Teruk betul kerajaan Negeri Sembilan ini dalam menjaga kepentingan Islam di 
Negeri Sembilan. Dah lah heboh diperkatakan Negeri Sembilan tiada Mufti 
sekarang ini. Sebelum ini dilaporkan pula Kelas Agama untuk pelajar sekolah 
rendah menghadapi masalah (lihat laporan sini 
http://amkns.blogspot.com/2009/01/nampak-sangat-nsembilan-tak-pentingkan.html )

Terbaru diberitakan ada sebuah sekolah di Negeri Sembilan yang lain menghadapi 
masalah langsung tidak boleh diadakan Kelas Agama Petang (KAP) kerana ketiadaan 
bilik darjah. Atas inisiatif beberapa pegawai Jabatan Agama Negeri Sembilan 
mereka cuba berbincang dengan jawatankuasa masjid dan surau setempat untuk 
mengadakan KAFA di kawasan berkenaan.

Itu bab KAP, KAFA dan SARA. Sebelum ini juga ada dengar cerita banyak KAFA dan 
SARA di kawasan kampung dan tanah perancangan terpaksa ditutup atau tidak dapat 
dibuka kerana tiada galakan atau dorongan.

Malahan yang lebih menyedihkan ialah Elaun Guru KAFA/SARA yang boleh dikatakan 
paling rendah di Malaysia iaitu sekitar RM 500. Jika nak dibandingkan dengan 
Melaka RM 1000, Wilayah RM 1000 , Selangor RM 1200-1500 , Pulau Pinang yang DAP 
perintah pun sekitar RM 700.

Dah lah KAP, KAFA dan SARA di N.Sembilan ini dalam keadaan menyedihkan, nasib 
pendidikan menengah Islam di N.Sembilan pun begitu. Tiada sekolah menengah 
agama yang baru dibina untuk memenuhi permintaan yang semakin ramai tahun ke 
tahun.

Contohnya selepas PMR, jika ingin mengambil aliran Sains di sekolah agama 
adalah amat terhad di Negeri Sembilan ini, akibatnya ada pelajar yang terpaksa 
berhijrah ke Selangor dan Melaka yang mempunyai lebih banyak sekolah agama 
aliran sains peringkat menengah tinggi.

Dengan KAP/KAFA/SARA dan Sekolah Menengah Agama yang tidak terbela , tiada 
Mufti , diburukkan lagi dengan usaha mematikan masjid-masjid di N.Sembilan ini 
apabila YB campurtangan dalam pemilihan AJK Masjid, bukannya dilantik oleh ahli 
kariah.

Tidak hairanlah dalam Kuliah Subuh Ustaz Abdul Rahim Yusuf di Masjid Bandar 
Baru Senawang membicarakan Jihad di Palestin, beliau menegaskan bahawa Jihad 
sebenar kita ialah di Negeri Sembilan ini, iaitu jihad dalam bidang dakwah, 
dalam bidang pendidikan Islam , dalam bidang mengimarahkan masjid, dalam 
menangani masalah sosial, dalam menangani masalah kedai arak dan judi yang 
jelas tiada usaha pencegahan dari pihak PBT dan kerajaan negeri yang dipimpin 
oleh Dato Seri Mohamad Hassan dan UMNO Barisan Nasional di Negeri Sembilan ini. 
Apakan tidak pejabat Parlimen Rembau berbangga turut serta bersama syarikat 
judi Magnum mengagihkan bantuan kebajikan.

Malahan dalam isu Palestin pun kerajaan Negeri Sembilan tidak menjalankan 
sebarang usaha baik dalam menganjurkan rapat umum, kutipan dana dan siri 
penerangan. Hanya atas inisiatif NGO, AJK Masjid dan masyarakat setempat sahaja 
isu Palestin ini diberi ruang penerangan di N.Sembilan.

Kerajaan dan rakyat Kelantan mampu mengutip RM 1.4 juta untuk Palestin, 
kerajaan Selangor lebih RM 1 juta. Tapi Negeri Sembilan langsung tak ada. 
Bahkan pemimpin UMNO di Negeri Sembilan ini pula menyeru kepada rakyat supaya 
jangan Boikot produk Israel dan Amerika Syarikat.

Jangan hairan dalam masa terdekat UMNO dan Barisan Nasional akan kecundang 
sebelum pilihanraya ke 13 jika ada wakil-wakil rakyat mereka yang melompat 
menyertai PAS, PKR atau DAP , melihatkan kelemahan MB mentadbir N.Sembilan.



      

Kirim email ke