Iman Dan Amal-amal Soleh Sebagai Formula Meraih Kebangkitan Umat 
Islamhttp://an-nawawi.blogspot.com/Pada hari ini, penganut agama Islam adalah 
antara yang teramai dan terbesar di muka bumi ini. Sebahagian besar di antara 
mereka sentiasa mengharapkan umat Islam berupaya meraih kembali zaman 
kegemilangannya sebagaimana yang dicapai di era Rasulullah Shallallahu ‘alaihi 
wa Sallam bersama para Sahabat-sahabatnya.Namun pada hari ini, umat Islam 
kelihatan begitu jauh ketinggalan, tahap kekuatannya menurun, kerap tertindas, 
berpecah-belah tidak bersatu (berpuak-puak), dan saling bertelagah di antara 
satu sama lain. Daripada keadaan ini, maka apakah jalan penyelesaiannya, dan 
apakah faktor penyebabnya?Marilah sama-sama kita bermuhasabah, melihat dan 
merenungi situasi yang kita dan seluruh umat Islam hadapi ini berpandukan dari 
dalil demi dalil. Bertepatan dengan prinsip-prinsip asas Islam itu sendiri 
iaitu mengembalikan setiap urusannya dengan merujuk kepada al-Qur’an dan 
as-Sunnah yang sahih.Kemunduran Umat IslamSebahagian umat Islam beranggapan 
bahawa kemunduran umat Islam adalah berpunca dari faktor penguasaan ekonomi 
yang lemah, dan dengan sebab ini, mereka pun berusaha dengan bersungguh-sungguh 
bagi meningkatkan tahap ekonomi mereka. Sebahagian lagi berpendapat bahawa 
kemunduran ini adalah kerana umat Islam gagal dalam meraih kedudukan di tampuk 
politik, dengan itu mereka pun berhempas-pulas mendirikan parti-parti politik, 
meraih sokongan, sekaligus berusaha sedaya-upaya menguasai kerusi-kerusi 
politik. Manakala sebahagiannya lagi berpendapat bahawa zaman ini umat Islam 
tidak memiliki daulah Islamiyyah (negara yang menerapkan hukum Islam), maka 
dengan sebab tersebut umat Islam menjadi lemah selemah-lemahnya tanpa sebarang 
pembelaan dan naungan. Dengan sebab ini juga, mereka pun melaung-laungkan suara 
kebangkitan supaya diadakan dengan segera daulah khilafah yang dengan 
terbinanya ia nanti bakal membolehkan seluruh umat Islam mengangkat seorang 
khalifah yang sekaligus menaungi seluruh umat Islam.Persoalannya, benarkah 
pendapat-pendapat mereka ini? Hakikatnya, apa yang terjadi adalah umat Islam 
menjadi lebih berpecah-belah dan jauh dari nilai-nilai Islam yang sebenar.Oleh 
itu, mari kita lihat terlebih dahulu satu demi satu, apakah faktor yang 
sebenarnya yang telah menjadikan umat Islam begitu lemah sekali pada hari ini,1 
– Umat Islam Jauh Dari Ilmu dan Ajaran Islam Yang Sebenar,Ini dapat dilihat 
apabila lahirnya pelbagai kelompok manusia serta umat Islam sendiri di mana 
setiap kelompok mereka dibarisi tokoh-tokoh mereka masing-masing. Mereka hanya 
mengikuti tidak lain melainkan tokoh-tokoh mereka. Mereka menjauhi para ulama 
dan pembawa panji ilmu yang sebenar. Malah mereka buta dari mengenali siapakah 
sebenarnya ulama.Dari ‘Abdullah bin ‘Amr radhiyallahu ‘anhu, beliau mendengar 
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:“Sebenarnya Allah tidak 
menganggkat (menghilangkan) ilmu dengan mencabut begitu saja dari para 
hamba-Nya. Akan tetapi, Dia mencabutnya dengan mematikan para ulama, sehingga 
apabila tiada seorang pun yang berilmu, manusia akan memilih pemimpin yang 
jahil; jika mereka (pemimpin itu) ditanya maka mereka berfatwa tanpa ilmu, maka 
mereka tersesat dan menyesatkan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 1/176)Dan Allah 
Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):“... nescaya Allah akan meninggikan 
orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang memiliki ilmu 
pengetahuan beberapa darjat” (al-Mujadilah, 58: 11)Ini jelas menunjukkan bahawa 
kemuliaan (ketinggian darjat) umat Islam itu diberikan kepada mereka yang 
beriman dan memiliki ilmu pengetahuan. Sudah tentu ilmu yang paling utama yang 
dimaksudkan adalah berkaitan dengan pembinaan dasar keimanan dan peribadatan. 
