Ops sayangi Remaja ll

Dilulus terbit pada Saturday, January 03 @ 19:18:18 MYT oleh AbuJihad



Oleh Berg

"Krisis
nilai di dalam diri remaja begitu meruncing tahun-tahun belakangan ini.
Dengan institusi kekeluargaan yang sangat rapuh, ramai muda belia
mengambil jalan pintasĀ  cuba menyembunyikan emosi diri melalui
perlakuan yang bertentangan dengan norma kehidupan yang sihat.

Budaya
ini menular dengan sangat cepat dan sukar untuk dibendung. Benarlah,
kasih sayang yang sepatutnya diraih dirumah sudah hilang maka anak muda
ini kebingungan dan sebagai ganti, maka terjadilah apa yang dinamakan
gejala sosial pada hari ini.


Mengambil
inisiatif untuk menunjukkan nilai kasih sayang, Bridget Amar Ma'ruf
Nahi Mungkar (BADAR 313), Pemuda PAS Pulau Pinang ,Unit Amal Pulau
Pinang, Rumah Upayadaya dan Harapan al-Rahman (RAUDHAH) telah berjaya
melaksanakan Ops sayangi Remaja ll yang juga merupakan kesinambungan
daripada Ops sayangi Remaja l. Difahamkan, terdapat 3 lokasi berbeza
diadakan di seluruh Pulau Pinang dengan mengambil tempat-tempat tumpuan
muda mudi menyambut kedatangan tahun Baru Masihi.

Penulis
sendiri telah dengan selamatnya mengikuti Ops ini di salah satu lokasi
yang dirancang iaitu di sekitar RnR Bagan Ajam dan sepanjang pantai
dibelakangnya. Banyak pengalaman yang penulis dapat melalui usaha
dakwah ini apatah lagi kami ditaklimatkan bahawa program ini bukanlah
bersifat menghukum atau menangkap mana-mana pasangan yang berbuat
maksiat tetapi lebih kepada pencegahan dan kaunseling pasangan belia
secara berhikmah.

Sedikit perkongsian pengalaman, ribuan manusia
berada ditempat target operasi. Benar inilah tempat yang sesuai untuk
melakukan usaha dakwah begini. Mat-mat rempit usah cerita, entah berapa
puluh perkumpulan seperti itu penulis jumpa sepanjang ops dijalankan.
Namun agak menarik kerana mereka sangat memberi kerjasama kepada kami
dan tidak ada apa-apa penentangan berlaku. Kami sempat
bersembang-sembang sekadar bertanya khabar. Benar mereka masih punya
nilai insan yang tinggi, buktinya mereka juga sensitif terhadap maksiat
yang banyak berlaku dikawasan tersebut. Malah mereka pula memberitahu
kami dimana kawasan banyak couple melakukan maksiat.

Penulis
menganggap ops ini berjaya kerana walaupun masih banyak kecelaruan
disana sini, namun muda mudi yang melakukan maksiat bertaburan lari
sewaktu kami mendekati kawasan target. Sayang tidak sempat ditarbiyah
tetapi sekurang-kurangnya kami berjaya mengelakkan maksiat yang lebih
serius. Agak pelik bagi penulis kerana rupa-rupanya ramai juga keluarga
yang berkhemah di situ. Maka agak sukar untuk membezakan yang mana
keluarga dan yang mana tidak.

Terdapat satu kisah dimana
sepasang couple yang kami cuba dekati telah memarahi petugas unit amal
dengan menyatakan bahawa apa yang dilakukan ini totally out dan
melanggar hak mereka. Dengan pakaian yang tidak senonoh, mereka
menasihati pula kami untuk pergi berkursus terlebih dahulu sebelum
membuat ops seperti ini. Penulis agak terkilan sebenarnya kerana mereka
seolah-olah berbangga dengan maksiat yang dilakukan. dan tidak lansung
punya perasaan ingin berubah dan tersentuh hatinya. Begitu juga kisah
anak-anak remaja belasan tahun yang mewarnakan rambut, menconteng muka,
sepasang kekasih berkasih-kasihan di dalam kereta dan apabila kami
datang berpura-pura tidur, juga ada yang mabuk-mabuk, dan tidak kurang
juga yang buat tidak endah dngan kedatangan kami.

Apa-apapun,
penulis secara peribadi mengucapkan tahniah kepada Pemuda PAS Pulau
Pinang melalui Ketua Pemudanya yang turut serta sepanjang ops bermula
12 tengah malam sehingga 5 pagi itu kerana telah berjaya membawa satu
impak walaupun tidak besar namun berjaya juga mengkucar-kacirkan
aktiviti maksiat muda-mudi dengan pendekatan kasih sayang. Sekalung
tahniah juga kepada petugas unit amal melalui ketuanya yang turut hadir
dan kenalan penulis abg mat tarbiyah yang cukup dedikasi sepanjang
program berlansung. Tahniah sekali lagi dan diharapkan program-program
seperti ini akan dapat diteruskan demi agama, bangsa dan negra. Takbir!!

"




      

Kirim email ke