CERAMAH UMUM Pelancaran Kempen Himpunan 100 Ribu Membantah PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) AHAD 1 Februari 2009 Jam 9 malam Di Markas Tarbiah PAS Pusat , Taman Melewar , Kuala Lumpur
Pemidato Utama : 1. Tuan Hj Mohamad Sabu , Naib Presiden PAS 2. Prof Abdullah Hassan (UPSI) Semua Dijemput Hadir HIDUP BAHASA MELAYU ************************ PERHIMPUNAN RAKSASA MENENTANG PPSMI SABTU 7 Mac 2009 Mesyuarat badan-badan penganjur Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) membuat keputusan tarikh himpunan raksasa bagi membantah PPSMI adalah pada 7 Mac 2009. Tarikh SABTU 7 Mac dipilih kerana pada hari itu semua penyokong GMP di semua negeri-negeri Semenanjung bercuti, oleh itu mereka dapat turun ke Kuala Lumpur. Himpunan ini akan dijalankan seperti juga Himpunan Bersih! Himpunan raksasa itu nanti adalah bagi mengiringi para pemimpin GMP menyampaikan memorandum kepada ke Bawah Duli yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong di Istana Negara. Ibu-ibu dan bapa-bapa yang mempunyai anak-anak yang sedang menjadi mangsa PPSMI akan hadir dengan membawa bersama-sama anak-anak mereka. Puan Ainon Mohd Presiden, Universiti Terbuka PTS [email protected] http://universitipts.com/index.php/site/comments/sabtu_7_mac_2009_tarikh_perhimpunan_raksasa_gmp/
