*ALLAH yang mengatur segala kejadian dan mempermudahkan segala urusan* *dan melindungi hamba-hambaNya dari pelbagai perkara, musibah yang menimpa* *keimanan dan keislaman kita. Betapa agungnya ALLAH yang mentakdirkan kita* *hidup sebagai manusia . Ini kerana fitrah kita diberikan kemampuan membina* *rumah tangga. Sungguh beruntung apabila kita memahami rumah tangga yang * *kita bina dan yang bakal kita bina bukan sekadar memenuhi nafsu syawat.* ** *Kehidupan berumah tangga adalah yang kompleks yang melibatkan fizikal dan * *mental.Sekiranya tidak ada ketentuan syariat ALLAH dan contoh yang mulia dari * *Rasul dalam hal rumah tangga, tentu kita menagalami kesukaran menguruskan * *kehidupan rumah tangga. Mungkin persepsi kita mengenai rumah tangga hanya * *menjurus kepada keperluan biologi dan menambahkan keturunan sahaja.* ** *Hubungan antara lelaki dan perempuan adalah fitrah semula jadi sejak dulu lagi.* *Juga merupakan keperluan semula jadi yang merupakan fitrah ALLAH. Di antara * *manusia memerlukan hubungan semula jadi.*
*Kini ramai yang berumah tangga tanpa melalui akad nikah, bebas melakukan * *hubungan terlarang tanpa mempedulikan peraturan agama. Walau pun ramai* *di antara mereka yang mengaku sebagai umat islam. Kehidupan berumah tangga* *yang melalui perkahwinan yang sah adalah amalan soleh. Setiap perbuatan yang * *dilakukan dalam rumah tangga mendapat pahala dan kebaikan yang besar. Atau* *pun terdapat istilah yang mengatakan ia adalah kenikmatan yang dapat pahala.* *Tatapi kehidupan bersama yang tidak diasaskan* *dengan ijap kabul, segala per-* *buatannya adalah dosa besar. Hubungannya adalah zina yang dibenci oleh ALLAH* *dan Rasul. Pernikahan adalah syariat ALLAH. Melalui pernikahan segala yang haram* *sebelumnya menjadi halal. Nabi Muhammad menganjurkan pada pemuda dan pemudi * *supaya segera bernikah apabila sudah mampu* ** *Apabila seorang melalui perkahwinan, tanamkan niat yang kukuh iaitu niat * *beribadat kepada ALLAH, dijamin mendapat ketenangan, kasih sayang dan rahmat.* *Rumah tangga inilah yang menjadi permulaan yang baik, diberkati dan bakal* *melahirkan generasi yang soleh juga mendapat kebahagian di dunia dan akhirat.* ** *ALLAH menjelaskan di dalam Al-Quran surah Al- Israk ayat 32 yang bermaksud: * *" Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu yang* *keji. Dan satu jalan yang buruk."* ** -- Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai.......
