Celcom tekad bantu Yahudi dan Galak Maksiat
Dilulus terbit pada Saturday, January 24 @ 09:47:20 MYT oleh TokPenghulu 
 Oleh hermansamsudeen

"
Nampaknya
teguran pemudawilayah melalui kenyataan yang dibuat berhubung isu
Konsert Rihanna dipandang ringan oleh pihak Celcom (M) Berhad. Celcom
yang bekerjasama dengan Syarikat Pineapple Concert Sdn Bhd untuk
mengadakan konsert ternyata tidak peka terhadap sensitiviti rakyat
negara ini yang sedang dilanda gejala sosial yang melampau.

Dengan begitu yakin mereka menyatakan bahawa Rihanna merupakan seorang artis 
yang berdisiplin dan bersih.

Walaubagaimana
pun media pernah mendedahkan tentang kontraversi sebuah lagu beliau
yang dianggap lucah dan menghairahkan iaitu lagu yang bertajuk -Sexuality.

Liriknya
sememang mengambarkan pujukkan bagi perlakuan seksual dan ketika
menyampaikan lagu berkenaan juga gaya-gaya erotik digunakan.Celcom
mungkin boleh beri jaminan bahawa beliau mungkin tidak akan menyanyikan
lagu berkenaan di sini, tapi muda mudi kita tahu akan kewujudan lagu
ini.

Rihanna mania yang sering berlaku ketika beliau mengadakan
konsert juga sering menjadi tumpuan dimana para remaja dan muda mudi
begitu taksub kepada artis ini. Inilah dia bentuk pengalihan pemikiran
dimana muda mudi kita menerima hiburan itu sebagai satu cara hidup
bukan sekadar hiburan.

Hiburan yang dibawakan ini juga tidak memberikan apa-apa manfaat buat masa 
depan muda muda ini.

Kenyataan
Pengerusi Eksekutif Celcom, Datuk Shazali Ramli yang menganggap konsert
ini diadakan sebagai tanda perhargaan buat pelanggan Celcom Xpax
khususnya remaja hanyalah suatu strategi pemasaran bagi menarik
golongan ini bersama Celcom.

Kelainan berhibur yang dijanjikan
juga terlalu abstrak untuk digambarkan tetapi berdasar latarbelakang
artis yang dijemput kita sudah dapat mengambarkan bentuk kelainan itu.

Jika
Celcom ingin mengaut untung sekalipun, ini bukanlah cara terbaik kerana
ianya akan meninggalkan gejala sosial yang tidak terkawal dalam
masyarakat.

Rihanna akan kembali membawa wang yang banyak hasil
tajaan Celcom dan duit itu akan turut masuk ke dalam akaun Kerajaan
Amerika yang akhirnya akan menaja kezaliman Israel di Palestine.

Sementara
itu remaja kita yang tinggal akan terkontang kanting mencari hala tuju.
Celcom hanya meraih untung tetapi yang rosak, yang rugi adalah remaja
kita.

Maka dimanakah rasa tanggungjawab korporat yang seharusnya
terpikul dibahu Celcom untuk membantu mengurangkan masalah sosial
dinegara ini.

Celcom sebagai sebuah syarikat tempatan sewajar
mengutamakan produk hiburan tempatan yang lebih menepati selera
tempatan. Malah kita masih boleh mengawal artis tempatan dengan mudah
berbanding artis luar yang selalu bersikap over dan tidak terkawal bila di atas 
pentas.

Pada
tahun 2006 penganjur Konsert bagi kumpulan penyanyi wanita dari
Amerika, *****cat Dolls telah didenda sebanyak RM10,000 atau US$3,00
kerana melanggar etika dan syarat yang dikenakan.

Bagi
penganjur, mereka tak rugi apa sebab RM 10,000 itu kecil dan mereka
boleh bayar. Masalahnya adalah remaja kita yang melihat konsert lucah
yang menghairahkan itu. Mereka telah dirosakkan dengan kecelaruan
sistem hiburan yang ada.

Artis-artis wanita khususnya yang
dihasilkan di Amerika kini cenderung kepada persembahan erotik dan
penyampaian lagu yang begitu seksi.

Pada pandangan barat, artis
yang bersih itu adalah artis yang tidak ambil dadah, jenayah dan
alkohol sahaja. Walaubagai mana pun artis yang mengamalkan seks bebas,
menyanyikan lagu lucah dan beraksi erotik masih dianggap bersih jika
tidak melakukan tiga perkara yang disebutkan tadi.

Maka kami
melihat bahawa pandangan Pengerusi Eksekutif Celcom juga di dasari
dengan cara yang sama. Oleh itu kami bertegas untuk menolak kehadiran
artis ini bagi menjaga akhlak dan juga masa depan belia dinegara ini.

Kami juga bertegas untuk menolak kehadiran Rihanna yang turut menjadi 
penyumbang kepada kezaliman Israel di Gaza.

Pemudawilayah
akan menghantar memorandum bantahan pada esok petang (23 Januari) jam 3
petang di Ibupejabat Celcom di Jalan Raja Muda Abdul Aziz dan juga
pejabat Puspal di Bangunan TH Perdana, Jalan Sultan Ismail pada jam 4
petang.

Sehubungan dengan itu mereka yang berminat untuk membuat bantahan dan wartawan 
dijemput hadir."

Kirim email ke