Dewasa ini terdapat pihak yang menjadikan amalan mengumpat ini sebagai kerjaya rasmi. Habis segala hal-hal berbentuk peribadi yang mengaibkan ingin dibongkarkan menerusi pelbagai medium media massa untuk dihidangkan kepada masyarakat yang dahagakan cerita-cerita sensasi dan kontroversi. Terdapat sesetengah pengamal media beranggapan perbuatan sedemikan rupa ini bukan suatu kesalahan kerana mereka hanya menyampaikan cerita yang benar walaupun ianya boleh mengaibkan sesetengah pihak. Adakala isu yang dimainkan oleh media itu dapat meruntuhkan sebuah perkahwinan, memutuskan tali silaturahim di antara sesama umat Islam dan boleh menyebabkan terjadinya persengketaan yang berpanjangan. Hendaklah golongan ini memahami sekiranya apa jua bentuk keaiban yang diperkatakan tentang pihak lain itu benar sekalipun ia tetap termasuk dalam kategori mengumpat yang diharamkan. Apa yang lebih memburukkan keadaan adalah sekiranya berita tersebut tidak benar. Jika ini terjadi maka mereka ini telah sebenarnya telah menggabungkan dua bentuk perbuatan yang mungkar iaitu fitnah dan mengumpat sekaligus.
Untuk mengetahu dengan lebih lanjut sila ke http://akob73.blogspot.com/2008/12/berita-harian-412-media-usah-ghairah.html
