Aswt, Untuk mengetahui apa yang dilaporkan oleh akhbar arus perdana tentang pilihanraya kecil Kuala Terengganu isteri saya belilah sebuah akhbar Mingguan arus perdana 18hb Januari. Pada muka depan memang terdapat laporan berita agak panas iaitu berita kemenangan PAS dalam pilihanraya berkenaan. Komen isteri saya "alaa nak baca pun tak nampak, kena pakai kanta magnify x1000 mungkin nampak terang sikit kut !!". Begitulah cara akhbar arus perdana di Malaysia. Kalau BN menang mungkin penoh satu muka berita yang berbunyi " RAKYAT TOLAK PAKATAN RAKYAT !!". Kita tak mengharapkan berita berbunyi RAKYAT TOLAK BN tapi apa salahnya kalau dilaporkan "RAKYAT KUALA TERENGGANU PILIH PAS !" sebagai tajuk besar !! Bila baca muka yang selanjutnya terdapat dua rencana yang agak menarik. Yang pertama ialah "Hilang tanah akibat Darurat" dan artkel kedua bertajuk "Hitler itu mungkin ada benarnya". Saya bacalah sikit-sikit dan tentang tajuk Hilang tanah akibat Darurat. Rupanya isu yang dibangkitkan ialah tentang pemberian geran hak milik kekal tanah kepada kaum Cina yang menduduki kampong Baru Cina oleh kerajaan Perak yang diketuai oleh MB dariapda PAS yang ? kurang disenangi oleh penulis ( ? penyokong UMNO ). Memang isu ini menjadi panas di kalangan ? pemimpin UMNO. Penulis juga telah membabitkan Raja-Raja Melayu kononnya tindakan MB Perak itu sebagai tidak disenangi oleh ? Raja-Raja Melayu. Bagi saya inilah sikap tidak jujur ? UMNO kerana banyak hal yang UMNO lakukan mereka juga tidak mengambil pertimbangan semua orang Melayu dan Raja-Raja Melayu selama ini. Soal bahasa Melayu adakah UMNO ambil kira perasaan orang Melayu dan Raja-Raja Melayu ?? Tentang jutawan-jutawan Cina, entah berapa ramai yang telah "dilahirkan" oleh UMNO sendiri !! Wajarkah segelintir dijadikan jutawan sedangkan majoriti mereka dibiarkan merempat !! Yang paling menyedihkan ialah kuasa Raja-Raja Melayu dalam perkara agama Islam. Agama Islam yang kuasa terletak dalam bidang kuasa Raja-Raja Melayu yang diiktiraf sebagai ketua hanyalah merangkumi soal nikah kawin, zakat harta dan fitrah serta urusan masjid. Maka diwujudkan mahkamah-mahkamah syariah untuk mengendalikan kes-kes yang berkaitan dengan perkara-perkara tersebut. Mengapakah mahkamah syariah tidak boleh masuk campur dalam urusan kes jenayah sedangkan dalam Islam jelas terdapat hukum dan perundangan jenayah yang telah ditetapkan (hudud) ?? Mengapa UMNO tidak perjuangkan perlaksanaan sistem ini sebaliknya terus menyempitkan bidang kuasa Raja-Raja dalam urusan agama Islam ?? Nampaknya UMNO tidak ambil kisah sama ada Islam itu diamalkan selayaknya atau tidak tetapi lebih sibuk apabila tanah mahu diberikan kepada kaum Cina di Perak. Saya pun tidak mengatakan kita boleh beri segalanya dengan sewenangnya kepada mereka tapi jika kita beri hak mereka untuk memilih kerajaan dan pengiktirafan mereka sebagai warga negara apakah wajar mereka terus didiskeriminasikan ? Dalam soal pemberian hak, Nabi Muhammad SAW juga tidak mengenepikan hak tertentu kepada kaum Yahudi tapi apabila hak-hak atau perjanjian dengan mereka dikhianati maka barulah Nabi bertindak menghukum mereka. Berkenaan tajuk "Hitler itu mungkin ada benarnya" tulisan seorang bekas Mufti yang kini berada di UK dan beliau menceritakan sedikit tentang lawatan ke Jerman. Belaiu ? berada di Jerman ketika tentera Israel mengganas keatas orang Palestin di Gaza. Belia terangkan sebagaimana ramai kita juga ketahui Hitler adalah diktator Jerman yang memimpin Nazi telah pernah bertindak membunuh dengan kejam lebih 5 juta orang-orang Yahudi. Punca nya ialah kerana Yahudi didapati satu kaum yang jahat dan merbahaya kerana menyebabkan penderitaan ekonomi bangsa Jerman. Seperti yang kita juga baca tentang kisah kelaknatan Yahudi dan Bani Israel seperti yang jelas diceritakan dalam Al Quran yang dikisahkan 1400 tahun lalu dan terbuktilah perangai jahat Yahudi berterusan sehingga ke zaman Hitler dan hinggalah kehari ini apabila kekejaman demi kekejaman dilakukan keatas rakyat Palestin. Namun seperti yang dihuraikan oleh bekas Mufti yang menulis tentang Hitler ini beliau telah menjelaskan walau pun Nabi bertindak keatas Yahudi tetapi ianya tidaklah sezalim Hitler. Sebagi utusan Allah yang membawa mesej Islam kepada seluruh manusia maka seharusnya sikap beginda dicontohi. Yahudi hanya dihukum selayak dengan perbuatan khianat mereka. Hanya yang terlibat sahaja tidak kesemua Yahudi dihapusakan. Jika tentera Israel yang mengganas maka perangilah tentera mereka dan hapuskan pemimpin mereka yang berada di Israel mau pun di Amerika sana termasuk yang baru saja mengosongkan White House. Wallahua'lam. ibnuAli kota jembal
