Apakah pejuang Islam Palestine akan tewas kepada kecanggihan senjata Israel ? Yahudi dan Kristian banyak tahu tentang Islam. Kristian telah banyak kali tewas kepada Islam bukan kerana kecanggihan senjata orang Islam tapi ciri-ciri yang ada pada orang Islam yang sebenar yang antaranya ialah berjuang untuk mati syahid. Keberanian orang Islam berjuang sehinggakan tidak takut mati menyebabkan Yahudi dan Kristian mencari jalan supaya oarang-orang Islam tidak mengajar jihad kepada anak-anak mereka. Saya difahamkan sekolah-sekolah di negara Arab tertentu termasuk ? Jordan semacam ? dipaksa pihak berkuasa Yahudi dan Kristian agar tidak mengajar bab jihad dan mengeluarkan bab jihad dari kurikulum pendidikan. Mereka tahu akan kebenaran Nabi Muhammad dan mereka tahu jika orang Islam benar-benar memiliki keperibadian dan ciri-ciri keimanan yang ada pada Nabi mereka iaitu Muhammad SAW umat Islam pasti tidak dapat dikalahkan. Cuma segala tindakan kaum Yahudi dan Kristian sekarang hanyalah satu usaha atau strategi untuk melewat-lewatkan kekalahan dan kejatuhan mereka dengan lebih cepat. Wallahua'lam. ibnuAli kota jembal
--- On Sun, 1/11/09, [email protected] <[email protected]> wrote: From: [email protected] <[email protected]> Subject: Help Palestine [hidayahnet] senjata canggih Israel To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]> Date: Sunday, January 11, 2009, 11:20 PM
