Assalamalaikum. Tolong ambil perhatian dgn email saya ini. Begini isunya:- Sewaktu zaman saya bersekolah. Begitu mudah untuk mendapatkan buku cerita yang berkaitan sirah Nabi yang mudah difahami oleh kanak-kanak. Cthnya buku cerita bertajuk Perang Wadi Hunain.. Perang Uhud.. Salman Al Farisi.. Kisah Pemuda Dari Rom.. Abdul Mutallib.. Pendeta Buhaira dll. Namum pada masa sekarang.. bahan bacaan spt itu sukar sekali di perolehi.. saya ke kedai buku popular.. X ada pun.. di ruangan buku di Carefour.. juga tiada. Kenapa buku2 yang begini penting sangat? Kerana ia jadi bahan bacaan utama pada usia kanak-kanaklah ia telah sebati dan menjadi jatidiri bila saya dewasa. Cinta pada Allah dan Rasulullah tersemai melalui bahan bacaan yang sebegini. Oleh yang demikian saya menyeru satu usaha oleh golongan cerdik pandai kita mengadakan semula penerbitan buku spt ini dan memasarkan seluas luasnya malah memberikan galakan kpd guru2 sek untuk mengedarkannnya kpd pelajar iaitu anak2 kita dan juga memastikan di setiap perpustakaan mempunyai bahan bacaan spt ini. Wassalam.
