'Muslim wajib pertahan wilayah Gaza'
KEPULAN asap dilihat di Gaza yang menghadapi serangan hari kedua pesawat
pejuang Israel.
Pemimpin Iran kemuka fatwa, tokoh Palestin gesa intifada baru dilancar
lawan Israel
TEHERAN: Pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei,
mengeluarkan fatwa kepada penduduk Muslim di seluruh dunia supaya
mempertahankan Palestin daripada serangan Israel di Gaza.
"Semua pejuang Palestin dan semua orang Islam yang beriman di
seluruh dunia perlu mempertahankan wanita yang tidak dapat
mempertahankan diri mereka, kanak-kanak dan rakyat Gaza dengan apa cara
sekali pun.
"Sesiapa yang terkorban dalam perjuangan ini adalah
dianggap sebagai mati syahid," televisyen kerajaan memetik Khamenei
sebagai berkata, semalam.
Israel meneruskan serangan udara terhadap Gaza bagi hari kedua
semalam dan mengorbankan 280 orang dalam konflik paling buruk berpunca
daripada keganasan negara Yahudi berkenaan.
Pemimpin Israel berkata, serangan itu adalah tindakan balas
kepada bedilan roket hampir setiap hari oleh pejuang Palestin di Gaza
yang diperhebatkan selepas gencatan senjata selama enam bulan tamat.
Iran
yang enggan mengiktiraf Israel dituduh Tel Aviv membekalkan senjata
kepada Hamas. Teheran menafikan dakwaan itu dan menyatakan ia hanya
memberi sokongan moral kepada kumpulan berkenaan.
Khamenei juga mengecam beberapa kerajaan Arab kerana bersikap mendiamkan diri
berhubung serangan udara Israel terhadap Gaza.
Sementara itu, di DAMSYIK, pemimpin biro politik Hamas, Khaled
Meshaal mendesak rakyat Palestin supaya melancarkan intifada terbaru
terhadap Israel, termasuk dengan melakukan misi bunuh diri.
Dalam temu ramah dengan stesen televisyen al-Jazeera, Meshaal
berkata: "Kami menyeru intifada ketenteraan terhadap musuh kami.
Penentangan akan diteruskan menerusi misi bunuh diri."
Hamas
tidak melakukan sebarang serangan bunuh diri terhadap Israel sejak
Januari 2005. Intifada atau penentangan besar-besaran pertama tercetus
pada 1988, diikuti dengan perjanjian damai Oslo 1993, yang memberi
sedikit autonomi kepada rakyat Palestin menerusi pembentukan Pihak
Berkuasa Palestin.
AKTIVIS Lubnan memprotes serangan Israel dalam bantahan di depan Kedutaan Mesir
di Beirut.
Intifada kedua tercetus pada 2000 dan berakhir kira-kira tiga tahun
kemudian.
Meshaal berkata, Hamas menerima 'semua usaha untuk keamanan,
tetapi ia tidak berhasil'. Katanya, bagi membolehkan rundingan
dilakukan dengan rakyat Gaza, sekatan perlu ditarik balik dan laluan
(dari Israel) dibuka, terutama di Rafah,' menghala ke Mesir.
Meshaal merujuk kepada sekatan Israel ke atas Gaza selepas
Hamas merampas kawasan padat penduduk itu daripada pasukan keselamatan
Fatah pimpinan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, Jun lalu.
Israel, Amerika Syarikat dan kuasa dunia lain menyifatkan Hamas sebagai
kumpulan pengganas.
Meshaal berkata beliau terbuka pada usaha perdamaian dengan
Mahmoud, tapi mahukan Presiden Palestin itu menghentikan rundingan
damainya dengan Israel.
"Serangan roket mahupun operasi bunuh diri tidak membawa
kepastian, tapi rundingan boleh mendatangkan hasil," katanya. �
AFP/Reuters
Yahoo! Toolbar is now powered with Free Anti-Virus and Anti-Adware
Software.
Download Yahoo! Toolbar now!
http://sg.toolbar.yahoo.com/