Kenapa Haiwan Mesti Disembelih Sebelum Dimakan?

Dilulus terbit pada Thursday, December 11 @ 18:54:35 MYT oleh TokPenghulu



Oleh edika_isk

"Barat
termasuk aktivis hak asasi haiwan menganggap perbuatan menyembelih
haiwan yang dilakukan umat Islam mempamerkan sikap tidak
berperikemanusiaan kerana banyak darah tertumpah ke bumi terutama
ketika amalan korban pada Aidiladha.

Malah, ketika kempen
keganasan sibuk dilancarkan oleh Barat, mereka menggunakan alasan
amalan korban ini sebagai satu daripada hujah mereka bagi membuktikan
betapa Islam mengajar umatnya menjadi ganas.

Di Barat,
undang-undang mereka memperuntukkan supaya haiwan dikenakan kejutan
elektrik di kepala sebelum dibunuh, kononnya bagi memastikan haiwan itu
pengsan terlebih dulu sebelum ia dibunuh.Selain itu, kononnya tindakan
mereka itu bertujuan untuk menghalang binatang berasa sakit sebelum ia
mati.Tetapi sekali lagi apakah pandangan Barat ini benar?

Pendirian
Islam mengenai apa yang boleh dimakan dan apa yang diharamkan adalah
jelas terutama membabitkan daging.Dalam Surah al-Maidah ayat 5, Allah
menyatakan:

"Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan
darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih kerana
yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan mati dipukul, dan
mati jatuh, dan mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas,
kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama
berhala." (Tafsir al-Rahman, Jakim).

Babi satu-satunya binatang
yang tidak mempunyai leher. Selain itu, Islam juga mengharamkan memakan
daging haiwan tanpa disembelih seperti mencucuk leher, menghempap
dengan batu atau cara selain daripada sembelihan. Islam mengajar supaya
sembelihan dilakukan dengan pisau tajam bagi memotong bahagian leher
untuk memutuskan dua urat utama atau urat mareh. Kaedah ini dikaji
pakar Jerman. Pakar itu, Profesor Wilhelm Schulze dan rakannya, Dr
Hazim di Sekolah Perubatan Veterinar, Universiti Hannover, Jerman,
mencari kaedah terbaik proses mematikan haiwan bagi mendapatkan daging
yang bersih dan segar.

Kajian itu bertajuk, `Cubaan untuk
mengesan kesakitan dan rasa sedar mengikut kaedah konvensional dan
agama ketika menyembelih lembu atau kambing', menyimpulkan kaedah Islam
terbaik kerana lebih berperikemanusiaan. Mereka menyimpulkan bahawa
amalan mengenakan kejutanelektrik ke atas haiwan sebelum dibunuh
seperti yang diamalkan oleh
Barat, mendatangkan kesakitan yang amat sangat pada haiwan.

Dalam
kajian itu, beberapa alat pengesan dipasang di pelbagai tempat pada
otak haiwan. Alat itu dimasukkan menerusi pembedahan khas dan haiwan
terbabit dibiarkan untuk pulih selama beberapa minggu.Beberapa ekor
haiwan itu disembelih mengikut kaedah Islam menggunakan tindakan
pantas, memotong urat leher dengan pisau tajam. Beberapa ekor haiwan
lain dibunuh mengikut kaedah barat menggunakan Pistol Kejutan (CBP).

Ketika
ujian dijalankan, rekod electroencephalogra ph (EEG) dan
electrocardiogram (ECG) dicatatkan bagi mengetahui keadaan otak dan
jantung semua haiwan terbabit ketika proses penyembelihan dan kaedah
CBP. Hasil ujian mendapati menurut kaedah Islam, tiga saat pertama
ketika disembelih, EEG tidak mencatatkan sebarang perubahan pada graf
sama seperti sebelum penyembelihan.

Keadaan itu membayangkan bahawa haiwan itu tidak berasa sebarang kesakitan
ketika
atau sebaik saja pisau memotong urat leher terbabit. Untuk tiga saat
kedua, EEG mencatatkan keadaan tidur lena atau tidak sedar diri. Ini
disebabkan banyak darah mengalir keluar dari badan.

Selepas enam
saat, EEG mencatatkan paras sifar, menunjukkan haiwan itu tidak merasai
sebarang kesakitan. Ketika mesej otak (EEG) jatuh ke paras sifar,
jantung masih mengepam dan badan haiwan masih dapat bergerak akibat
tindak balas daripada saraf tunjang, menyebabkan semua darah keluar
dari badan haiwan menghasilkan daging yang selamat untuk dimakan,
menurut penyelidikan itu.

Bagaimanapun, ketika mengkaji kaedah
CBP, haiwan dikesan terus pengsan sebaik saja menerima tembakan CBP dan
EEG menunjukkan bacaan amat sakit pada haiwan itu.Jantung haiwan itu
berhenti berdenyut lebih awal selepas terkena kejutan berbanding haiwan
yang disembelih. Keadaan itu menyebabkan banyak darah masih terkumpul
dalam daging dan ia sebenarnya tidak selamat untuk dimakan."



Di cilok dari :  Sumber

Kirim email ke