salam saya berharap saudara membaca sejarah awal kedatangan islam dinusantara dan siapakah mereka yang datang kesini diawal 300 tahun selepas hijrah dari kalagan ahlul bait ketika mereka ditekan dizaman kerajaan abbasiyah... baca dan nilaikan pertama hadiah Allah kepada kita, ingat dengan uslub dakwah dan tarbiyyah dari merekalah kita semua terima Islam. hari ni golongan baru yang hanya kenal Islam melalui buku dan baru graduate sepurnama di universiti melaknat mereka2 telah berjasa kepada kita semua.... subhanallah. belajarlah. disertakan bersama rujukan utk saudara untuk mengenali apakah itu TAHLIL, APAKAH KANDUNGAN TAHLIL, ADAKAH TAHLIL ITU IBADAT RUKUN ATAU KAEDAH DAKWAH DAN MENDOAKAN KEPADA SIMATI... DAN LAIN2 LAGI Sila rujuk
PERSOALAN BIDA’AH DAN KHILAFIAH TAHLIL ARWAH SUATU KUPASAN YANG MENARIK DARI TUAN GURU DATO’ DR. HARON DIN TENTANG PERSOALAN BIDA’AH DAN KHILAFIAH Dewasa ini ada pihak-pihak tertentu mempersoalkan amalan-amalan yang telah kita orang Islam di Nusantara lakukan sejak beratus-ratus tahun lalu seperti Majlis Tahlil Arwah, Talkin atas Kubur, Wirid Selepas Solat, Doa’ Qunut dalam Solat Subuh dan Solat Tarawih 20 rakaat. Mereka mengatakan bahawa amalan ini tidak di lakukan oleh nabi maka dikatakan bida’ah. Hujah mereka ialah dari hadis nabi yang mengatakan bahawa setiap bidaah jika dilakukan akan masuk neraka. Bagi mengupas persoalan ini Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din telah menjelaskan dengan panjang lebar selama 240 minit tentang perkara ini. Anda patut mendengar penjelasan ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan yang di timbulkan oleh pihak-pihak yang tersebut. Rakaman Ceramah ini telah dibahagikan kepada 8 bahagian bagi memudahkan untuk di muat turun. Rakaman ini dalam format “Realmedia”, jika anda tidak boleh untuk memainkan format ini sila muat turun perisian “Real Alternatif” di sini atau untuk menukarkan ke format “MP3” sila muat turun perisian “Free RM to MP3 Converter” di sini. Untuk muat turun rakaman Ceramah ini sila klik pada tajuk-tajuk di bawah ini; 1. Persoalan Bida'ah & Khilafiah Tahlil Arwah Bahagian 1 2. Persoalan Bida'ah & Khilafiah Tahlil Arwah Bahagian 2 3. Persoalan Bida'ah & Khilafiah Tahlil Arwah Bahagian 3 4. Persoalan Bida'ah & Khilafiah Tahlil Arwah Bahagian 4 5. Persoalan Bida'ah & Khilafiah Tahlil Arwah Bahagian 5 6. Persoalan Bida'ah & Khilafiah Tahlil Arwah Bahagian 6 7. Persoalan Bida'ah & Khilafiah Tahlil Arwah Bahagian 7 8. Persoalan Bida'ah & Khilafiah Tahlil Arwah Bahagian 8 Semoga memberi manfa’at |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||| Webmaster Darussyifa' --- On Sun, 9/11/08, [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]> wrote: From: [EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]> Subject: Help Palestine [hidayahnet] RESPON TENTANG TAHLIL TU BIDAAH To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]> Date: Sunday, 9 November, 2008, 6:34 PM MEMANG LAH TAHLIL TU BIDAAH. TAK DE KENA MENGENA DENGAN WAHABI. NEGARA2 ASIA SEPERTI MALAYSIA, INDONESIA, SINGAPURA, INDIA MEMANG BANYAK BIDAAH. KALAU NAK TAHU SAMADA SESUATU PERKARA TU BIDAAH ATAUPUN TIDAK, CARI KAWAN2 DARI NEGARA2 LAIN YANG BERAGAMA ISLAM SEPERTI DARI EROPAH, AMERIKA, NEGARA2 ARAB ... TANYAKAN KEPADA MEREKA, ADA TAK MEREKA MENGAMALKAN ITU ATAU INI YANG DIAMALKAN DI NEGARA KITA. PASTIKAN KITA AKAN RASA TERKEJUT KERANA KITA DAPATI RUPA2NYA HANYA KITA DI MALAYSIA ATAU INDONESIA SAJA YANG MENGAMALKANNYA DAN MEREKA TIDAK TAHU MENAHU LANGSUNG TENTANG TAHLIL NI. MAKA TAHULAH KITA BAHAWA SESUATU YANG KITA AMALKAN TU BIDAAH. KALAU TIDAK BIDAAH, SEMUA UMAT ISLAM DI PELUSUK DUNIA NI AKAN BUAT SEPERTI KITA.
