http://kaminms.blogspot.com/2009/01/al-qaradhawi-membeli-barangan-israel.html


al-Qaradhawi : Membeli barangan Israel dan Amerika pada masa ini merupakan Dosa 
Besar
(القرضاوي: شراء البضائع الإسرائيلية والأمريكية في هذا الوقت من الكبائر)



Senarai penuh bahan yang di boikot - http://www.kate3.com/what/list_full.jsp

Disana merupakan Jihad Ekonomi, dan kita mengeluarkan fatwa terhadapnya bersama 
sama beberapa ulama'-ulama' melarang pengunaan barangan Israel dan Amerika, 
memboikot barangan Israel dan Amerika. Ini adalah KEWAJIBAN Ummah, Semua ini 
menunjukkan kemegahan Amerika. Ia merupakan petunjuk walaupun sebagai rakyat, 
COLA bermakna AMERIKA, Hamburger, MAC DONALD, PIZZA - SEMUA ini adalah AMERIKA. 
Rahmati kami, Diri saya apabila melihat alamat ini - bagaikan RIBUT dan 
bagaikan GUNUNG BERAPI meletup di dadaku! Kita mahu umat semua memulaukan 
barangan-barangan ini. Dari botol PEPSI kepada kereta, kepada Kapal Terbang. 
Kita menuntut Kerajaan dan Umat Islam menganjurkan Jawatan kuasa untuk 
melaksanakan pemulauan dan hendaklah diberi keutamaan.

"Semua alternatif yg ada padanya mestilah di pulaukan. Apa yang membuat saya 
menaiki kereta Amerika, dimana kita boleh membeli kereta Jepun atau Jerman? 
"SAYA TIDAK RUGI APA-APA PUN? Pemulauan! PEMULAUAN ini adalah satu KEWAJIBAN 
keatas SEMUA, Baik tua atau muda. Kita dipermulaan Kebangkitan (Intifadah), 
lihatlah keajaiban Tuhan. Kami melihat kanak-kanak berkata kepada orang tuanya 
: "Tidak Bapaku, Tidak Ibuku, Ini Semua barangan Amerika yg diharamkan".

Kita melihat saudara-saudara di Kirala India yg berkumpul di hari Jumaat 
contohnya, "Ini COLA dan setiap tangan memegang botol COLA dan menunjukkan 
pemulauan dengan memecahkannya! APA YANG MEMBUAT UMMAH ISLAM BERIHAT-RIHAT? 
Kita mahu dari Umat semua, baik lelaki, wanita, dari ibu-ibu dirumah agar 
mereka tidak membeli barangan Amerika! Kemungkinan wujudnya barangan Israel yg 
menyorok dibawah nama dan tandanya. Siapa yang tahu bahawa barangannya 
pulaukan! Haramkan mana-mana barang yang diharamkan! Adalah merupakan suatu 
DOSA dari DOSA-DOSA YG BESAR BARANG SIAPA YG MEMBELI BARANGAN ISRAEL DAN 
AMERIKA PADA MASA INI! Ini merupakan salah satu jenis perjuangan JIHAD! Satu 
perlepasan yg kita lakukan dan menasihatkan antara satu sama yg lain.

(Khutbah Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi, April 2002 - 
http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=6742&version=1&template_id=230&parent_id=17
 )

Posted by kamin at 10:59 PM












      

Kirim email ke