SEMUA MANUSIA SESAT MELAINKAN YANG BERPEGANG DENGAN AL-QURAN DAN SUNNAH YANG SAHIH..
Fitrah manusia dan semua bangsa di dunia ini percaya kepada kewujudan Yang Maha Pencipta, Yang Maha Kuasa, Yang Maha Tinggi ... yang digelar dengan bermacam-macam nama menurut bahasa, budaya dan agama atau kepercayaan masing-masing. Ketuhanan rububiyah ada pada mereka. Tetapi cara mendampingi Yang Maha Tinggi ini berbeza-beza, kebanyakannya mengsekutukan ( mensyirik kan) Nya. Sama seperti para anbia yang terdahulu, Nabi Muhammad SAW mengajak mereka mentauhidkan Allah dan jangan mensyirikkan-Nya dengan yang lain. Mengajak umat manusia dengan penuh ikrar di hati berkata áÇ Çáå ÇáÇ Çááå ãÍãÏ ÑÓæá Çááå maksudnya, "Tiada tuhan sebenar yang ma `bud (diibadatkan, disembah) melainkan Allah. Muhammad adalah Pesuruh Allah". Sesiapa mengucap dua kalimah Syahadat ini dia menjadi muslim menganut tauhid uluhiyah. Pengertian áÇ Çáå ÇáÇ Çááå ãÍãÏ ÑÓæá Çááå menurut Ahli Sunnah wa aI- Jama'ah: 1. Beriman dengan Allah yang dikenali dengan sifat, dan asma'-Nya seperti yangAkan diterangkan dan dihurai dalam posting seterusnya. 2. Beriman dengan Nabi Muhammad Rasulullah SAW yang dikenali sebagaimana yang diterang di dalam al-Quran surah fussilat (41:6): Yang Bermaksud: Katakanlah: "Bahawasanya aku hanyalah manusia seperti kamu juga tetapi diwahyu kepadaku bahawa Tuhan kamu itu adalah Tuhan Yang Maha Esa". 3. Menerima para sahabat Rasulullah. Mereka adalah `adalah (adil) belaka. Melalui merakalah Islam sampai kepada kita. Keterangan mengenai sahabat ini akan juga di terangkan dalam posting akan datang. Ajaran Sesat adalah ajaran yang menyalahi pengertian tersebut. Bilakah timbulnya Ajaran Sesat? Nama "Ajaran Sesat" mula kedengaran sejak dua tiga dekad kebelakangan ini sahaja. Tetapi sebenarnya ia adalah api dalam sekam dan Ajaran Sesat ini bukanlah satu perkara baru. Ianya sudah ada sejak manusia mensyirikkan Allah atau menolak Muhamamd Nabi yang terakhir, atau mempertikaikan ke `adalah para Sahabat. Isi Pokok Ajaran Sesat ialah Di Mana Allah? Masalah pokok Ajaran Sesat ialah tentang ketuhanan di mana Allah? Bagi Ahli Sunnah, ayat daripada surah Toha ayat ke lima iaitu: ÇáÑÍãä Úáì ÇáÚÑÔ ÇÓÊæí Terjemahnya, "Allah Yang Maha Pemurah bersemayam di atas 'Arasy". Semayam-Nya ini ma'lum kerana tersebut dalam Qur'an, kaifiyatnya majhul (kita tak tahu), beriman dengannya wajib dan mempersoalkan perkara ini adalah bid'ah. Dzat Allah Yang Maha Tinggi tiada tercapai oleh akal. Mengenali Allah ialah dengan sifat dan asma'-Nya bukan dzat-Nya. AllahãÎÇáÝÊå ááÍæÇÏË áíÓ ßãËáå ÔÆ Maksudnya: (Tiada satupun yang serupa dengan Dia, Dia berlainan dengan segala yang baharu). Maka Ahli Sunnah berfàham `dua wujud" iaitu wujud Allah yang tiada serupa dengan-Nya oleh satu apapun dan wujud makhluk yang dijadikan daripada tiada kepada ada. Tetapi keseluruhan atau hampir keseluruhan Ajaran Sesat yang akan saya persembahkan ini, kecuali bab 13, keseluruhannya atau hampir keseluruhannya adalah berrohkan wahdat al-wujud atau istilah-istilah yang berkaitan dengannya: 1. Allah dengan alam ini atau dengan diri manusia (tertentu) satu jua ialah fahaman wahdat al-wujud, hulul... 2. Bagaimana adanya alam semesta dan "roh" manusia ini melibatkan istilah ghunusiyiah, tajlli, emanation, . Martabat Tujuh, Nur Muhammad, Haqiqat Muhammadiyah... 3. Bagaimana hendak kenal! kembali! bersatu dengan Allah melibatkan istilah ghunusiyiah. meditasi, mujahadah, tazkiah nafs, dzauq, kasyaf ilmu laduni, wahyu. sex khayalan, zakar -faraj... 4. Melalui ilham atau kasyaf laduni ada yang mengaku jadi nabi atau penyataan Allah atau seumpama keduanya. 5. Mambalutkan idea-idea semuanya itu dengan ayat-ayat Qur'an yang dita'wil atau ditahrifkan. 6. Membalutkan idea-idea tersebut dengan hadith terutama hadith- hadith palsu. 7. Allah ada dalam diri seseorang ( hulul ). Maka buat apa lagi amalan Syari'at, dosa -pahala. syurga - neraka? Mereka menolak semuanya ini. Semuanya ini adalah hasil kajian ke atas ratusan dokumen yang mysterious. InsyaAllah, dengan bahan-bahan yang saya miliki akan dipersembahkan dan diolah untuk para pembaca bagi menumpang secebis ruang dakwah dan kefahaman Islam. Memandangkan masih ramai umat Islam yang terdedah dengan ajaran sesat dan menyesatkan. Segala cadangan dan kritikan membina amat dialu-alukan. Tulisan ini dibahagikan kepada beberapa bab untuk memudahkan kefahaman kita. dikirim oleh http://demokorup.blogspot.com
