Assalamu'alaikum.
 
Perjuangan dalam memurtabatkan Islam tidak ada akhirnya. Selagi nyawa dikandung 
badan selagi itulah perjuangan mesti diteruskan. Berjaya atau tidak bukan 
tanggong jawab kita umat Islam. Allah swt yang menentukan di Hari Akhirat kelak 
apakan kejayaannya
seseorang muslim itu dalam menjalankan tugasnya semasa di Dunia. Setiap insan 
akan mati akhirnya. Balansan akan diterima baik atau buruknya. Syurga atau 
Neraka. Insaflah.
 
Mengikut apa yang saya dengar dari guru-guru Agama bahawa pada kadar ratio satu 
dari setiap 1,000 manusia akan ke Syurga. Makdusnya menjelaskan sangat kecil 
bilangan yang akan ke Syurga. Logiknya pun ada, lihatlah berapa ramai orang 
kafir berbanding dengan orang Islam, dan dalam kalangan orang Islam itu sendiri 
belom pasti bilangan yang munafik, kufur khafi tanpa diri sendoiri sedari, 
berapa yang murtad seperti diperkatakan dlam berita dan media. Dan di kalangan 
yang taat pun berapa yang patuh 100%. Saya harap dapatlah renong 
sediri-sendiri, bahkan renong akan diri kita sama.
 
Hari ini heboh diperkatan tentang Gaza yang diserang oleh Israel, dan nampaknya 
sebok umat Islam merayu bantuan dari saudara seagama menghulurkan bantuan. 
Allah swt telah pun jelaskan dan Kitab Nya Al Quran al Karim tentang kejahatan 
Bangsa Israel ini. Kalau kita rujuk kepada Perah Al Ahzab bagaimana Yahudi 
bekerjasama dengan musyrik Mekah mengepong Kaum Muslimin dan kesengsaraan Kaum 
Muslimin sehingga Rasul Allah berdoa kepada Allah swt akhirnya Allah swt hantar 
ribut taufan yang dahsyat sehingga kaum kuffar lari lintang pukan. Maka di sini 
suka saya tafsirkan bahawa permohonan kepada Allah Azzawajalla perlulah 
dilakukan oleh ahli itu sendiri. Sahabat Islam memang elok bantu mendoakan, 
tetapi pokoknya ahli yang berkenaan itu hendaklah bersungguh-sungguh berdoa, 
me3mohon pertolongan kepada Allah swt.
 
Kembali kita ke Malaysia. Tidak mahu sedarkah dan ambil iktibar dari peristewa 
di Gaza sebagai pengajaran. Masyarakat di Malaysia enak hidup tanpa bencana dan 
masalah seperti di Gaza. Dan yakinkah dan terjaminkah Malaysia akan selamat. 
Persediaan perlu ada dalam menghadapi masa depan. Bencana akan berlaku dengan 
izin Allah swt jua. Maka elok sangatlah kita bermula dari sekarang mentaati 
Allah swt mengikut apa yang di syariatkan Nya. Jangan menyesal di kemudian hari 
apabila bencana dah datang. Sesungguhnya sifat manusia itu lupa dan menyesal 
apabila dan menerima hukuman. "Kamu akan lihat manusia yang derhaka apabila 
melihat suratan amalannya tunduk dan memohon kepada Allah swt dengan berkata, 
aku dah lahat, aku dan dengar  dan pohon supaya dikembalikan ke Dunia untuk 
membuat ketaatan dan kebaikan" Akan dimakbulkankah permohonan itu? Tafsir 
sendirilah.
 
Maka sekarang saya mengajak semua warga Malaysia, baik rakyat mahu pun golongan 
pemeretah supaya kembali kepangkal jalan sebelom dijemput oleh Allah swt.
sebelom Izra-el (Malikil maut) dan mencabut nyawa kalian, termasuk diri saya.
 
Lihat sejarah bahawa sesebuah kerajaan ada hayat kekuasaannya. Dan bukan 
mustahil kalau kerajaan sekarang pun akan sampai hari akhirnya. Oleh itu 
kembalilah kejalan yang benar yang diredhai oleh Allah swt.
 
Wassalam. Ilalliqa.
 
insankerdil

--- On Mon, 1/19/09, [email protected] <[email protected]> wrote:

From: [email protected] <[email protected]>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Kemenangan dalam PRK Kuala Terengganu 
hanya secebis kejayaan dalam perjuangan!!
To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
Date: Monday, January 19, 2009, 5:52 PM











