Fakta 

Menurut laporan setakat ini seramai lebih kurang 600,000 wanita berusia
antara 30 hingga 34 tahun yang masih belum berkahwin. Ini tidak
termasuk wanita yang berstatus janda. Masalah andartu mesti
diselesaikan segera kerana ia boleh menjejaskan kestabilan masyarakat
dengan timbulnya masalah sosio-ekonomi. Tambahan pula, masalah andartu
boleh menjerumuskan kaum wanita ke lembah maksiat. 

Sebenarnya, tidak ada perempuan yang sanggup digelar andartu.
Masalah andartu bukanlah masalah peribadi bagi mereka yang terlibat
sahaja, tetapi ia adalah masalah bersama. Ia adalah masalah masyarakat,
masalah ummah. Kita mestilah mengkaji dan mencari langkah-langkah
praktikal untuk mengatasinya. Tidak sewajarnya kita hanya menggelar,
mengejek dan menghina, tetapi eloklah ditinjau akar-umbi masalah mereka
sekaligus selesaikan masalah itu jika mampu. 

Faktor 

Terlalu banyak faktor yang menyebabkan wanita yang menjadi andartu.
Antara golongan wanita yang tidak kahwin adalah perempuan-perempuan
kota yang intelek dan mempunyai status yang tinggi. Golongan wanita
intelektual ini telah ditempatkan pada kedudukan yang tinggi dalam
masyarakat. Kadangkala sebagai boss di pejabat, pegawai eksekutif,
peguam, doktor dan lain-lain jawatan yang dulunya dipegang oleh kaum
lelaki. Walaupun pada zahirnya kelihatan mereka mempunyai banyak
keistimewaan kerana kedudukan yang tinggi itu, tetapi hidup mereka
sedikit demi sedikit mula terasing. Pergaulan mereka terbatas di
kalangan orang-orang atasan sahaja. 

Wanita-wanita “istimewa” ini berharap mereka akan bertemu jodoh
dengan lelaki golongan atasan juga. Malangnya ini tidak berlaku. Wanita
yang berkedudukan tinggi selalunya mudah ditimpa penyakit ego dan suka
memerintah. Keterbiasaan mereka memerintah orang-orang bawahan
memungkinkan mereka bersifat yang sama dengan suami. Ini yang
menyebabkan lelaki takut untuk beristerikan wanita yang berkedudukan
tinggi. Dan gadis-gadis kampung atau gadis-gadis bandar yang sederhana
lebih menjadi idaman lelaki status tinggi. 

Wanita yang berprofesion menyayangi kerjayanya lebih daripada untuk
mendirikan rumahtangga. Mereka takut terkongkong, terbantut kareer.
bagi mereka, kononnya beban kerja lebih ringan daripada bebanan
rumahtangga.. 

Protokol kerja dan protokol belajar juga menyekat wanita dari
berkahwin di usia muda. Contohnya, seorang paramugari yang
berumahtangga tidak dibenarkan bekerja di atas kapalterbang. maklumlah,
selepas kahwin badan sudah hilang potongannya, mengandung pula, hendak
fikir anak dan suami.. 

Oleh itu, kerana wanita sekarang suka pekerjaan yang mencabar, mereka lebih 
suka menangguhkan perkahwinan hingga lewat usia. 

Masalah andartu juga kadang-kadang berpunca dari sikap ibu bapa.
Ada ibu bapa yang bersikap memandang bulu dalam soal memilih menantu
ini. mereka rela anak dara mereka terperap di rumah dari bersuamikan
lelaki yang tidak sama darjat dan keturunan serta berjawatan tinggi.
Kononnya takut status jatuh atau takut anak teraniaya. 

Kadang-kadang sikap “pilih bulu” ini datang daripada orang
perempuan sendiri. Mereka menjadi terlalu pemilih disebabkan sikap
kebanyakan kaum lelaki yang ada pada hari ini. Kehidupan seharian orang
lelaki moden yang suka berpoya-poya, curang, akhlak buruk, tidak
bertanggungjawab, menyebabkan kaum wanita berfikir beratus-ratus kali
sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. Apakah bakal suaminya itu
setia? Apakah dia bertanggungjawab? Apakah dia penyayang?
Keraguan-keraguan ini akhirnya mendorong wanita bersikap pesimis atau
“tawar hati” untuk berkahwin. 

Sukar hendak cari lelaki bertanggungjawab lebih-lebih lagi yang
kuat beragama zaman ini. Justeru itulah wanita sanggup bergelar andartu
daripada tersilap pilih, agar tidak menyesal di kemudian hari. Cuma
yang kita takuti, pilih punya pilih terpilih punggung cawan! 