Ini adalah kerana asas-asas keimanan yang betul dan konsep ibadah yang sahih 
merupakan sebuah identiti yang membina jatidiri seseorang muslim. Dan dengan 
ilmu-ilmu yang asas ini kelak ia bakal menjadi tunjang nadi membina kerangka 
manhaj (prinsip) dan tapak kepada sebuah kejayaan yang besar, jika tidak di 
dunia, ia bakal membuahkan kebahagian di akhirat. Sekaligus menjadi akar kepada 
pelbagai cabang ilmu yang selainnya. Tanpa jatidiri yang benar ini, apalah 
ertinya jika seseorang itu mahir di dalam pelbagai cabang ilmu selainnya, 
kerana ia tidak akan mencerminkan gambaran Islam yang sebenar pada dirinya.2 - 
Mereka Mendustakan Syari’at Islam,Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman 
(maksudnya):“Dan sesungguhnya Kami telah meneguhkan kedudukan mereka dalam 
persoalan yang Kami belum pernah meneguhkan kedudukanmu dalam hal itu dan Kami 
telah memberikan kepada mereka pendengaran, penglihatan dan hati; tetapi 
pendengaran, penglihatan dan hati mereka itu tidak berguna sedikit pun bagi 
mereka, kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat Allah dan mereka telah 
diliputi oleh balasan siksa yang dahulu selalu mereka memperolok-olokkannya.” 
(Surah al-Ahqaaf, 46: 26)“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke 
dalam Islam secara keseluruhannya (kaffah), dan janganlah kamu turuti 
langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang jelas bagimu.” 
(Surah al-Baqarah, 2: 208)Kebanyakan apa yang berlaku hari ini, begitu ramai 
sekali umat Islam yang meninggalkan syari’at Islam yang sebenar. Mereka 
meremeh-remehkan agama. Mereka meninggalkan sebahagian dari agama kerana 
beranggapan terdapat sebahagian syari’at di dalam Islam ini yang sudah tidak 
lagi sesuai (tidak relevan) untuk diamalkan, malah hanya bakal mengundang 
kejumudan dalam menjalani kehidupan di era sains dan teknologi. Mereka 
menganggap apa yang mereka tinggalkan sebagai suatu perkara yang remeh-temeh, 
malah dengan sebuah penghinaan.Sebagai contohnya, terdapat beberapa pihak 
tertentu yang mempersenda-sendakan hukuman hudud dan mempergunakannya bagi 
tujuan meraih sokongan di dalam kancah semasa dan politik. Contoh yang lain, 
pada masa ini begitu ramai sekali lelaki umat Islam yang berbangga dengan 
pakaian labuhnya (seluar, jubah, kain) melebihi mata kaki (berisbal) dengan 
meninggalkan larangan isbal itu sendiri. Sedangkan telah jelas larangan 
berpakaian isbal bagi lelaki. Namun, disebabkan kedegilan hati mereka, mereka 
bukan sahaja tidak mengikuti malahan mereka bangkit dengan sebuah penghinaan 
yang antaranya dengan mengatakan:“Memendekkan pakaian (tidak berisbal) adalah 
pakaian orang-orang fasiq dan menyerupai kumpulan skinhead, tak kan kami mahu 
memakai pakaian ala-ala skinhead?”Sebenarnya mereka lupa bahawa pakaian tanpa 
isbal adalah mencontohi pakaian Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Malah ia 
tidaklah sebagaimana yang dikatakan sebagai menyerupai pakaian skinhead. Jauh 
sekali bezanya. Ternyata sungguh jahil sekali mereka tentang agama sehingga 
sanggup mempersendakannya pula. Mereka memandang perkara ini remeh, dan 
mempersenda-sendakannya namun hakikatnya, tahukah siapa yang sedang mereka 
hinakan?Banyak lagi contoh dalam persoalan lainnya seperti dalam persoalan 
asas-asas solat itu sendiri yang mereka tinggalkan seperti meninggalkan syi'ar 
solat secara berjama’ah di masjid, meninggalkan (tidak menghiraukan) perintah 
merapatkan saf, meremehkan solat ketika dalam keadaan sakit, meninggalkan solat 
ketika sedang bermusafir, bersenang-lenang dengan amalan riba’, meremehkan 
kewajiban menutup aurat, bebas bercampur-gaul di antara sesama lelaki dan 
wanita, serta pelbagai lagi contoh lainnya. Jika perkara-perkara asas ini pun 
mereka tidak prihatin dan memperlecehkannya, bagaimana mungkin umat Islam akan 
maju melangkah ke medan yang seterusnya?Maka, sewajarnya kita berhati-hati 
dalam bertindak memulakan langkah sebagai seorang yang tulus dalam beragama. 
