Khairy buat kejutan di Kelantan
21 Dec 2008 9:13PM
Oleh Mohd Sayuti Omar WACANA
Tranformasi Politik Malaysia yang berlangsung di Balai Islam Lundang
semalam seperti dijangkakan mendapat sambutan hebat. Kedua pihak
nampaknya mengerah kumpulan sorak masing-masing. Paling ketara ialah
dipihak Pas, di mana angkanya lebih ramai dari penyokong BN.
Dianggarkan
lebih 5,000 yang hadir memenuhi balai Islam Ludang. Satu skrin CCTV
juga dipasang di luar dewan untuk memberi peluang kepada mereka yang
tidak dapat masuk. Wacana itu yang diura-uarkan akan disiarkan secara
langsung melalui website tidak menjadi kenyataan menyebabkan ramai yang
hampa. Wacana itu adalah pertama kali diadakan melibatkan dua
tokoh menjadi sebutan yang berlainan parti, iaitu Naib Presiden Pas,
Husam Musa dan Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Seorang
lagi panelis ialah Pensyarah Undang-undang yang juga pakar perlembagaan
Abdul Aziz Bari. Manakala pensyarah UKM, Mohamad Agus Yusuf bertindak
menjadi perantaraan. Kehadiran Aziz boleh dianggap sebagai
‘penutralize’ keadaan saja dengan memberi pandangan dari konteks
perundangan dan perlembagaan negara. Wacana bermula tepat jam
9:30 malam dengan dimulakan oleh Naib Presiden Pas, Husam Musa. Format
wacana ialah setiap panel diberikan masa 15 minit untuk membentang
hujah masing-masing, kemudian menjawab soalan yang dikemukakan oleh
perantaran dan ketiga menjawab soalan hadirin dan kemudian menggulung.
Sebagai
tuan rumah dan bermain dalam gelanggang sendiri penampilan Husam tidak
membimbangkan. Penyokongnya yang ramai menjadikan Husam tampil penuh
keyakinan dengan hujahnya. Tepukan, sorakan dan takbir akan memberi
markah kepadanya.
Beliau memulakan pembentangan hujah dan
pentafsiran tajuk wacana dengan mengambil pendekatan dan stail idolanya
Nik Abdul Aziz Nik Mat. Husam membaca firmah Allah swt yang
menceritakan bahawa bumi ini diamanahkan kepada orang yang salih untuk
mentadbirnya.
Mesej Husam bahawa mereka yang bertakwa, tidak
rasuah dan mengambil politik Islam dijamin atau berhak mentadbir bumi
ini. Kemudian beliau terus memasuki ke orbit tajuk iaitu mentafsirkan
transformasi politik.
Menurut Husam tranformasi politik
sesuatu yang fitrah. Maknanya tranformasi politik berlaku di dalam dan
di laur mana-mana parti juga. Apa yang hendak disampaikan bahawa ahli
Pas juga harus bersedia menerima perubahan itu daripada mengamalkan
pendekatan lapok kepada pendekatan baru atau moden. Namun sebagai parti
berideologikan Islam apa juga perubahan mestilah bertunjangkan kepada
Islam. Dalam menghuraikan transformasi politik dari sudut
mindanya ada lima (P) yang menjadi asas. Ia adalah prinsip, polisi,
plan, personaliti dan parti-parti. Prinsip yang dimaksudkan ialah
prinsip Islam manakala personaliti pula ialah taqwa.
Dari
pengamatan Husam hasil pilihan raya umum ke 12 lalu merupaan satu
permulaan transformasi politik di negara. Di mana dalam transformasi
itu ia telah mengubah kedudukan dan memusnahkan hegemoni Umno dan BN.
Beliau
yakin perubahan itu akan melonjak lagi pada masa akan datang kemudian
akhirnya menyebabkan BN dan Umno akan tumbang dan Pakatan Rakyat akan
mengambil alih kerajaan.
Kesimpulan pada pusingan pertama Husam
merumuskan Umno di dalam keadana sakit dan tenat dan ia tidak dapat
diperbaiki lagi yang didasarkan kepada pengakuan para pemimpin Umno dan
BN sendiri.