Aswt,
 
     Akhirnya kemenangan PRK Parlimen Kuala Terengganu berpihak kepada calun 
PAS dengan majoriti sebanyak 2631 mengalahkan BN. Memang majoriti yang agak 
besar itu tidak diduga kerana kempen BN seperti yang kita tahu memang hebat. 
Dalam kebanyakan PRK memang sukar untuk PAS atau calun pembangkang 
memenangi nya kerana jentera BN bukan saja berkempen di sekitar tempat yang 
terlibat dalam pilihanraya tapi mereka "miliki" media yang boleh menyampaikan 
pelbagai maklumat dan infomasi kepada bukan saja pengundi yang terlibat dengan 
PRK berkenaan tapi kepada seluruh rakyat Malaysia. Apa yang didengari melalui 
media memang menggusarkan mereka yang menyokong PAS/Pembangkang. Sebelum PRK 
Kuala Terengganu ketika PRK Permatang Pauh juga ramai merasakan sukar untuk PKR 
mengulangi kemenangan nya tapi akhirnya kekal menang dan lama sebelum itu Haj 
Hashim Yasin dari PAS tidak dijangka dapat memenangi kerusi parlimen ? Arau.
 
     Sememangnya kemenangan PAS menawan banyak kerusi Parlimen dalam PRU yang 
lalu dan menguasai dua kerajaan negeri secara mutlak dan berkongsi kuasa 
bersama DAP dan PKR di negeri Perak dan seterusnya menawan Kuala Terengganu 
melalui PRK merupakan satu petanda baik kepada politik Islam. Namun perjuangan 
dalam mendaulatkan Islam masih jauh di hadapan dan pastinya banyak halangan.
 
    Berdasarkan sokongan orang Melayu/Islam kepada UMNO/ BN juga masih dalam 
bilangan yang agak besar seperti yang kita lihat dalam keputusan PRK Kuala 
Terengganu di mana PAS memperolehi 32,883 undi dan BN perolehi 30,252 undi maka 
mungkin kita perlu menilai semula apakah faktornya ? 30,000 orang Melayu/Islam 
masih mengundi calun UMNO ( tidak dapat dipastikan berapa jumlah undi yang 
diperolehi UMNO/BN dari kaum Cina tapi saya percaya ianya agak kecil ) ?? 
Apakah dasar PAS yang ingin kembali kepada Islam sebagai dasar dalam 
pentadbiran negara tidak dapat diterima oleh mereka ?? Setakat ini memang PAS 
tidak berjaya sepenohnya untuk melaksanakannya di negeri-negeri yang 
diperintahnya. Halangan nya memang banyak dan besar kerana negeri terikat 
dengan Perlembagaan Persekutuan. Apa pun Allah tidak menilai iman dan taqwa 
seseorang hambanya berdasarkan menang atau kalahnya, berjaya atau 
gagalnya tetapi Allah menilai kesungguhan usahanya/jihadnya.
 Bukan bererti apabila berjaya barulah seseorang itu dikira orang yang bertaqwa 
!!
 
    Mungkinkah akibat kefahaman mereka tentang pengertian menyembah Allah itu 
tersangat sempit yang mana bagi mereka Allah hanya disembah dengan melakukan 
solat, puasa, zakat dan sedikit-sedikit dalam urusan yang lain tapi sebahagian 
besar apa yang ditetapkan dalam al Quran boleh diabaiklan. Oleh itu perlulah 
dinilai sejauh mana iman dan taqwa seseorang itu terutama pemimpin !! Termasuk 
juga orang Islam yang terus memilih (melalui undinya dalam pilihanraya) 
pemimpin yang tidak memihak kepada sistem Islam (yang lengkap ) maka dia juga 
bertanggungjawab kepada Allah swt.
 
     Persoalan iman dan taqwa adalah ? rukun kepada khutbah Jumaat di mana 
khatib wajib mengamanatkan agar umat Islam sentiasa bertaqwa tapi makusd taqwa 
itu masih kurang difahami maka seruan itu sukar untuk dihayati oleh para 
jemaah. Mereka mungkin faham dalam konteks yang sempit. Selagi khatib tidak 
bebas dalam  memperkatakan tentang maksud taqwa dalam erti kata sebenar 
dan pemimpin serta ulamak PAS tidak dibenarkan sama sekali berkhutbah maka umat 
Islam tidak mungkin mampu menghayati sifat taqwa dalam ertikata sebenar !! 
Taqwa hanya sekadar diberi maksud ? takut kepada Allah dan melaksanakan 
tuntutan-tuntutan amalan solat,puasa, zakat dan sedikit-sedikit yang lain. 
Kepatuhan dan menerima pakai lain-lain hukum termasud Hudud tidak akan 
disentuh. Maka menjadi tugas berat PAS dalam memberi kefahaman ini kepada ramai 
lagi orang Islam sedangkan ruang untuk mereka berbuat demikian  semakin sempit. 
Berapa lama lagikah pemimpin
 negara terutamanya dari kalangan  UMNO akan terus berusaha mengaburi hati 
rakyat dan apakah mereka sendiri tidak mahu jadi manusia bertaqwa dan mencari 
redha Allah swt sementara nyawa dikandung badan ?? Wallahua'lam.
 
ibnuAli
kota jembal















      

Kirim email ke