Janganlah kita menuruti hawa nafsu, yang dengannya hanya akan menutupi 
pintu-pintu hidayah. Kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman 
(maksdunya):“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya 
sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah 
mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas 
penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah 
(membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?” (Surah 
al-Jatsiyah, 45: 23)3 – Umat Islam Suka dan Berbangga Meniru Peradaban Orang 
Kafir,Ini jelas dapat dilihat melalui sistem kehidupan seharian mereka sendiri 
di mana bermula dari cara berpakaian (merujuk persoalan aurat dan pakaian kaum 
yang fasiq), perlaksanaan ekonomi (sistem kapitalis dan riba’), sistem politik 
mereka (mengambil sistem demokrasi), cara berfikir (berfalsafah dan liberal), 
dan lebih teruk lagi apabila mereka mengmbil idola-idola mereka dari kaum kafir 
sendiri (mengikuti tokoh-tokoh falsafah barat, mengambil/mencontohi trend para 
artis, pemain bola sepak, atau seumpama).Dalam persoalan ini, Nabi Shallallahu 
‘alaihi wa Sallam sendiri telah bersabda:“Barangsiapa yang menyerupai suatu 
kaum, maka dia termasuk ke dalam kaum tersebut.”Juga sabdanya, dari Abu Sa’id 
al-Khudri radhiyallahu ‘anhu:“Sungguh kamu akan mengikuti jejak dan jalan 
orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, seterusnya sehasta demi 
sehasta, sehingga bila mereka memasuki lubang dhob (binatang seperti biawak) 
pun kamu akan mengikutinya.” Lalu kami bertanya:“Wahai Rasulullah, adakah yang 
engkau maksudkan itu orang Yahudi dan Nashrani?” Beliau menjawab: “Siapa lagi 
sekiranya bukan mereka.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 22/298)Di sini dapat kita 
renungi iaitu apabila umat Islam sendiri secara umumnya meniru corak pemikiran 
orang Yahudi dan Nashrani, meniru gaya hidup mereka, mencotohi perlaksanaan 
ekonomi mereka (contoh: sistem kapitalis, riba’), walhal mereka tahu bahawa ia 
(Yahudi & Nashrani) adalah musuh kaum muslimin, maka bagaimana umat Islam akan 
meraih kegemilangan?4 – Umat Islam Berpuak-puak Dan Fanatik Kepada Puak 
Masing-masing,Allah Subhanahu wa Ta’ala melarang keras perpecahan dan 
memerintahkan supaya umat Islam bersatu.“...Dan janganlah kamu termasuk 
orang-orang yang mempersekutukan Allah, iaitu orang-orang yang memecah-belah 
agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Setiap golongan merasa 
bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka.” (Surah ar-Rum, 30: 31-32)“Dan 
berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu 
bercerai berai” (Surah Ali Imran, 3: 103)Namun pada hari ini begitu jelas 
sekali menunjukkan betapa umat Islam berpecah-belah menjadi beberapa kumpulan 
yang sangat banyak. Mereka sebahagiannya mewarisi perpecahan kaum khawarij 
(takfiri dan menetang barisan pemerintah), muktazilah (mendahulukan akal 
berbanding nash dan dalil-dalil agama yang sahih), jabbariyah (yang mendustakan 
takdir), qadariyyah (yang berserah kepada takdir semata-mata), ahli ra’yi (yang 
mentafsirkan agama dengan akal fikiran), sufi (yang mempercayai syari’at baru 
datang melalui mimpi), kelompok syi’ah yang menzahirkan seakan-akan Islam 
(golongan yang mencela para sahabat Nabi dan berusaha mereka-cipta dalil-dalil 
agama mereka sendiri), dan banyak lagi yang lainnya.5 – Menyimpan Perasaan 
Hasad Dengki,Sebahagian tokoh umat Islam memiliki perasaan dengki (tidak 
berpuas hati) apabila kebenaran itu berada di pihak orang lain dan bukan di 
pihaknya. Mereka hanya ingin kebenaran itu datang darinya dan tidak mahu 
menerima kebenaran itu apabila datang dari orang lain.“Tidaklah berselisih 
tentang kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka kitab, 
iaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, kerana 
dengki di antara mereka sendiri. Maka Allah memberi petunjuk orang-orang yang 
beriman kepada kebenaran berkenaan perkara yang mereka perselisihkan itu dengan 
kehendak-Nya. Dan Allah selalu memberi petunjuk orang yang dikehendaki-Nya 
kepada jalan yang lurus.” (Surah al-Baqarah, 2: 213)6 – Mereka Meninggalkan 
Jalan Kebenaran (Prinsip) Yang Telah Ditempuh Oleh Salafus Soleh (Golongan Umat 
Islam Generasi Awal),Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):“Dan 
barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti 
jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, Kami biarkan ia bergelumang di dalam 
kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahannam, 
dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali.” (Surah an-Nisa’, 4: 
115)“Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari 
golongan muhajirin dan anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan 
baik, Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada Allah dan Allah 
menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya 
selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.” (Surah 
at-Taubah, 9: 100)7- Umat Islam Terlalu Mengejar Urusan Dunia Dan Takutkan 
Kematian,“Hampir-hampir orang-orang kafir ini mengerumuni kamu sebagaimana 
orang yang lapar mengerumuni hidangannya.” Lalu mereka bertanya: “Adakah jumlah 
kita pada waktu itu sedikit?” Beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menjawab: 
“Tidak, bahkan jumlahmu ramai sekali. Akan tetapi, kamu seperti buih di atas 
air. Sungguh Allah akan mencabut perasaan takut di hati musuhmu terhadap kamu, 
dan sungguh Allah akan menghembuskan rasa wahn (lemah) di hatimu.” Lalu mereka 
bertanya: “Wahai Rasulullah! Apa itu wahn?” Beliau Shallallahu ‘alaihi wa 
Sallam menjawab: “Cinta kepada dunia dan takut mati.” (Hadis Riwayat Abu Daud, 
11/371, disahihkan oleh al-Albani dalam al-Misykah, no. 5369)Perkara ini banyak 
berlaku pada zaman ini. Ramainya umat Islam berusaha bersungguh-sungguh 
menimbun kekayaan di dunia dan membina kemewahan hidup dengan harta, rumah 
besar, kenderaan besar, pakaian berjenama, dan seumpamanya. Namun sayangnya, 
mereka meninggalkan kewajiban yang sebenar di mana mereka tidak 
menitik-beratkan permasalahan agama untuk diri-diri mereka. Mereka meremehkan 
solat, tidak mengeluarkan zakat, meninggalkan kewajiban menuntut ilmu-ilmu 
agama yang ternyata sangat penting, tetapi mereka sibuk mengejar pangkat dan 
kemewahan hidup dunia.8 – Ramainya Umat Islam Yang Mengikuti Pemimpin Yang 
Menyesatkan,Dari Tsauban radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa 
Sallam bersabda:“Dan sesungguhnya aku bimbang apabila pada umatku ini muncul 
para pemimpin yang menyesatkan.” (Hadis Riwayat Abu Daud, 11/322)Hudzaifah 
Ibnul Yaman bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam: “Adakah 
setelah datang masa yang baik ini akan datang yang buruk?”Beliau Shallallahu 
‘alaihi wa Sallam menjawab:“Ya, para da’i (pendakwah) yang mengajak manusia ke 
Neraka Jahannam. Sesiapa yang mengikuti mereka, pasti dia masuk ke dalamnya.” 
Lalu aku bertanya: “Wahai Rasulullah, jelaskan kepada kami siapakah mereka 
itu?”Beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menjelaskan:“Mereka itu kaum kami dan 
berbicara dengan bahasa dan agama kami.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 11/439)Ini 
dapat kita perhatikan sebagaimana berkembangnya fahaman-fahaman yang 
menyesatkan di dalam kalangan umat Islam pada hari ini. Iaitu dengan munculnya 
kelompok-kelompok tertentu yang begitu banyak dengan setiap kelompok menobatkan 
tokoh-tokoh mereka masing-masing sebagai ulama dan pemimpin yang wajib diikuti. 
Pemimpin-pemimpin setiap kelompok menyeru kepada kelompok dan fahaman mereka 
masing-masing.Sebagai contoh, pada zaman ini munculnya tokoh-tokoh yang lahir 
dari kelompok Islam liberal, feminisme, hizbiyun, parti-parti politik yang 
mempergunakan agama, pejuang khilafah yang menolak hadis ahad dalam persoalan 
aqidah, tokoh-tokoh penyeru yang mengajak memperbanyakkan amalan namun tanpa 
memperdalami ilmu yang sahih, kelompok Qur’aniyun (anti hadis), al-Ahbash 
(takfiri/pengkafir/pencaci ulama), golongan pejuang hudud tanpa memperjuangkan 
aqidah, tokoh-tokoh yang menggunakan sihir atas alasan perubatan, tokoh-tokoh 
sufi yang mempercayai mimpi sebagai dasar syari’at, dan pelbagai lagi lainnya 
yang mana jika diukur dengan neraca yang benar pasti akan jelas kebatilan 
fahaman yang mereka bawa.9 – Mencipta Perkara-perkara Baru Di Dalam Beragama 
Dan Meninggalkan Sunnah-sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa 
Sallam,Daripada al-‘Irbadh bin Sariyah, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa 
Sallam berpesan,“Aku wasiatkan kepada kamu semua supaya selalu mendengar dan 
taat walaupun yang memimpin kamu adalah seorang budak hitam (Habsyi). Kerana 
sesungguhnya, sesiapa yang masih hidup (sepeninggalanku) nescaya dia akan 
melihat banyak perselisihan berlaku. Oleh itu, hendaklah kamu semua berpegang 
teguh dengan Sunnahku dan sunnah Khulafa al-Rasyidin yang mendapat petunjuk. 
