Islam, Al-Quran beri saya kekuatan - Michael Jackson
30 Dec 2008 12:00AM
LOS ANGELES (Amerika): Raja pop, Michael Jackson,
yang sudah bergelar saudara baru, berkata Islam dan Al-Quran memberinya
kekuatan, keazaman dan ketenangan untuk berdepan dengan sebarang
masalah, menurut seorang rakannya.
'Beliau
membaca Al-Quran, yang disifatkannya memberi kekuatan dan ketenangan
untuk menangani masalah yang dihadapinya, setiap hari,' kata rakannya
itu, yang enggan dikenali, dalam satu laporan agensi berita.
Sumber rapat itu turut menyangkal laporan bahawa tindakan Jackson memeluk Islam
adalah palsu.
'Ya,
beliau sudah memeluk Islam. Beliau melakukannya bukan atas paksaan,
tetapi hasil pemerhatian dan mendalami agama Islam. Beliau berasa
bersemangat apabila mendalami Islam,' katanya.
Sumber itu turut menegaskan perkara itu bukan satu masalah besar
kepadanya..'Beliau
sudah lama tidak makan daging babi kerana hanya makan sayur. Oleh itu,
soal makan bukan satu masalah besar baginya,' katanya.
Laporan
media Barat bulan lalu menyatakan Jackson memilih nama Mikaeel selepas
memeluk Islam. Penyanyi berusia 50 tahun itu memakai pakaian serba
putih ketika mengucap dua kalimah syahadah di depan seorang imam di
rumah rakannya di Los Angeles.
Jackson,
yang dibesarkan sebagai penganut Kristian aliran Jehovah's Witness,
dikatakan mengambil keputusan menukar agamanya ketika menggunakan
studio di rumah kawan rapatnya untuk merekod sebuah album baru.
Rakannya
itu, David Wharnsby, seorang penulis lagu Canada, dan penerbit, Philip
Bubal, menasihatkan Michael supaya memeluk Islam. / Agensi