Memandangkan hujah permulaan Husam itu menyakinkan
menyebabkan para hadirian berdebar menanti bagaimanakah permulaan
Khairy untuk mengemukakan hujah-hujahnya dan pentafsiran terhadap topik
wacana. Para penyokong Pas yang menanti masa untuk menyorak apa-apa
kelemahan dan kesilapan bakal dilakukan Khairy. Bagaimana pun apa yang
dijangkankan tidak menjadi.
Khairy memulakan perbicaraanya
dengan sesuatu yang merujakan banyak yang hadir. Sebaik Khairy
memulakan dengan memberi salam sudah kedengaran suara menjerat
mempersendakan Khairy; kenapa ringkas sangat! Maksudnya muqadimah
Khairy tidak sehabat Husam yang membaca ayat Quran dan doa dalam bahasa
Arab ala tok imam membaca khutbah.
Namun apabila Khairy trurut
membaca sepotong firmah Allah yang menceritakan tanggungjawab menjaga
dan memikul amanah semua hadirin terdiam dan tidak percaya apa yang
berlaku. Ternyata sekali tindakan Khairy itu mengejutkan hadirin.
Sekiranya tujuan Husam membaca Quran untuk memasungkan langkah Khairy
ternyata kunci itu tidak mujarab.
Sesuai dengan tema ayat yang
dibaca, Khairy mengaitan apa yang dilaksanakan oleh BN hari ini ialah
kerana melaksanakan amanah yang Allah berikan. Misalnya pembentang rang
undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysai,(SPRM) Suruhajaya
Perlantikan Hakim (SPH) dan pindaan Akta Universiti dan Kolej
Universiti (AKUKU) adalah sebagai amanah BN dan ia merupakan
tranformasi politik yang telus dan terbuka. Tanggapan Husam
mengatakan pilihan raya lalu merupakan transformasi yang mengubah Umno
dan BN, dinafikan oleh Khairy. Katanya beliau mengaui tsunami politik
yang berlaku itu tetapi memperingati secara jujur tsunami itu juga
turut menempiaskan Pas. Katanya Pas kena ingat realiti
kedudukan Pas dalam Pakatan Rakyat hari ini adalah kecil. Hujahnya
kalau tahun 1999 Pas menjadi ketua Pembangkang, tetapi kali ini jawatan
diambil oleh Keadilan pada tahun (2004) hanya menang satu kerusi.
Begitu juga katanya Pas tidak boleh berbangga dengan peembetukan
kerajaan di Perak kerana hakiaktnya DAP yang berkuasa.
Khairy juga mempertikakan apakah perubahan mood
pengundi dalam pilihan raya dulu sesuatu yang benar ataupun ianya
dibuat kerana protes. Perkembangan itu katanya harus dikaji. Menurut
calon Ketua Pemuda Umno itu kalau ianya protes ia akan berubah di mana
bila masalah yang diprotes itu selesai pengundi akan kembali semula
kepada BN.
Aziz Bari yang tampil kemudian pada itu nampaknya
bersetuju dengan pandangan Husam bahawa keputusan (tranformasi) dalam
pilihan raya itu satu tranformasi. Menurutnya dalam politik tidak ada
istilah protes Mengenai perubahan dalam Pas, samada ada kumpulan
Erdogan ia adalah sesutau yang baik.
* Penulis dilahirkan di
Kampung Gual Nibong, Gual Periok, Pasir Mas Kelantan pada Feb, 1960.
Mendapat pendidikan dan pengalaman kewartawanan di Indonesia awal tahun
1980-an. Berkecimpung dalam dunia kewartawan/penulisan buku politik
sejak lebih 20 tahun. Sehingga kini telah menghasilkan lebih 45 buah
buku politik semasa. Antara buku yang menjadi sebutan "Anwar Ibrahim:
Mimpi dan Realiti, "Sumpah dan Airmata Reformis Bangsa:,"Saya
Mahafiraun", "Hitam Putih: Darul Arqam" dan lain-lain. Blog beliau
boleh dilayari di msomelayu.blogspot.com - Pengarang
Apa yang dilaksanakan oleh BN hari ini ialah kerana melaksanakan amanah yang
Allah berikan - Khairy
CILOK FROM...