Gigitlah sunnah tersebut dengan gigi geraham. Jauhilah perkara-perkara baru 
dalam urusan agama (bid’ah), kerana setiap perkara baru di dalam agama itu 
adalah sesat.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 3851)Pada ketika ini, begitu banyak 
sekali bentuk-bentuk amalan yang pada hakikat sebenarnya bukanlah berasal dari 
apa yang ditunjukkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Tetapi, 
kebanyakan masyarakat Islam pada hari ini tidak langsung menyedarinya 
disebabkan kurangnya kefahaman terhadap agama yang mereka pegang lantaran 
jauhnya mereka dari budaya ilmu yang sahih.Di antara bentuk-bentuk amalan 
tersebut adalah seperti mengadakan syi’ar perayaan pada tarikh-tarikh tertentu 
sepeti maulid nabi, awal muharram (mengadakan sambutan-sambutan khas), atau 
seumpamanya yang mana tidak pernah dikenali sebelumnya dan tidak datang dari 
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mahu pun para sahabat radhiyallahu ‘anhum. 
Mengadakan majlis tahlilan, majlis yasinan dari rumah ke rumah pada malam-malam 
tertentu, melaungkan azan sempena menjelangnya tahun baru hijrah, mempercayai 
bulan safar sebagai bulan pembawa sial, mengadakan majlis berzanji marhaban di 
setiap hari raya aidilfitri, berdoa di atas kuburan yang dianggap sebagai 
kuburan para wali, dan menjadikan ayat-ayat al-Qur’an serta zikir-zikir sebagai 
bahan nyanyian.Perbuatan mereka-cipta dan mengamalkan sesuatu bentuk amalan 
ibadah seperti ini yang mana tidak pernah diajarkan oleh Rasulullah Shallallahu 
‘alaihi wa Sallam adalah menyamai dan menyerupai (tasyabbuh) kepada perbuatan 
kaum Yahudi dan Nashara. Di mana mereka menokok-tambah dan mengubah-suai 
kandungan kitab-kitab mereka serta mengadakan amalan-amalan yang baru yang 
tidak pernah ditetapkan oleh Allah melalui Nabi-nabi mereka.Sebagai contoh, di 
dalam agama Kristian (Nashara), mereka mewujudkan suatu bentuk perayaan bagi 
meraikan pengorbanan dan kelahiran jesus (Isa) dengan mencipta sebuah perayaan 
dinamakan sebagai Chrismas (hari natal). Sedangkan perkara ini tidak pernah pun 
diajarkan di dalam kitab-kitab mereka dan Nabi Isa ‘alaihis Salam sendiri. 
Begitu juga dengan perbuatan sebahagian mazhab (aliran) di dalam agama 
Kristian, di mana mereka menyanyi di dalam gereja-gereja mereka pada 
waktu-waktu tertentu. Sedangkan perkara ini tidak pernah wujud sebelumnya di 
dalam ajaran mereka. Ini menunjukkan mereka telah mengubah-suai bentuk dan 
cara-cara untuk beragama (beribadah) mengikut hawa nafsu mereka sendiri.Begitu 
juga di dalam agama hindu, terdapat sebuah perayaan yang dikenali sebagai 
Thaipusam. Yang mana jika dikaji selidik dari sumber-sumber agama mereka yang 
asal, bentuk perayaan Thaipusam ini tidak pernah ada. Maka, ia adalah merupakan 
suatu yang baru bagi mereka yang beragama hindu.Persoalannya, adakah Islam juga 
mesti mengalami evolusi dan pengubahsuaian mengikuti rentak golongan agamawan 
agama yang lain?Hakikatnya, bentuk-bentuk amalan baru seperti tersebut adalah 
termasuk ke dalam perbuatan menghina apa yang telah ditetapkan oleh al-Qur’an 
al-Karim yang merupakan kalamullah yang disampaikan melalui Rasulullah 
Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Perbuatan mereka ini menunjukkan bahawa mereka 
tidak pernah merasa puas dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan apa 
yang telah disampaikan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Bahkan 
mereka telah mendahului Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang merupakan 
manusia yang dipertanggungjawabkan menyampaikan agama ini dengan benar lagi 
amanah. Seakan-akan mereka adalah merupakan kelompok nabi-nabi baru yang 
membawa syari’at-syari’at baru bertujuan menokok-tambah kekurangan di dalam 
agama yang sebenarnya telah sedia sempurna disampaikan oleh Muhammad 
Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.Iman Yang Sahih Dan Beramal Dengan Amalan Soleh 
Sebagai Formula Umat Islam Meraih Kemuliaan Dan Menuju Kebangkitan SemulaIman 
yang sahih yang dimaksudkan di sini adalah merujuk kepada pemurnian aqidah 
(i’tiqad), membersihkannya dari segala bentuk kesyirikan terhadap Allah, dan 
melaksanakan ibadah semata-mata kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala berdasarkan 
(bertepatan) dengan apa yang telah ditetapkan melalui dalil-dalil yang sahih. 
