Halalkah makanan dihotel kita ?

Dilulus terbit pada Sunday, December 07 @ 12:19:24 MYT oleh TokPenghulu



OLeh Dr M. Hayati

Hidup
kena makan. Makan untuk hidup, tapi ada orang menjadikan hidup untuk
makan. Itulah yang menyebabkan ada orang kita yang mengaku Islam tetapi
dia hentam apa saja yang boleh asalkan kenyanag perut sudah.

Dalam
jawapan kepada soalan YB Rantau Panjang hari Khamis lalu, Senator
Mashitah bekas YB Baling dulu menjawab, saperti berikut, ada ubah jadi
kenyataan bukan verbatim dari jawapan beliau.

Dalam
penjelasan tadi Mashitah Dalam penjelasan tadi Mashitah memberi tahu
Parlimen daripada 2,360 hotel hanya 18 buah saja yang mendapat sijil
halal daripada Perbadanan Kemajuan Islam (HDC). Ini bermakna tidak
sampai 1 peratus atau hanya 0.76 peratus saja yang mendapat sijil
halal. Bayangkan betapa umat Islam negara ini yang berkunjung ke hotel
terdedah dengan memakan makanan yang tidak halal.memberi tahu Parlimen
daripada 2,360 hotel hanya 18 buah saja yang mendapat sijil halal
daripada Perbadanan Kemajuan Islam (HDC). Ini bermakna tidak sampai 1
peratus atau hanya 0.76 peratus saja yang mendapat sijil halal.
Bayangkan betapa umat Islam negara ini yang berkunjung ke hotel
terdedah dengan memakan makanan yang tidak halal.

Dalam
persoalan HDC ni, ana dah sentuh dalam pertanyaan kepada PM tempoh ari,
menteri di JPM jawab hanya 5 negeri yang beri hak kepada HDC untuk
anugerah logo halal, yang lain belum lagi. Kerana hak logo halal ni
hanya MAIN saja yang layak beri dan diturunkan kepada JAKIM tetapi tak
semena-mena dapat pula kepada HDC. Ana tak athulah samada halal yang
HDC bagi tu mendapat restu MAIN atu tidak, tetapi daripada jawapan
menteri dari cameron highland hari tu macam tak saja.


Tak ke risau hati kita mendengar nya tuh.??

Berapa ramai diantara kita yang menginap dan makan minum dihotel dalam negara 
kita jika ada urusan jauh dari rumah.


Antara
alasan yang beliau berikan adalah tidak ada akta memaksa hotel memohon
tanda halal, hotel tidak mahu memohon kerana dapur mereka bercampur
antara makanan halal dan haram, pengusaha hotel terpaksa renovate dapur
kalau nak pohon logo halal kerana sekarang banyak yang bercampur antara
halal dan haram.


Kalau kita lihat antara menu yang mesti ada
dalam makanan saperti kek dan pasta adalah wine untuk menjadikan ia
lebih tahan dan kononnya lebih enak. Dan kebanyakan hotel jenis yang
tak mahu minta logo halal ini adalah jenis 4 atau 5 bintang yang pak
dan mak menteri kita sentiasa menjadi pelanggan mereka.


Oleh itu
ana kalau pi KL lebih suka duduk rumah daripada menginap dihotel kerana
dalam hadis yang ana baca masa mengganggu jawapan Dr Mashitah hari tu,'
setiap daging yang tumbuh dari punca yang haram, maka api neraka lebih
aula baginya.'


Apa jawapan Dr Mashitah yang pernah menjawab
dalam soalan di Metro pasal ibu yang melacur diri untuk cari rezeki nak
bela anak yang dikatakan dharurat oleh Timbalan Menteri ini sebagai
dimaafkan. Kalau begini jawapan dia, tak hairanlah maka hari tu riuh
rendah dengan wakil YB dari BN pun bangun membantah sampai Yb Datok
Bung Mokhtar pun meloncat naik angin pasal jawapan Menteri tu
menjadikan kita tambah ragu-ragu nak menginap di Hotel yang berbintang
banyak ni, hanya duduk di Hotel Sri Malaysia sajalah kalau macam ni,
atau pun dok hotel depa, lepas tu minta duit untuk makan direstoren
diluar.


Bercakap pasal makanan halal ni, memang kita dapati umat
Islam sekarang ni tak berapa hirau lagi dah dengan halal atau haram ni,
sebab tu jiwa mereka dengan Islam sudah agak jauh, apabila sesuatu
berlaku kepada umat Islam, mereka tidak anggap ianya menimpa mereka ,
padahal nabi pernah berpesan, sesiapa yang tidak mengambil hirau
tentang perkara yag melibatkan umat ku, mereka bukan daripada ku.


Oleh
kerana penuh benda yang haram dan bersubahat masuk dalam badan kita,
maka nak mempelajari kuliah ugama dan ceramah ugama pun kita jadi
malas, nak buka baca alquran pun kita malas, sebab makanan kita semua
dibuat oleh bukan Islam, macam baru-baru ni kalau biskut yang lebih
melamin, sibuk kita tak makan, tetapi biskut yang ada berbagai lagi
bahan tak halal, saperti coklet dan ais krim yang ada gelatin kita
bedal tak cukup tangan lagi.


Pada ketika ni ana sokong sahabat
ana PPIM yang bela producer makanan halal daripada umat Islam, tapi
pasal sokong ISA tu ana tak setuju lah ya Dato' Dr Makmur, bekas
Timbalan Presiden Jaksa masa ana jadi Presiden di UKM dulu.(tahun 1982)
kerana jiran dekat rumah ana di Pendang dua orang kena ISA tetapi
sampai la ni tak tahu apa kesalahan mereka, bila dah bebas sekarang tak
ada apa-apa tuduhan pula yang dikenakan kepada dia, tetap yang sorang
lagi masih dalam ISA, kesian anak isteri dia, kesian jiwa anak dan
isteri dia, kerja beliau hanya mengajar disurau dan masjid dan mengajar
disekolah, sampai bila nak kena tahan dalam Kemunting, hanya menteri
dalam negeri dan Allah saw yang tahu. Bayangkan jiwa anak-anak dan
naluri isteri kalau keadaan begini berlaku dalam keluarga kita, kalau
tak kena kita, memang kita kata tak zalim, tapi kalau dah batang hidung
kena, baru tahu.

--
kedahla...@gmail.com
Http://KedahLanie.blogspot.com
Note: Admin mengalukan sumber berita semasa dari negeri KEDAH...

Kirim email ke