Assalamu'alaikum w.w.
Harapnya Christine Weaver tu Islam dulu, barulah dia memahami "RUH" Halal ,
dan barulah Expo Halal menepati matlamat kebaikan kepada penggunanya.
Expo Halal tersebut seolah-olah dibuat untuk tujuan lain. Mereka nampak
"keuntungan pasaran yang besar" keatas billion pengguna produk halal. Sekali
lagi kita menjadi ratahan mereka.
Expo ini adalah satu usaha yang cantik, namun seharusnyalah diketuai,
dipantau dan menepati misi dan tujuannya. Perlu dipenuhi oleh mereka yang ahli,
yang mempunyai minimanya, iman kepada Allah.
Mungkinkan seorang yang belum beriman, dan tidak pula sah wudhuknya,
menceritakan sesuatu yang sangat menarik dan berkesan tentang bagaimana beroleh
khusuk dalam solat. Menceritakan sesuatu yang Halal adalah ehwal orang Islam !
Ini adalah bidang dan hal ehwal orang Islam. Walaupun mereka boleh dilatih
dan mungkin lebih cekap dari kita, takkanlah dari seluruh orang Islam, tidak
ada mereka yang boleh diharap menjadi pengarah... janganlah pula satu hari
nanti kerja-kerja pemantauan halal diserah pada bukan muslim !
Malaysia sudah membuka langkah ini dengan menyerahkan hak piawaian halal
diberi kepada badan korporat dari yang asalnya adalah hak dan tugas Jakim. Kini
Sijil Halal Jakim tidak lagi diketuai pengeluarannya oleh Jab. Agama Islam.
Ianya di letak bawah syarikat yang di miliki oleh Khairi Jamaluddin.
Mungkin harini kita kata, " Ah ! Khairi kan orang Islam ...."
Seharusnya entiti perniagaan tidak boleh mencampuri ehwal piawaan.
Akan berlaku "Conflic of interest"
Balik kepada expo tadi, nampaknya "Halal" telah menjadi bisnes value bagi non
muslim.
(yang seharusnya menjadi hadiah dari Allah kepada orang Islam)
Sekali lagi kita yang tidak sensitif ini menjadi makanan dan ratahan mereka.
Allahu'alam.
ABU DHABI, 11 Nov (Bernama) -- Lebih 50 pertubuhan yang terbabit dalam industri
halal yang termasuk syarikat makanan utama dari seluruh dunia, kini menghadiri
Ekspo Halal Dunia selama tiga hari yang bermula Selasa, di ibu negara Emiriah
Arab Bersatu ini.
Pengarah Ekspo Halal Dunia Christine Weaver berkata Timur Tengah merupakan
salah satu pasaran perdana produk halal dan pameran itu menyediakan satu
platform perniagaan yang memenuhi keperluan pengeluar, pedagang dan pemimpin
perniagaan halal global yang berhasrat mengembangkan perniagaan masing-masing
di rantau ini.
"Keperluan acara ini diadakan adalah jelas apabila anda menimbangkan bahawa
industri halal menawarkan perniagaan yang lumayan. Terdapat lebih 1.8 bilion
pengguna di seluruh dunia dan anggaran nilai perniagaan AS$2.1 trilion,"
katanya.
Sambil mempamerkan makanan halal, acara itu yang diadakan di Pusat Pmeran
Negara Abu Dhabi, turut memberi fokus ke atas produk gaya hidup halal, yang
termasuk kewangan Islam dan fesyen yang mematuhi syariah, kosmetik dan produk
penjagaan kesihatan.
Pameran itu yang diadakan serentak dengan Forum Halal Dunia, yang menghimpunkan
pakar dari pelbagai industri untuk menangani isu utama dan menyediakan
penyelesaian berkata Timur Tengah merupakan salah satu pasaran perdana produk
halal dan pameran itu menyediakan satu platform perniagaan yang memenuhi
keperluan pengeluar, pedagang dan pemimpin perniagaan halal global yang
berhasrat mengembangkan perniagaan masing-masing di rantau ini.
"Keperluan acara ini diadakan adalah jelas apabila anda menimbangkan bahawa
industri halal menawarkan perniagaan yang lumayan. Terdapat lebih 1.8 bilion
pengguna di seluruh dunia dan anggaran nilai perniagaan AS$2.1 trilion,"
katanya.
Sambil mempamerkan makanan halal, acara itu yang diadakan di Pusat Pameran
Negara Abu Dhabi, turut memberi fokus ke atas produk gaya hidup halal, yang
termasuk kewangan Islam dan fesyen yang mematuhi syariah, kosmetik dan produk
penjagaan kesihatan.
Pameran itu yang diadakan serentak dengan Forum Halal Dunia, yang menghimpunkan
pakar dari pelbagai industri untuk menangani isu utama dan menyediakan
penyelesaian