(Sila rujuk perbahasan berkenaan Tauhid Rububiyyah, Tauhid Uluhiyyah, al-asma’ 
was Shifat dan yang berkaitan dengannya. Rujuk juga artikel: “Menuju 
Kesempurnaan Dalam Beribadah”).Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman 
(maksudnya):“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan 
mengerjakan amal-amal yang soleh di antara kamu bahawa Dia benar-benar akan 
menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan 
orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan benar-benar Dia akan meneguhkan bagi 
mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan 
menukar (keadaan) mereka, setelah (sebelumnya) mereka dalam ketakutan menjadi 
aman sentosa. Mereka tetap beribadah kepada-Ku dengan tiada mempersekutukan 
sesuatu apa pun dengan Aku. Dan sesiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, 
maka mereka itulah orang-orang yang fasiq.” (Surah an-Nur, 24: 55)Syaikh 
Abdurrahman bin Nashir as-Sa’di rahimahullah berkata:“Ini adalah janji Allah 
yang benar. Ia telah terbukti sebelumnya, di mana Allah menjanjikan kepada 
mereka yang beriman dan beramal soleh dari kalangan umat ini menjadi khalifah 
(pentadbir/penguasa) di permukaan bumi, mereka yang berhak mengatur negerinya. 
Allah mengukuhkan agama yang diredhai-Nya, (iaitu) agama Islam ini, melebihi 
agama-agama yang lain kerana keutamaan, kemuliaan, dan kenikmatan di dalamnya. 
Umat ini berupaya melaksanakan dan menegakkan syari’at Islam secara zahir dan 
batin sama ada untuk peribadi mahu pun masyarakat. Dengan faktor inilah, umat 
manusia dari agama lain iaitu semua orang kafir tewas dan menjadi hina. Allah 
Subhanahu wa Ta’ala telah menghilangkan ketakutan umat ini yang sebelumnya 
merasa takut untuk menampakkan (menzahirkan) agamanya disebabkan gangguan 
orang-orang kafir dan jumlah mereka yang masih sedikit. Allah menjanjikan 
kenikmatan ini pada ketika diturunkan ayat, sehingga kepimpinan di permukaan 
bumi ini dipegang oleh umat Islam dan tertegaknya syari’at Islam. Negeri pun 
menjadi aman dan hanya Allah yang diibadahi. Lenyaplah orang yang melakukan 
kesyirikan. Tidak ada satu pun yang ditakuti selain Allah. Maka berdirinya umat 
ini adalah di atas dasar iman dan amalnya yang soleh sehingga mereka memiliki 
darjat (kedudukan) yang tinggi yang tidak diraih oleh umat sebelumnya. Allah 
Subhanahu wa Ta’ala menjadikan negeri ini aman dan penduduknya ahli ibadah. 
Seterusnya, negara-negara barat dan timur dikuasai oleh kaum muslimin dan 
menjadi negara Islam. Negeri menjadi aman dan agama Islam ditegakkan. Ini semua 
adalah tanda kekuasaan Allah yang sangat menakjubkan. Jika umat ini beriman dan 
beramal soleh maka janji Allah pasti akan ditunaikan. Akan tetapi, umat ini 
dikuasai oleh orang kafir dan orang munafik kerana mereka tidak memahami 
(menghayati) dan mengamalkan dua perkara ini.” (Tafsir al-Karimur Rahman, 
1/573)Imam Ibnu katsir rahimahullah turut menjelaskan, dengan katanya:“Dari 
sini kita berupaya mengetahui dan menilai akan kebenaran janji Allah dan 
Rasul-Nya. Maha Benar Allah dan Rasul-Nya. Kita memohon kepada Allah supaya Dia 
selalu melimpahkan kepada kita keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya serta 
kekuatan untuk mensyukurinya bersesuaian dengan apa yang diredhai-Nya.Ar-Rabi’ 
bin Anas telah meriwayatkan sebuah hadis yang bersumber dari Abul ‘Aliyah 
ketika menafsirkan firman Allah tersebut, ia berkata,“Rasulullah Shalallahu 
‘alaihi wa Sallam dan para sahabatnya tinggal di Makkah sekitar sepuluh tahun. 
