Waalaikumusalam wrt wbt Sdr Sukarman, Tajuk "Jihad Melawan Hawa Nafsu" memang sudah tepat kerana jika dirujuk kepada apa yang dihuraikan oleh Profesor Dato' Dr Haron Din dalam buku yang ditulis oleh beliau bertajuk Jihad Sebagai Survival Insan juga menggunakan istilah Jihad Nafsu. Berdasarkan huraian beliau jihad dibahagikan kepada dua, pertama jihad Nafsu yang lebih dikenal dengan jihad besar.Kedua, jihad lahir yang lebih dikenal dengan jihad kecil. Seterusnya berdasarkan huraian beliau tentang Jihad Nafsu dan Jihad Kecil: Jihad nafsu adalah jihad agung (al-Jihad al-Akbar). Keagungan jihad nafsu bukan bererti jihad-jihad lain tidak penting. Betapa pentingnya jihad ini hingga dapat difahamkan apabila jihad nafsu dilaksanakan, dengan sendirinya jihad-jihad yang lain terlaksana. Tetapi yang dimaksudkan dengan agungnya jihad nafsu adalah kerana: * Luasnya medan perjuangan yang tidak terbatas. * Luasnya masa perjuangan yang tidak terhad * Sulitnya perjuangan ini kerana pada hakikatnya perjuangan antara manusia dengan dirinya sendiri. * Kedudukan musuhnya yang tidak dilihat dan dirasa oleh pancaindera. * Jihad nafsu menjadi pengawas kepada segala jihad yang lain dan seterusnya menjadi bahan penilaiannya. * Jihad ini menjadi asas kepada segala jihad yang lain terutama jihad di medan perang dengan kekuatan senjata atau pun tentera. * Jihad nafsu ini memerlukan ilmu, pemahaman dan latihan sperti juga jihad- jihad yang lain sama ada dinamakan ilmu tasawuf, ilmu ihsan, ilmu fikah al- Batin atau pun lain-lain gelaran yang diberikan oleh ulama. Ia adalah ilmu yang perlu dan wajib dipelajari, difahami dan dijalani latihannya sepanjang usia hidupnya. Jihad Kecil Jihad kecil yang dimaksudkan di sini bukan bererti ia tidak penting dan tidak perlu sehingga menimbulkan tnggapan yang salah lalu tidak diberikan perhatian atu pun diabaikan. Dikatakan jihad ini kecil adalah kerana perbandingannya dengan jihad nafsu daripada sudut-sudut yang sudah dijelaskan...... Jihad kecil atau lebih tepat jihad lahir ini terbahagi kepaa beberapa bahagian apabila dipandang daripada pelbagai sudut yang berlainan. Sekiranya dipandang daripada sudut musuh, ia terbahagi kepada: 1. Jihad bagi menghadapi musuh-musuh bukan Islam di luar masyarakat atapun negara Islam. 2. Jihad yang diistilahkan dengan dakwah atau al-Amr bil makruf dan al-nahy 'anil munkar, iaitu jihad orang-orang Islam pada musuh-musuh Islam daripada dalam masyarakat atau dalam negara Islam sendiri. Allah menersangkan dalam ayat 104 surah Ali Imran: ........................ Wallahua'lam. ibnuAli kota jembal
--- On Thu, 11/13/08, sukarman ex_petrosea <[EMAIL PROTECTED]> wrote: From: sukarman ex_petrosea <[EMAIL PROTECTED]> Subject: Help Palestine [hidayahnet] Re: [syiar-islam] JIHAD MELAWAN HAWA NAFSU. No.5. Bersambung. To: "ahid_m" <[EMAIL PROTECTED]> Cc: "“Hidayahnet”" <[email protected]>, "“Mencintai-islam”" <[EMAIL PROTECTED]>, "“Eramuslim”" <[EMAIL PROTECTED]>, "tauziyah" <[EMAIL PROTECTED]>, "Syiar Islam" <[EMAIL PROTECTED]>, "al-ikhwan" <[EMAIL PROTECTED]>, "yeyenaby ( Muttaqin )" <[EMAIL PROTECTED]> Date: Thursday, November 13, 2008, 3:05 AM Assalamu'alaikum wr wb. Untuk menghindari salah pengertian dari saudara-saudara kita, maka Artikel saya yang berjudul "Jihad Melawan Hawa Nafsu" diganti dengan judul "Menundukkan Hawa Nafsu", Demikian saya sampaikan, mohon maaf selama ini kalau saya ada kekhilafan didalam membuat artikel, atau makna artikel saya yang kurang berkenan dihati anda. Wasalam Sukarman. Environmental concern?