Ada juga wanita yang tidak mahu berkahwin kerana pernah melalui
satu peristiwa pahit dalam hidupnya, yang menyebabkan dia serik untuk
menempuh alam rumahtangga. kisah cerai-berai, pertengkaran dan
penganiayaan dalam rumahtangga yang terjadi di sekitar hidup mereka
selalunya menimbulkan kesan yang sangat mendalam dalam jiwa kaum
wanita, hingga boleh menyebabkan dia tawar hati untuk berkahwin. Dan
ada juga yang tidak mahu kahwin kerana putus cinta (frust). 

Yang belajar dengan pinjaman dan biasiswa terikat pula dengan
protokol perjanjian belajar. Mereka tidak boleh kahwin selagi belum
tamat belajar. Masalah ini melibatkan pelajar-pelajar yang belajar di
luar negeri. Sedangkan dalam masa yang sama, pengaruh-pengaruh negatif,
lucah dan merangsang nafsu terpaksa mereka hadapi. Cara hidup barat
yang lepas bebas mencabar sifat fitrah manusia yang inginkan
perkahwinan. tapi apakan daya pintu perkahwinan secara halal dan
terhormat disekat. 

Oleh itu, sebagai jalan keluar, ada yang sanggup bersekedudukan,
berzina, semata-mata untuk melayan nafsu. kalau ikut hukum Islam,
mereka yang tidak mampu melawan nafsu seks wajib berumahtangga jika
dikhuatiri akan terlibat dengan zina dan pergaulan bebas. tetapi,
perkahwinan yang halal dilarang, buat maksiat tidak apa. Hadis Nabi saw
yang bermaksud: 

Seperkara lagi yang menggalakkan pertambahan bilangan andartu dalam
masyarakat hari ini adalah belanja kahwin yang tinggi. belanja kahwin
ini turun naik macam turun naiknya harga barang. Apakah nilai anak
perempuan sanggup kita samakan dengan harga barang? 

Kalau harga getah, kelapa sawit, koko naik, belanja kahwin juga
turut naik. Apakah nilai perkahwinan itu sudah jadi seperti jual beli
barang? Belanja kahwin seorang perempuan yang berpelajaran tinggi
misalnya meningkat menjadi RM8,000.00. kalau yang kerja kampung
RM4,000.00. Ada ibu bapa yang menuntut begitu. Kalau yang berjawatan
dan bergaji besar, lagi tinggilah hantaranya? Ini semua menghalang
wanita daripada kahwin cepat. 

Persoalan andartu ini sebenarnya adalah salah satu faktor yang
menyebabkan perkembangan maksiat dalam masyarakat. Iaitu akibat dari
menyusah-nyusahkan perkahwinan yang halal. Bila saluran yang halal di
sisi Allah swt disekat, timbulah berbagai-bagai krisis dalam masyarakat
dan menggalakkan perkara-perkara yang mendorong pelepasan nafsu seks
secara haram. 

Kalau semua pihak ikut panduan syariat Islam, tidak dicampur budaya
Melayu yang bidaah, perkahwinan akan jadi mudah. Tidak akan timbul
“jalan belakang” untuk menyelesaikan runtunan hawa nafsu yang tidak
dapat tidak mesti ada dalam diri manusia. Hanya manusia yang beriman
sahaja dapat menyalurkan nafsunya secara yang diredhai Allah, selamat,
bahagia, dunia dan akhirat. 

Tanpa iman, jalan-jalan yang haram akan terus ditempuh, akan
lahirlah anak-anak zina yang merosakkan salasilah keturunan. Hubungan
keturunan dan pertalian darah sudah tidak suci lagi. Sebab itu generasi
yang lahir susah untuk dididik dan dilembutkan hatinya untuk menerima
kebenaran. 

Begitulah tenatnya masalah andartu ini jika tidak cuba diselesaikan
atau cuba diselesaikan tetapi tidak mengikut kaedah yang ditetapkan
oleh Allah swt. namun, masih ada pihak-pihak yang menganggap masalah
andartu ini remeh-temeh dan tidak perlu diambil perhatian berat. Kalau
sebut bab poligami kita cepat melenting. Pada hakikat sebenarnya ia
boleh menggugat kestabilan negara. Bila masyarakat rosak, keselamatan
akan tergugat dan ini akan menyebabkan pelaburan asing berkurangan,
kedudukan ekonomi tergugat. Tetapi yang paling penting adalah kutukan
Allah swt. Sabda Rasulullah saw: 

“Tidak ada suatu dosa di sisi Allah sesudah syirik yang lebih besar
daripada seorang leki-laki yang menumpahkan maninya ke dalam rahim
(perempuan) yang tidak halal baginya.” 

Dipetk dari blog, 
http://milkyway27.wordpress.com/2008/11/20/andartu-inilah-jalan-penyelesaian/  


------------------------------------

Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc] 
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine** 

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at 
[email protected] with the title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
Islamic_Board - Malaysia - Islamic Events and Notices 
http://groups.yahoo.com/group/islamic_board/

iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim  
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc] 
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/  Yahoo! Groups 
Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[email protected] 
    mailto:[email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke