Saya fikir kejadian ini bukan sahaja berlaku di Masjid Negeri , Seremban ianya 
telah dan boleh berlaku di mana-mana masjid di Malaysia ini. Oleh itu kepada 
wanita yang bersembahyang di masjid haruslah berhati-hati menjaga keselamatan.

Sekitar bulan Oktober 2008 ketika seorang muslimat sedang bersolat zuhur di 
Masjid Negeri , Seremban. Dia telah meletakkan beg tangannya disebelahnya, 
apabila selesai solat didapati beg tangannya telah hilang.

Belum sempat hendak buat repot polis dan aduan pada bank , kad kreditnya telah 
digunakan di sebuah stesen minyak berhampiran.

Modus operandinya ialah kemungkinan pasangan lelaki dan wanita yang berpakaian 
kemas dan sopan , menggunakan kereta MPV.

Kejadian ini boleh berlaku pada sesiapa sahaja , dan di mana jua. 
Berhati-hatilah walau dimana-mana hatta dalam masjid sekali pun. 
Berhati-hatilah dengan sesiapa yang tidak dikenali walaupun perwatakannya baik. 
Ianya bukan sahaja boleh berlaku pada wanita bahkan lelaki pun boleh menjadi 
mangsa.

Jika ada kejadian serupa atau modus operandi yang serupa harap laporkan kepada 
polis. Jika ada saspek yang disyakki juga laporkan kepada polis.



      

Kirim email ke