عَنْ تَمِيمٍ الدَّارِيِّ
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الدِّينُ النَّصِيحَةُ 
قُلْنَا لِمَنْ قَالَ لِلَّهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُولِهِ وَلِأَئِمَّةِ 
الْمُسْلِمِينَ وَعَامَّتِهِمْ
 
Daripada Tamim Al-Dari r.a., bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda, "agama itu ialah 
kejujuran." Kami berkata, "terhadap siapa?" Baginda bersabda, "Terhadap Allah 
dan terhadap KitabNya dan terhadap RasulNya dan imam-imam kaum Muslimin 
dan terhadap orang ramai dari kalangan mereka."

Riwayat Muslim nombor 82 (maktabah syaamilah v2)
 
Saya suka terjemahkan an nashiihah didalam hadis ini dengan kejujuran
Saya tidak menterjemahkannya dengan nasihat, kenapa?
 
Kerana orang-orang melayu telah meminjam perkataan nashiihah untuk digunakan 
dalam bahasa melayu, tetapi dengan hanya sebahgian maknanya.
Nasihat dalam bahasa melayu hanya sebahagian dari makna nashiihah dalam bahasa 
arab
 
Perkataan arab yang lebih sesuai dengan terjemahan nasihat ialah mau`izoh
Sebaliknya nashiihah dalam bahasa arab maknanya lebih luas.
 
An Nashiihah ialah menginginkan kebaikan
Itulah yang saya terjemahkan dengan kejujuran
 
Terima kasih
 
http://al-madrasah-al-insaaniyyah.blogspot.com/


--- Pada Jum, 28/11/08, [email protected] <[email protected]> menulis:

Daripada: [email protected] <[email protected]>
Subjek: Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Adalah Nasihat
Kepada: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>, "Abu Heakal" 
<[email protected]>
Tarikh: Jumaat, 28 November, 2008, 7:00 AM








Daripada Abi Ruquyyah Tamim Bin Ausin Al-Dari r.a., bahawasanya nabi s.a.w. 
bersabda, "agama itu nasihat." Kami berkata, "bagi siapa?" Ia bersabda, "bagi 
Allah dan bagi KitabNya dan bagi RasulNya dan imam-imam kaum Muslimin dan bagi 
orang ramai mereka."

(Riwayat Muslim)

* menurut Imam Nawawi, "agama itu nasihat bagi Allah" bermaksud beriman 
kepadaNya menurut pengertian yang sebenar.















      Nama E-mel baru untuk anda!
Dapatkan nama E-mel yang telah lama anda mahukan pada @ymail dan @rocketmail 
yang baru.
Cepat sebelum orang lain mendapatkannya!
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/my/

Kirim email ke