Fenomena ini sukar dihapuskan kerana pihak berkuasa sendiri tidak bertindak selaras dengan perundangan Islam dan fatwa oleh ulamak dalam banyak perkara bahkan kabarnya ada fatwa yang tidak dihebahkan jika ianya didapati bercanggah dengan polisi pihak berkuasa. Apa yang dibimbangkan keberanian mereka memprotes bukan saja mencabar kewibawaan Majlis Fatwa tapi mungkin akan lebih banyak lagi pihak yang akan menentang sebarang dasar yang ingin menjadikan amalan hidup yang lebih hampir kepada tuntutan Islam bagi mencapai kesejahteraan dalam kehidupan masyarakat. Mereka mahu jadikan negara ini bebas sebebasnya sebagaimana kebebasan wanita disetengah-setengah negara sekular yang membawa kepada gejala sosial yang lebih dahsyat. Mereka menilai keadilan itu dari kacamata diri atau kelompok mereka bukan berdasarkan ketetapan agama kerana Allah yang mencipta manusia lelaki dan permpuan adalah maha mengetahui akan segala ""kekuatan dan kelemahan" kedua-dua pihak sama ada lelaki atau perempuan. Sesuatu fatwa itu pastinya berdasarkan rujukan kepada kitab Allah dan Sunnah Nabi yang sudah tentu bukan hanya berdasarkan keadilan dari sudut mata kasar atau lahiriah tapi ianya pasti terdapat hikmah disebaliknya. Kepatuhan dan ketundukan kepada ketetapan Allah dan Rasul adalah ciri utama keimanan kepada Allah swt. Masalahnya kumpulan ini "tidak mengenal" siapakah diri mereka dan mengapa mereka dihidupkan di dunia ini, pastinya mereka ini jauh dari mengenal Allah swt yang menjadikan mereka !!! Wallahua'lam. ibnuAli kota jembal
--- On Sat, 11/8/08, [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]> wrote: From: [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]> Subject: Help Palestine [hidayahnet] Video Gerakan Lawan Semua Fatwa Menindas Perempuan : Cabar Majlis Fatwa To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]> Date: Saturday, November 8, 2008, 9:39 PM Video ini dirakam oleh Media Malaysiakini pada 7 Oktober yang lalu (masih fresh lagi). Cukup menyedihkan apabila kelompok manusia seperti berani mempertikai institusi fatwa kebangsaan. Bukan sekadar mencabar fatwa tetapi menyebarkan kefahaman Sister In Islam iaitu hak kesamarataan lelaki dan perempuan yang dilaung-laungkan mereka sebagai satu slogan. Mahu saksikan video ini, sili klik :http://razalizaidin .blogspot. com
