul 1 tengahari baru habis, terus ke masjid.

Sampai saja masjid , bilal sedang azan. Seperti biasa saya mengambil tempat di 
sayap kiri masjid , anjung luar. Senang nak keluar , sebab nak berkejar masuk 
kerja pukul 2:30 ptg.

Khatib hari ini ialah Imam Masjid Bandar Baru Senawang , Ustaz Dato Hj Arshad 
Abd Samad , bekas Ketua Hakim Mahkamah Syariah N.Sembilan. Seorang yang lemah 
lembut , kalau beri kuliah cakap perlahan , kalau buat jenaka pun perlahan 
tidak berseloroh , rajin masak kenduri kendara dan sodap , kalau nak sembelih 
lembu dialah juga orangnya , kalau nak nikah kahwin , dialah juga orangnya yang 
dicari. 

Topik khutbah hari ini ialah sekitar undang-undang Islam. Apa yang tersentuh 
mendengar khutbah beliau apabila Ustaz Arshad mengatakan bahawa tidak sah 
ibadah , tidak sah solat , tidak sah puasa , tidak sah zakat jika tidak percaya 
dengan undang-undang Islam.

Pada sebelah malamnya pula , sekali lagi Us Arshad beri kuliah Feqah bab 
Mahkamah Syariah. Saya minta ustaz ulas mengenai isi khutbah siang tadi. Dia 
kata memang sia-sia ibadah jika tidak percaya hukum Islam. Yang penting kita 
umat Islam mesti yakin dan percaya hukum Islam kerana ianya adalah perintah 
ALLAH. Soal samada bagaimana hendak melaksanakannya , bila hendak 
melaksanakanyya itu perkara lain.

Sebagai yang arif tentang hukum Islam menjadi tanggungjawabnya untuk 
menerangkan kepada semua umat Islam. Samada umat Islam hendak mendengar dan 
menuruti itu perkara lain katanya, yang penting katanya dia sudah menunaikan 
tanggungjawabnya untuk memberi penerangan.

Kata beliau lagi orang sekarang suka melakukan Amar Maaruf tapi takut untuk 
melakukan Nahi Munkar.

Ustaz Arshad hanyalah seorang imam , seorang bekas kadi , tanggungjawab beliau 
untuk menerangkannya sudah tertunai. Beliau bukanlah ahli politik , malah 
beliau tidak pernah memberi ceramah atas mana-mana pentas politik. Beliau lebih 
gemar bercampur bersama masyarakat.

Saya hanya menyampaikan apa yang saya dengar masa khutbah Jumaat tadi dan 
kuliah maghrib tadi , kerana kesian tengok umat Islam kita jika mereka 
melakukan ibadah haji , solat , puasa yang sia-sia termasuklah diri kita 
sendiri yang belum pasti adakah amal ibadah kita selama ini diterima, hanya 
kita berdoa dan sentiasa mengharapkan ALLAH terima amal ibadah kita. Kalau 
sesiapa ada masalah boleh jumpa Ustaz Arshad di Masjid Bandar Baru Senawang 
bila-bila masa. 

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com 



      

Kirim email ke