Jika kita dikurniakan anak-anak yang sihat , bersyukurlah banyak-banyak. Ianya
adalah salah satu daripada jutaan nikmat pemberian ALLAH yang tidak terkira
kepada kita. Bersyukurlah banyak-banyak dengan membalas pemberian ALLAH ini
dengan mematuhi segala perintahNYA dan menyayangi sungguh-sungguh Rasul Nabi
Muhammad saw. Ikuti kisah pengorbanan dan kasih sayang seorang ayah memelihara
anaknya di sini
http://isman9.wordpress.com/2008/12/02/nabilah-huda-mendapat-rawatan-leukemia/
Sama-samalah kita berdoa , kerana kita semua mampu berdoa agar ayah-ayah dan
ibu-ibu yang memelihara anak-anak mereka yang sakit agar dikuatkan iman mereka
, dipermudahkan urusan harian mereka , disembuhkan anak-anak mereka. Sekiranya
kita mampu lebih lagi , ringankanlah beban kewangan mereka. Marilah kita
wujudkan masyarakat yang prihatin dan berkasih sayang hanya semata-mata kerana
ALLAH swt , mengharapkan belas kasih sayang ALLAH.
Marilah kita doakan anak-anak kita semua menjadi anak yang soleh dan solehah.
Yang dapat sentiasa mendoakan kita apabila kita mati kelak.