Antara SMS Beracun Dan Qunut Nazilah 

 

Setakat ni, saya dah terima 3 sms dari kawan-kawan. Satu dari sahabat lama yang 
bertugas di Negeri Sembilan, satu dari kawan setugas dari daerah Pontian dan 
seorang lagi dari sahabat yang sama-sama ikuti kuliah sunnah bersama Drs. Syed 
Mohd Rafee Syed Zainal. 

  
SMS tu tertulis "Pemimpin Hizbullah, Lubnan, Syed Hasan Nasrallah meminta 
seluruh muslim untuk melafazkan Quran, surah al-Fath ayat 26-27, Surah Yunus 
ayat 85, 86 dan 88, malam ini.. Tolong sebarkan". 
  


 
Nampaknya dakyah Syiah dah mula menyusup masuk ke dalam masyarakat secara sedar 
atau tak sedar. Semangat umat Islam yang marahkan Yahudi Laknatullah kerana 
membunuh kaum muslimin Syam berjaya dimanipulasi oleh puak Syiah. 



 
Bagaimana Syed Hasan Nasrallah yang lantang mencaci maki serta mencela para 
sahabat dapat dijadikan panduan dalam apa jua amal ibadah. Apatah lagi amalan 
tersebut tidak diketahui hujung pangkalnya. 

  
Umat Islam di Malaysia pernah digemparkan dengan penghinaan terhadap Rasulullah 
dalam isu janggut. Kalau isu janggut umat Islam boleh merasa sensitif, mengapa 
penghinaan Syiah dan Hasan Nasrallah pada sahabat Rasulullah kita boleh pandang 
sepi? Hakikatnya, aqidah Hasan Nasrallah dan Syiah Rafidhah tiada bezanya 
dengan aqidah puak sekular di Malaysia ini. 


 
Antara hadis-hadis sahih larangan Rasulullah saw mencela dan mencaci sahabat 
baginda :- 

1. Dari Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sebaik-baik 
umatku ialah mereka yang hidup sezaman denganku, kemudian mereka yang hidup 
sezaman dengan sahabatku, selepas itu mereka yang hidup selepas mereka (sahabat 
r.a.) Selepas itu akan datang satu kaum di mana penyaksian salah seorang 
daripada mereka mendahului sumpahnya dan sumpahnya mendahului penyaksiannya. 
(Hadis riwayat Muslim) 
2. Dari Abu Said r.a katanya: Di antara Khalid bin Al-Walid dan Abdul Rahman 
bin Auf telah terjadi sesuatu, lalu Khalid mencaci beliau. Mendengar hal itu, 
Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu mencaci sahabatku walaupun salah 
seorang dari kamu membelanjakan emas sebesar gunung Uhud sekalipun, dia tidak 
dapat menandingi salah seorang ataupun separuh dari mereka. (Hadis riwayat 
Muslim) 



