Menteri Pertahanan perlu jelaskan perkara ini !!!

‘Saya serik benar anak sertai PLKN’
Berita Harian 19 Jan 2009
KOTA BHARU: Bapa pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimasukkan 
ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dekat 
sini, meminta Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) meningkatkan ciri 
keselamatan di semua kem latihan PLKN.

Md Hussin Yunus, 45, berkata ciri ini penting dan harus diberi keutamaan kerana 
membabitkan nyawa pelatih yang kebanyakannya masih baru dengan suasana di kem.

"Ini berkaitan dengan nyawa dan keselamatan anak kita. Saya mempunyai lima lagi 
anak yang mungkin terpilih menyertai PLKN. Selepas kejadian ini, saya agak 
takut untuk membenarkan anak saya menyertainya dan mungkin akan memohon untuk 
pelepasan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menziarah anaknya, Ahmad Al-Hashyiemi, 17, yang 
kini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II 
(HRPZ II) selepas terjatuh ke dalam longkang di Kem PLKN Tegas Mesra, Selama 
Perak, 1 Januari lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, Ahmad Al-Hashyiemi dilaporkan hampir 
lemas selepas terjatuh ke dalam longkang yang digenangi air di kem terbabit 
ketika mengangkut barang dalam operasi pemindahan akibat banjir.

Bagaimanapun, dia sempat diselamatkan oleh seorang jurulatih kem yang kebetulan 
berada di tempat kejadian tetapi pengurusan tidak memaklumkan kepada 
keluarganya.

Md Hussin berkata, anaknya itu tidak mengalami sebarang perubahan sejak 
dimasukkan ke ICU hospital berkenaan kelmarin.

Katanya, doktor memberitahu keadaannya tenat dan bergantung kepada alat bantuan 
penafasan sepenuhnya kerana sukar bernafas.

Katanya, beliau tidak bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap PLKN 
sebaliknya ingin menumpukan kepada anak keduanya itu yang kritikal.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Nasional/20090118233150/Article/index_html




Kirim email ke