Mereka berdakwah, menyerukan untuk beribadah kepada Allah dan menyembah Sang 
Khaliq Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Dakwah yang dilaksanakan 
bersifat rahsia dan secara senyap-senyap. Mereka tidak berani bertindak lebih 
dari itu, kerana pada ketika itu, masih belum ada perintah untuk berperang. 
Perintah keluar berperang hanya muncul sekitar selepas mereka berhijrah ke 
Madinah.Pada awalnya mereka merasa takut, sama ada di waktu pagi atau pun di 
petang hari. Mereka selalu sentiasa bersiap sedia dengan senjata. Mereka berada 
dalam keadaan seperti itu sehingga ke waktu yang dikehendaki oleh Allah... 
...Dan Allah Subhanahu wa Ta’ala pun menurunkan ayat tersebut (an-Nuur, 24: 
55).Allah menjadikan Nabi-Nya mampu menguasai Jazirah arab, sehingga mereka pun 
merasa aman dan tidak lagi sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga (ketakutan). 
Kemudian setelah Allah mewafatkan Nabi-Nya, mereka tetap merasa aman di bawah 
pemerintahan Abu Bakar, Umar dan Ustman...” (Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, 
Terbitan Pustaka Ibnu katsir, jil. 6, m/s. 431-432)Beliau juga 
menjelaskan,Adalah para Sahabat, kerana mereka merupakan kelompok (komuniti) 
manusia yang paling mentaati perintah Allah setelah Nabi wafat, maka kejayaan 
yang mereka perolehi itu adalah bersesuaian dengan (keikhlasan) mereka di dalam 
menegakkan kalimatullah di penjuru bumi di bahagian timur mahu pun barat. Oleh 
kerana itu, Allah memperkuatkan (memperkukuhkan) kejayaan mereka sekuat-kuatnya 
sehingga mereka berupaya menakluki pelbagai negeri lainnya dan menjadi penguasa 
penduduk negeri yang mereka takluki. Namun ketika umat Islam telah mula lalai 
dalam menjalani ketaatan kepada Allah, maka menjadi pudarlah kejayaan umat 
Islam. (Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Terbitan Pustaka Ibnu katsir, jil. 6, 
m/s. 436-437)Dengan dua penjelasan ini, menjelaskan kepada kita bahawa ayat di 
atas menggambarkan keutamaan orang yang berpegang kepada syari’at Islam yang 
dibawa oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam di mana apabila ianya 
terbina dengan iman dan amal-amal yang soleh. Dengan dasar pembinaan agama di 
atas paksi keimanan yang betul dan amal-amal yang soleh tersebut, Allah 
menjanjikan kepada umat Islam pelbagai kemuliaan, yang di antaranya:1 - Menjadi 
pemimpin dan penguasa di permukaan bumi,Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman 
(maksudnya):“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan 
mengerjakan amal-amal yang soleh di antara kamu bahawa Dia benar-benar akan 
menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan 
orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan benar-benar Dia akan meneguhkan bagi 
mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan 
menukar (keadaan) mereka, setelah (sebelumnya) mereka dalam ketakutan menjadi 
aman sentosa. Mereka tetap beribadah kepada-Ku dengan tiada mempersekutukan 
sesuatu apa pun dengan Aku. Dan sesiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, 
maka mereka itulah orang-orang yang fasiq.” (Surah an-Nur, 24: 55)Ibnu Katsir 
berkata: “Adh-Dhohak berkata: ‘Ayat ini menjelaskan penetapan khalifah Abu 
Bakar, Umar, Utsman, dan Ali radhiyallahu ‘anhum bahawa mereka itu orang yang 
beriman dan beramal soleh.” (Tafsir al-Qurthubi, 12/297)2 - Islam akan 
ditegakkan dan umatnya mendapat kehidupan yang baik,Allah Subhanahu wa Ta’ala 
berfirman (maksudnya):“Sesiapa yang mengerjakan amal soleh, sama ada lelaki 
atau pun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan 
kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada 
mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka usahakan.” 
(Surah an-Nahl, 16: 97)3 - Dijamin dengan hidup yang aman serta hilang rasa 
takut dan kebimbangan,“Sesiapa sahaja (di antara mereka) yang benar-benar 
soleh, maka tidak ada kebimbangan terhadap mereka dan tidak (pula) mereka 
bersedih hati.” (Surah al-Ma’idah, 5: 69)4 – Terhindar dari ancaman kehidupan 
yang sempit,“Dan barang siapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya 
baginya kehidupan yang sempit....” (Surah Thoha, 20: 124)5 – Rezeki/berkah dari 
langit dan bumi,“Jika sekiranya penduduk negeri-negeri itu beriman dan 
bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan 
bumi....” (Surah al-A’raf, 7: 96)6 - Dimudahkan segala urusannya,“Sesiapa 
bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan 
memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan sesiapa yang 
bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. 
