Keganasan dan kerakusan rejim zionis di bumi Palestin amat menyedihkan hati seluruh umat Islam di seluruh dunia. Sehingga artikel ini ditulis 875 orang rakyat Palestin termasuk kanak-kanak kecil telah terkorban manakala lebih daripada 3,000 orang lagi telah tercedera akibat dari serangan udara tentera Israel di Semenanjung Gaza. Entah mengapa agaknya penindasan terhadap rakyat Palestine seakan-akan tiada kesudahannya. Kita juga amat kesal dengan kebaculan pemimpin-pemimpin negara Arab yang gagal untuk bersatu tenaga bagi membantu umat Islam di Palestin memerangi tentera penceroboh Israel. Hal ini menyebabkan negara sekecil Israel boleh merampas tanah serta membunuh umat Islam di Palestin sesuka hati mereka di hadapan mata bangsa Arab tanpa mereka mampu untuk berbuat apa pun. Dalam usaha untuk membantu umat Islam di Palestine maka ramai dikalangan umat Islam di Malaysia menyeru untuk dilaksanakan solat hajat secara berjemaah di masjid-masjid demi memohon keselamatan saudara-saudara kita di sana. Persoalan mungkin timbul?
Benarkah Rasulullah s.a.w. pernahkah mengerjakan solat hajat ketika dilanda Musibah? Apakah itu Qunut Nazilah dan apa kaitannya dgn musibah yang menimpa umat Islam? Adakah kita perlu kerjakan Solat Hajat atau Qunut Nazilah? yang manakah lebih bertepatan dgn sunnah? Untuk mengetahui dgn lebih lanjut sila ke alamat : http://akob73.blogspot.com/2009/01/isu-palestine-qunut-nazilah-atau-solat.html
