Seribu pejuang Indon akan ke Timur Tengah hentam Israel
30 Dec 2008 11:24AM




JAKARTA: Sebuah kumpulan militan di Indonesia
semalam berkata ia akan menghantar sehingga 1,000 sukarelawan untuk
berjuang bersama rakyat Palestin sebagai tindak balas terhadap serangan
udara Israel ke atas Jaluran Gaza, yang telah mengorbankan lebih 300
rakyat Palestin.


Setiausaha Barisan Pembela
Islam (FPI), Ahmad Soebri Lubis, berkata kumpulan itu akan mula
merekrut sukarelawan dalam beberapa hari ini. Mereka akan dihantar ke
kem latihan di Indonesia untuk menyiapkan diri bagi 'medan perang'.


'Pejuang
mesti bertubuh sihat, kuat iman dan rela mati syahid. Mereka akan
diberi tiket sehala sehingga kami mengalahkan Israel,' katanya kepada
agensi berita Reuters.Presiden
Indonesia, Dr Susilo Bambang Yudhoyono, semalam mengulangi kutukan
keras terhadap serangan keterlaluan Israel ke atas Jaluran Gaza,
sementara 1,000 rakyat Indonesia menunjuk perasaan membantah serangan
itu.


Dr Yudhoyono berkata Indonesia
bercadang memberi AS$1 juta bagi bantuan kemanusian selain AS$181,000
bagi bantuan perubatan kepada mangsa rakyat Palestin.Di
Teheran, sebuah parti politik konservatif Iran juga mengumumkan akan
merekrut pejuang untuk membantu rakyat Palestin memerangi Israel.


Jame-e-Roohani
at-e-Mobarez, yang bermaksu Persatuan Ulama Pejuang, menawarkan tiga
pilihan menerusi laman webnya untuk memerangi Israel, termasuk secara
ketenteraan, kewangan dan publisiti. / Agensi




Pejuang Thai berdemonstrasi di Thailand (Gambar hiasan)





      

Kirim email ke