Tolong Keluarga Ini

Dilulus terbit pada Friday, December 26 @ 19:44:12 MYT oleh TokPenghulu



Oleh labun Kulup Sakah


Ini
gambar kawan aku Cikgu Rosni Mohd Ali..pengalaman 18 tahun mengajar
jurusan vokasional kursus KIMPALAN dan FABRIKASI LOGAM telah melahirkan
tak kurang 350 anak bangsa dan seagama berkemahiran 'welding' dan
mengecat kereta. Seperti entry sebelumnya yang telah aku ceritakan,
seorang pelajar asrama telah memecah masuk ke rumahnya yang  ada anak dara 
sunti telah menaikkan kemarahannya.
 
Gagal
mengawal kemarahan ketika mendenda kebiadaban budak itu, Rosni tumbang
akibat pendarahan di kepala dan menghembuskan nafas terakhir pada usia
41 tahun.

Balu dan anak-anaknya (yang sulung
lelaki kini di politeknik dan 6 lagi perempuan berumur 2-17 tahun) kini
menetap di kampung mereka Tenggara, Johor. Allahyarham sudah dapat
ijazah tetapi meninggal dunia seminggu sebelum temuduga pelantikan guru
siswazah maka isterinya hanya dapat pencen RM1200 saja..


BAGAIMANA
kalau hari ini kita meninggal dunia? ISTERI DAN ANAK-ANAK KITA sudahkah
disediakan secukupnya bekalan dunia dan akhirat?


Sudah
tentulah bebanan balu Allahyarham iaitu Kak Jun amat berat untuk
mencari perbelanjaan persekolahan untuk anak-anaknya apatah lagi kos
kehidupan di Johor amat tinggi. Allahyarham Rosni adalah anak
tunggal.Anak-anak yatim ini tiada bapa dan ibu saudara sebelah arwah
bapanya untuk membantu mereka..AYUH! Kita panjang2kan berita ini dan
sudilah hulurkan sumbangan kalaupun tidak menghormati jasa seorang guru
mencurah bakti untuk agama, nusa dan bangsa kenanglah tujuh anak yatim
yang pergi ke sekolah tahun depan dengan serba kekurangan..kita semua
bersaudara!


Sumbangkan terus ke akaun Maybank Pn Junaidah Mamat 156114191509

http://kulupsakah.blogspot.com/2008/12/tolong-keluarga-ini.html





      

Kirim email ke