----- Forwarded Message ----
From: Nina Mohd Noor <<mailto:[email protected]>[email protected]>
To: Nina Mohd Noor <<mailto:[email protected]>[email protected]>
Sent: Sunday, November 30, 2008 10:17:30 PM
Subject: Fw: JANGAN LUPUSkan pakaian & kasut sekolah anak anda
JANGAN LUPUSKAN, pakaian dan kasut sekolah anak anda yang masih
elok, pihak kami akan membuat hebahan untuk sumbangan keperluan
tersebut menjelang KEMPEN MARI KESEKOLAH nanti !!! Kutipan akan
dijalankan bermula pada bulan Disember. Mohon dipanjangkan email
ini kepada kenalan2 tuan/puan.
Terdapat seramai hampir 80 orang anak-anak dari Rumah Kasih Harmoni
kini belajar di Tadika Harmoni, dan hampir 50 orang dari mereka akan
menaiki sekolah rendah pada tahun 2009. Jesteru itu pihak kami
sedang mencari dana untuk keperluan mereka ini, pihak kami juga
menerima sumbangan dalam bentuk pakaian (lelaki dan perempuan) dan
kasut sekolah bagi anak-anak ini. Walaubagimana pun bagi
menceriakan kali pertama mereka menduduki alam persekolahan
diperingkat rendah ini, diharapkan pakaian atau kasut sekolah yang
disumbangkan adalah yang masih elok.
Sekian, semoga usaha kita ini akan dinilai oleh ALLAH sebagai satu
AMAL TAQWA untuk bekalan kita di hari akhirat kelak. Amin.
UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA LAYARI:
<http://www.ummuain.com/rumahamal.htm%20>www.ummuain.com/rumahamal.htm
____________________________________________________________
MEMINDAHKAN KONSEP RKH & RSK KE KAWASAN BANDAR (LEMBAH KELANG)
Hasil dari maklum balas netters terhadap Konsep Pendidikan yang
diketengahkan oleh Rumah Kasih Rarmoni (RKH) dan Rumah Siraman Kasih
(RSK) pihak kami bercadang untuk memindahkan konsep ini ke kawasan
bandar, dan kawasan yang dipilih ialah kawasan Lembah
Kelang. Maklumat untuk usaha ini telah dan sedang pihak kami
kumpulkan agar usaha amal ini dapat berjalan dengan lancar.
Rasional usaha ini dibuat ialah atas dasar berikut:
1. Terdapat golongan miskin dan miskin tegar di bandar
kerana kos sara hidup yang tinggi.
2. Ramai juga golongan Asnaf Zakat berada di kawasan Lembah Kelang.
3. Terdapat juga golongan Anak Yatim dan anak-anak Ibu
Tunggal yang tidak terbela di kawasan bandar.
4. Terdapat banyak rumah2 banglow terbiar, daripada terbiar
elok dimenafaatkan untuk penempatan golongan-golongan di atas. Ada
saham untuk pemilik rumah berkenaan.
5. Warga Lembah Kelang yang berkemampuan agak sibuk untuk
pergi menzirahi rumah-rumah amal yang terpencil. Usaha ini
memudahkan golongan ini untuk menziarahi dan menyumbang kepada mereka.
6. Tenaga sukarelawan yang ramai terdapat di Lembah Kelang
Bagi merealisasikan hasrat murni ini tuan/puan boleh menyumbang
dalam berbagai cara:
1. MEMBIAYAI:
A. Sewaan bulanan bangunan
B. Bil-bil utiliti
C. keperluan dapor
D. Belanja persekolahan pelajar
2. MEMBIAYAI ASET TETAP (TERPAKAI atau BARU):
A. Katil dan tilam untuk asrama
B. Keperluan dapur asrama
C. Keperluan bilik-bilik : Dewan utama dan bilik-bilik
D. Kerusi dan meja untuk kelas Tadika & Kafa/Tuisyen
E. Kenderaan (van/bas) bagi pengangkutan dari asrama ke tadika/sekolah
3. BANGUNAN UNTUK DIWAKAF-GUNA:
Mencari tuan-tuan rumah yang ingin MEWAKAF GUNA rumah yang sesuai
untuk di duduki oleh seramai 20 hingga 40 orang pelajar, berumur
di antara 5 hingga 12 tahun.
4. MENDAFTAR SEBAGAI SUKARELAWAN:
A. Tenaga pengajar/tuisyen/guru agama
B. Pengendali laman web
C. Tenaga perhubungan bagi usaha menacari penaja dan dana
D. Wakil perhubungan bagi kerja-kerja pendaftaran dengan JKM dan PPD
5. DOA MENDOAKAN
Pasanglah niat yang ikhlas untuk bersama dalam usaha amal ini dan
sama-samalah kita doa mendoakan sesame kita agar segala usaha yang
kita lakukan akan dinilai oleh ALLAH sebagai satu AMAL TAQWA untuk
bekalan kita bersama di hari AKHIRAT kelak. Amin Ya Rabbal Alamin.
Kami rasa inilah masa yang sesuai untuk kita mula bergerak, kerana
persekolahan sesi 2008 akan berakhir tidak lama lagi, dimana
anak-anak di Tadika (RKH) yang ada sekarang akan mendaftarkan diri
ke Sekolah Kebangsaan pada sesi 2009 dan anak-anak di asrama Sekolah
Rendah (RSK) akan membuat persiapan untuk kemasukan musim persekolah baru.
Sekiranya ada apa-apa cadangan dan sumbangan sila hubungi :
Puan Mazlina : 019-3133430
Ustaz Zahari : 013-3303430
<http://www.rumahamal.org/kemiskinan_bandar.htm>Lamanweb:
www.rumahamal.org/wakaf.htm
Sekian, semoga yang membantu akan dibantu, wassalam.
Yang berusaha,
ROHANA BT. ALI
Emal: <mailto:[email protected]>[email protected]
Penasihat RKH & RSK
P/S: Ingin dapatkan kuliah siri MiNDA: "BERSYUKUR ITU LEBIH BERAT
DARI BERSABAR"
Silalayari:
<http://www.rumahamal.org/Syukur_Sabar.htm>http://www.rumahamal.org/Syukur_Sabar.htm