Assallamualaikum..... Cuba kita imbas kembali.....bila part nak mengundi ( pilihan raya ), pencalonan untuk sesuatu jawatan atau sebagainya yang boleh membawa keuntungan kepada individu tertentu akan dikabarkan ini adalah permintaan akar umbi...kononnyaaaa.
Tapi bila bab menjahanamkan harta rakyat terutama bangsa Melayu sendiri, alasannya untuk kemajuan......adakah ini permintaan akar umbi..?. Mengapa tanah dan hak Melayu saja senang untuk dirampas ( berapakah nilai tanah pusaka Melayu dibandingkan dgn pembangunan = 0 ). Berapa pulak nilai tanah kaum lain terutama Cina walaupun bukan pusaka keturunan mereka ?. Bila bab hak Melayu diusik.....sekor-sekor ( menteri sekarang ) melenting kononnya...... inilah itulah tapi diam-diam ambil kesempatan terutama yang ada DUIT KOPI ( juta juta lagi ). Jawapnya JAHANAMLAH MELAYU. Cuba kita renung semula, kalau dulu nak makan durian ( contohnya ) kat belakang rumah bole kutip dan penjualnya orang Melayu . Sekarang nii....musim durian si Ah Ming pulak sibuk jual depan kedainya....pembelinya orang Melayu. Ini baru tahun 2008...bayangkanlah tahun selepas 2020 ( tahun ketika anak dan cucu kita pulak ) bagaimana pulak gamaknya . Tak tahulah macamana nasib bangsa kita . Wassallam ----- Original Message ----- From: Suara N9 To: Ikhwanul Muslimun Sent: Wednesday, December 03, 2008 6:33 AM Subject: Help Palestine [hidayahnet] Surau Taman Margosa Seremban akan dirobohkan ? Kenapa perlu dirobohkan surau untuk pembinaan jalan ? Tidak bolehkah dilencongkan jalan supaya surau tidak dirobohkan ? Kalau kuil-kuil Hindu di Seremban tidak dirobohkan untuk pembinaan jalan hanya jalan yang dilencongkan , kenapa surau untuk umat Islam hendak dirobohkan ? ******************** Jalan pintas Lebuh Raya Kajang-Seremban diharap tak jejas penduduk Berita Harian 2 Disember 2008. SEREMBAN: Penduduk Taman Bukit Margosa di Paroi, dekat sini berharap pemaju projek Lebuh Raya Kajang-Seremban, laluan pintas menghubungkan bandar ini serta Kajang yang turut melalui taman itu supaya tidak mengabaikan kepentingan mereka. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Persatuan Penduduk Taman Bukit Margosa, Zakaria Sheikh Othman, berkata penduduk tidak menghalang pembangunan, tetapi kontraktor projek itu perlu mengambil kira kepentingan mereka. Katanya, pemaju tidak boleh mengetepikan begitu saja pandangan jawatankuasa berkenaan yang mewakili suara penduduk, sebaliknya perlu berbincang bagi memastikan hak dan kepentingan orang ramai tidak terjejas dengan pelaksanaan projek terbabit. "Tindakan kami untuk mendapatkan maklumat mengenai projek itu daripada pemaju bertujuan mengelak kekeliruan penduduk yang boleh menimbulkan masalah pada masa depan, tambahan pula sebelum ini pemaju bersetuju berkongsi maklumat, tetapi sehingga kini maklumat berkaitan tidak peroleh. "Rata-rata penduduk taman ini, terutama pemilik kediaman dalam laluan pembinaan lebuh raya itu bimbang sama ada rumah mereka benar-benar terbabit atau laluan akan dilencongkan daripada cadangan asal. Itu saja maklumat yang kami perlukan," katanya. Lebuh Raya Kajang-Seremban adalah lebuh raya berkembar tiga lorong dan terbahagi kepada tiga seksyen iaitu seksyen pertama sepanjang 18.2 kilometer (km) dari Kajang ke Pajam; seksyen dua dari Pajam ke Setul sepanjang 14.5 km dan seksyen ketiga dari Setul ke Paroi sepanjang 11.6 km. Pelaksanaan projek itu membabitkan tiga pihak iaitu Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), Projek Lebuh Raya Kajang-Seremban Sdn Bhd (Lekas) sebagai kontraktor utama dan IJM Sdn Bhd sebagai kontraktor kedua. Zakaria berkata, berdasarkan pelan asal, beberapa struktur di taman perumahan itu terbabit dalam pembinaan projek berkenaan, antaranya surau Taman Bukit Margosa dan beberapa kediaman yang menyebabkan penduduk membantah projek itu. "Selain itu, ada beberapa aspek teknikal yang menimbulkan kekeliruan, antaranya pembinaan sistem perparitan ke Sungai Paroi bagi mengelak taman perumahan ini terdedah kepada banjir seperti yang pernah dialami sebelum ini," katanya. http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Wilayah/20081202100413/Article/index_html