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)-Nya. Sesungguhnya 
Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.”. (Surah ath-Thalaq, 65: 
2-3)Solusi (Penyelesaian) Dalam Meraih Kejayaan (Kemuliaan)1 – Dengan iman dan 
ilmu,“... niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu 
dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.” (Surah 
al-Mujadilah, 58: 11)Rasulullah mengkhabarkan bahawa umat Islam yang berpegang 
kepada sunnahnya pasti akan berjaya.2 – Beribadah Dengan Ikhlas,Ubay bin Ka’ab 
radhiyallahu ‘anhu berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam 
bersabda:“Gembirakanlah umat ini dengan kedudukannya yang tinggi, mulia, dengan 
agama Islam, dengan kemenangan dan menjadi khalifah di permukaan bumi. Sesiapa 
beribadah untuk mencari kenikmatan dunia, maka dia tidak akan mendapatkan 
kebahagiaan di akhirat.” (Hadis Riwayat Ahmad, 20273. Lihat Shahih at-Targhib 
wat-Tarhib, 2/57)3 – Menegakkan agama Allah dan mengamalkan (merasa cukup) 
dengan apa yang Allah tetapkan,“Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu 
menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. 
Dan orang-orang yang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka dan Allah 
menyesatkan amal-amal mereka. Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya 
mereka benci kepada apa yang diturunkan Allah (al-Quran) lalu Allah 
menghapuskan (pahala-pahala) amal-amal mereka.” (Surah Muhammad, 47: 7-9)4 – 
Bersatu di atas jalan kebenaran,“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali 
(agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai” (Surah Ali Imran, 3: 103)“Dan 
barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti 
jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, Kami biarkan ia leluasa terhadap 
kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahannam, 
dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali.” (Surah an-Nisa’, 4: 115)5 – 
Menjauhi perbuatan syirik,“Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur-adukkan 
iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat 
keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Surah 
al-An’am, 61: 82)6 – Melazimi kesabaran,Yang terakhir, untuk menuju kepada 
kejayaan Islam, untuk menempuh semua jalan di atas, wajib disertai dengan 
kesungguhan dan kesabaran. Kita tidak boleh tergesa-gesa dan berputus-asa, 
kerana apabila kita hendak menempuh jalan di atas pasti terdapat pembagai 
halangan, ujian, mahu pun fitnah.Syaikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah 
berkata:“Tidaklah diragukan bahawa umat ini diuji oleh Allah dengan 
musuh-musuhnya, sebagaimana disebut di dalam surat Muhammad, 47: 31:“Dan 
sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui 
orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan 
(baik buruknya) hal ehwalmu.”Umat diuji dengan dihadapkan kepada 
musuh-musuhnya, maka hendaklah bersabar, kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala 
berfirman:“Kamu benar-benar akan diuji dengan hartamu dan dirimu. Dan (juga) 
kamu benar-benar akan mendengar dari orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu 
dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah, gangguan yang banyak yang 
menyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang 
demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan. (Surah Ali Imran, 31: 
186)Umat Islam wajib bersabar dan mencari pahala, wajib istiqomah di atas agama 
yang haq (benar) ini, hendaklah dia tidak bersedih hati mendengar ancaman 
musuhnya, hendaklah menghukumi manusia dengan hukum Allah. Inilah yang wajib 
dilaksanakan untuk semua negara Islam, sama ada pemimpin mahu pun rakyatnya. 
Bila sahaja manusia bersedia dengan beristiqomah di atas agama yang benar di 
dalam setiap perkataan, perbuatan, dan keyakinannya, maka tidak akan ada yang 
membahayakan bagi umat ini teriakan musuh dan penipunya.Jika kamu bersabar dan 
bertaqwa, nescaya tipu-daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudharatan 
kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan. (Surah 
Ali Imran, 31: 120).” (Majmu’ Fatawa wa Maqolat Ibnu Baz, 8/171)Wallahu 
a’lam... 
@Brother an-Nawawi
+60126887715 YM: [email protected] 

------------------------------------

Free download [Internet Explorer/Firefox]:
Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc] 
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

--------------------------------------------------------------------------
**Boycott Israel**Support Palestine** 

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at 
[email protected] with the title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Affiliates:
Islamic_Board - Malaysia - Islamic Events and Notices 
http://groups.yahoo.com/group/islamic_board/

iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim  
http://groups.yahoo.com/group/iperintis/

Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc] 
http://hidayahnet.ourtoolbar.com

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com
Hidayahnet website             : http://hidayahnet.multiply.com/  Yahoo! Groups 
Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[email protected] 
    mailto:[email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke