Assalamu'alaikum 
   
  Saudaraku yang dikasihi,
   
  PROGRAM IBADAH KORBAN 1429H
   
  Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Malaysia 
(HALUAN) adalah pertubuhan  yang diujudkan  berteraskan prinsip dan nilai 
Islam, mencurahkan bakti kepada setiap lapisan masyarakat yang memerlukan tanpa 
mengira batas kepercayaan agama, bangsa, politik dan geografi. 
   
  Salah satu aktiviti tahunan HALUAN ialah menganjurkan Program Ibadah Korban.  
Program ini diadakan setiap kali menjelang Zulhijjah, bulan yang memberi 
peluang kepada kita untuk terus mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan 
melakukan ibadah korban.
   
  Walaupun saban tahun kita dapati semakin ramai umat Islam yang melaksanakan 
ibadah berkenaan, setiap kali itu juga kita dapati daging korban berlebihan di 
tempat-tempat tertentu, sehingga terpaksa diagihkan kepada mereka yang 
sebenarnya tidak begitu memerlukan bantuan dan tidak pula sampai kepada 
golongan yang benar-benar memerlukan bantuan seperti yang dianjurkan oleh 
syariat Islam.
   
  Menginsafi keadaan inilah, maka HALUAN mengambil inisiatif menganjurkan 
program ini bagi menggalakkan umat Islam melaksanakan ibadah korban di tempat 
golongan yang lebih memerlukan bantuan disebabkan masalah ekonomi, bencana 
alam, peperangan, penindasan dan seumpamanya.
   
  Pada tahun ini, HALUAN menetapkan untuk mengadakan program ibadah korban di 
tempat-tempat berikut:
    
   Perkampungan- perkampungan Orang Asli di Semenanjung, bagi meraikan 
saudara-saudara baru;   
   Perkampungan Islam yang miskin di Semenanjung, Sabah dan Sarawak;   
   Perkampungan- perkampungan Islam di Kemboja dan Sri Lanka.
   
  Di samping itu, sebanyak RM10 daripada setiap bahagian korban akan disalurkan 
kepada Tabung HALUAN Penyayang untuk membiayai Asrama Anak Yatim & Miskin yang 
ditubuhkan HALUAN.
   
  Sehubungan itu, saudara yang berminat untuk menyertai program ibadah korban 
ini dan mendapatkan maklumat lanjut mengenainya, boleh membaca brosur yang 
disertakan bersama-sama emel ini..
   
  HALUAN berharap mudah-mudahan program ini bukan saja dapat menggalakkan umat 
Islam meningkatkan ibadah dan amalan masing-masing, tetapi juga dapat membantu 
meringankan permasalahan yang dihadapi masyarakat Islam di tempat-tempat 
berkenaan.
   
  Sekian, terima kasih..
   
  Wassalamu'alaikum wr wbt.
   
  HALUAN MALAYSIA
  No. C-02-17, Lorong Kenari 12,
  Taman Sri Kenari, 43000 Kajang,
  Selangor Darul Ehsan
  Tel & Fax : 03 8736 6564
  website: www.haluan.org.. my
   
   
  SyHaleem80



       

Kirim email ke