 
Bantulah kaum muslimin di Gaza dan Syam dengan bacaan qunut nazilah :- 

  
اللهُمَّ إنَّا نَسْتَعِيْنُكَ وَنُؤْمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ 
وَنُثْنِيْ عَلَيْكَ الْخَيْرَ وَلَا نَكْفُرُكَ ، اللهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُدُ ، 
وَلَكَ نُصَلِّيْ وَنَسْجُدُ ، وَإِلَيْكَ نَسْعَى وَنَحْفِدُ ، نَرْجُوْ 
رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَكَ ، إنَّ عَذَابَكَ الجِدَّ بِالْكُفَّارِ مُلْحَقٌ 
، اللهُمَّ عَذِّبِ الْكَفَرَةَ أهْل الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ 
سَبِيْلِكَاللهُمَّ أَعِزَّ الإسْلَامَ وَالْمُسلمين، وَأَذِلَّ الشِّرْكَ 
وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَدَمِّرْ أَعْدَاءَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْن, اللهم
 أَهْلِكِ الْكَفَرَةَ وَالطُّغَاةَ وَالظَّالِمِيْنَ يا رب العالمين.. اللهم 
اِنَّنَا نَجْعَلُ فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُورِهِم, اللهُمَّ 
بَدِّدْ شَمْلَهُم وَ فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ 
أَقْدَامَهم يا قهَّار , يا جبَّار , يا مُنْتَقِم, يا الله, يا الله, يا 
الله.اللهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابَ وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابَ وَيَا هَازِمَ 
الْأَحْزَابَ اِهْزِمْهُمْ وَاْنصُرْنَا عَلَيْهِمْ.اللَّهُمَّ أَنْجِ المسلمين في 
فلسطين اللَّهُمَّ أَنْجِ المسلمين في كُلِّ مَكَان, اللَّهُمَّ أَنْجِ
 الْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ, اللَّهُمَّ أهْلِكْ أمْرِيْكَانَ وَمَنْ 
وَالَاهُمْ, اللهُمَّ أَهْلِكِ الْيَهُوْدَ وَمَنْ وَالَاهُمْ,اللهُمَّ انْصُرْ 
إِخْوَانَنَا الْمُجَاهِدِيْنَ فِيْ سَبِيْلِكْ، والْمُضْطَهَدِيْنَ فِيْ 
دِيْنِهِمْ فِيْ كُلِّ مَكَانٍ، اللهُمَّ انْصُرْ إخْوَانَنَا فِيْ فَلَسْطِيْن ، 
اللهُمَّ انْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ، اللهُمَّ اجْمَعْ 
كَلِمَتَهُمْ، وَوَحِّدْ صُفُوْفَهُمْ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ, رَبَّنَا 
ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا
 لَنَكُونَنَّ مِنْ الْخَاسِرِينَ. 


 
Maksudnya: “Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami 
beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan 
kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah 
dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami menuju, dan 
kami menyegerakan langkah, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, 
sesungguhnya azabMu sangat pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, 
Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari 
jalanMU.Ya Allah muliakanlah Islam dan kaum muslimin, dan hinakanlah kesyirikan 
dan kaum musyrik, Ya Allah hancurkan musuh-musuhMu yang merupakan musuh-musuh 
agama (Islam), Ya Allah binasakanlah kekufuran, toghout dan orang-orang yang 
zalim, Wahai tuhan sekelian alam. 
Ya Allah kami serahkan leher-leher musuh kami (kepadaMu) dan kami berlindung 
denganMu daripada kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah cerai-beraikan himpunan 
mereka, pecah-belahkan kesatuan mereka, selerakkanlah kalimah mereka, dan 
goncangkan kedudukan mereka, Wahai tuhan yang maha gagah, wahai tuhan yang maha 
keras, wahai tuhan yang maha membalas, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,Ya Allah, 
wahai tuhan, yang menurunkan al-Kitab, wahai tuhan yang menjalankan awan, wahai 
tuhan yang mengalahkan tentera al-Ahzab, kalahkanlah mereka (orang-orang 
kuffar) dan bantulah kami menghadapi mereka.Ya Allah, selamatkanlah kaum 
muslimin di Palestin, Ya Allah selamatkanlah kaum muslimin di semua tempat, Ya 
Allah selamatkanlah kaum-kaum yang lemah dari kalangan orang-orang yang 
beriman, Ya Allah hancurkan Amerika dan sekutu-sekutunya, Ya Allah hancurkan 
Yahudi dan sekutu-sekutunya.Ya Allah bantulah saudara-saudara kami para pejuang 
di jalanMu, yang ditindas kerana agama yang
 mereka anuti di semua tempat. 
Ya Allah bantulah saudara-saudara kami di Palestin, Ya Allah bantulah mereka, 
Ya Allah bantulah mereka berdepan dengan musuhMu dan musuh mereka, Ya Allah 
satukanlah kalimah mereka, dan saf-saf mereka, wahai tuhan sekelian alam, Wahai 
tuhan kami sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri, jika Engkau 
tidak mengampunkan kami dan mengasihani kami, sudah pasti kami akan tergolong 
dari kalangan orang-orang yang rugi.” 

  
Dari Abu Hurairah ra katanya "Demi Allah! Akan kuajarkan kepadamu cara solat 
Rasulullah saw. Maka Abu Hurairah qunut ketika solat zohor, isyak dan subuh. 
Mendoakan kebaikan bagi orang-orang mukmin dan mengutuk orang-orang 
kafir"(Hadis riwayat Muslim) 
  
Sumber : http://abunajmi-asqalani.blogspot.com/ 


      

Kirim email ke